Tuesday, November 28, 2017

Urusan di Bank

Hari ini Hari Bank.
Destinasi pertama ke Maybank. Tujuannya untuk membuat laporan dan bantahan berkenaan kad kredit saya. Kad kredit American Express tidak pernah saya gunakan. Suatu hari, saya menerima SMS memaklumkan yang kad kredit tersebut ada membuat transaksi.
Terus saya call ke pusat khidmat pelanggan Maybank, dan depa chek memang berlaku transaksi. Depa pun terus blok kad tersebut.
Walaupun telah blok namun jumlah transaksi tersebut tetap masuk dalam akaun saya yang perlu dibayar.
Maka saya perlu membuat bantahan. Kalau tak naye lah. RM 400 lebih juga nilainya.
Mereka yang buat kerja ‘mencuri’ tersebut berasa yang hidup selama-lama agaknya. Tak mati-mati. Saya rasa selain Islam, kebanyakan agama lain pun tetap percaya yang akan adanya hari pembalasan selepas kematian.

Saya juga memaklumkan yang saya sering menerima SMS menyatakan bayaran kereta tertunggak. Isunya No Plat kereta tersebut bukan saya punya. Sebelum ini saya telah memaklumkan kepada pihak bank. Tetapi SMS masih lagi dapat. Ada orang tersalah atau sengaja menggunakan nombor saya ?

Selesai di Maybank..
Saya ke Cimb. Membayar duit pembiyaan. Habis duit poket. Huhu. Sambil-sambil bertanyakan kut-kut dapat buku planner atau diari ke. Depa kata tak sampai lagi. Haha.

Selepas Cimb, Saya ke Bank Rakyat pula. Tujuannya untuk memperbaharui kad ATM. Semua pengguna kat  ATM Bank rakyat kena tukar kad debit yang terkini. Saya juga mengambil semula tabung duit syiling yang ditinggalkan tempoh hari.

Urusan saya dengan bank masih belum Settle. Bank Islam tiada di Lipis.

#PermaiMenulis
#bank




πŸŽ‰ JOM BERCUTI DI MASJID' πŸŽ‰
πŸ—“Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 πŸ•°Masa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 πŸ•ŒTempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 πŸ‘¨πŸ»πŸŽ“ Umur: 9-17 tahun
 πŸ”‘ Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: 😍 😍
 πŸ‘‰πŸ» Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 πŸ‘‰πŸ» Hafazan Surah Pilihan
 πŸ‘‰πŸ» Motivasi 
 πŸ‘‰πŸ» Bengkel Personaliti
 πŸ‘‰πŸ»Game Modul
 πŸ’° PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

No comments: