Wednesday, November 15, 2017

Bank Rakyat kena tukar Kad ?

Hampir menjelang tengahari, saya berkunjung ke Bank Rakyat. Bank Rakyat di daerah Lipis antara Bank kegemaran saya. Sebabnya kerana kedudukannya yang tidak sesak memudahkan untuk meletakkan kenderaan dan tidak terlalu bersesak dengan pelanggan berbanding bank yang lain.

Tetapi hari ini, sesaknya lain macam. Ruang menunggu penuh dengan pelanggan.  Saya mencongak-congak, rasanya bukan hari gaji.  Bukan juga hari pembayaran bonus.
Tujuan saya ke bank asbab utamanya hendak memasukkan  Cek untuk Sar Kafa Tahfiz Masjid Sultan Mahmud.
Alang-alang ke bank, saya bawa sekali ‘tabung’ duit syiling untuk dimasukkan ke dalam akaun.

'Tabung' dari tin biskut, huhu.

Macam zaman kanak-kanak dahulu. Hari-hari (kononnya lah) masuk  baki duit belanja dalam tabung. Bila dah agak banyak, simpan  duit tersebut dalam bank. Huhu.
Kiranya saya secara tidak sengaja masih mengamalkan budaya menabung duit syiling. Kesnya bila kita dapat  duit  baki dari pekedai, biasanya duit syiling.  Syiling tersebut agak cerewet untuk saya bawa dalam wallet. Maka, bila pulang ke rumah syiling tersebut akan dicampak ke dalam ‘tabung’.

Setelah sampai giliran saya,  untuk memudahkan saya dan ramai lagi yang menunggu, Staf mencadangkan untuk saya meninggalkan tabung tersebut. Nanti bila depa dah setelkan, depa call untuk update.

Ketika menuju ke pintu luar. Baru saya terpandang iklan ini..

Patutlah ramai sangat di bank. Saya pun tak buat lagi. Maka, saya terpaksalah berkunjung semula ke Bank Rakyat dalam masa terdekat untuk menukar kad yang baru.


Cuti sekolah sudah makin hampir 😱

Agak-agak apa perancangan semasa cuti sekolah nanti. 

TAK NAK BUANG MASA BEGITU SAJA❓

Ayuh sertai Program Cuti Sekolah bersama Permai 🏃🏃

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERMAI..

 🔮 Selama 3 minggu mulai :
  5 Dec 2017 - 19 Dec 2017

🏡Lokasi : PERMATANG BADAK PERDANA

Terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah 

Program ini menawarkan Kelas  3 in 1 :
✅ Celik Al quran
✅ Mahir Tajwid
✅ Smart Hafazan

Hanya RM100 sahaja

Huuu, nampak menarik bukan?

Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera dengan menghubungi 🏃🏃🏃

👉 Ustazah Fatiemah : 0199222685

👉 Ustazah Syafiqah :
0145112978

#PermaiMenulis
#BankRakyat
#tabung


No comments: