Sesi persekolahan tahun 2018 telah dibuka. Sedar
tak sedar bulan Januari hampir bertemu dengan bulan Febuari. Agak terlambat
untuk saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah atau dalam bahasa inggerisnya
disebut “back to school’ .
Zaman ini, ketika hari pertama
persekolahan. Pelbagai ragam ‘luar biasa’ pelajar, guru mahupun ibu bapa penjaga
ditularkan.
Ada guru yang memakai kostum super hero
seperti SpiderMan dengan harapan dapat menceriakan pelajar khususnya pelajar
pra atau tahun satu yang diistilahkan baru belajar nak ‘bercerai’ dengan mak
ayah.
Ragam para pelajar sudah tentu sangat
menarik untuk dirakamkan bagi para
jurufoto. Ada yang bawa bantal, bawa botol susu, merengek, menangis dan
pelbagai karenah lagi.
Ibu bapa ?
Juga tidak terkecuali. Baru ini tular terdapat
ibu bapa yang memenuhi kerusi di kantin sekolah. Sehinggakan para pelajar tidak ada tempat
untuk duduk. Macam-macam.
Kata orang dewasa : Alam yang menyeronokkan
ialah ketika di bangku persekolahan. Cuma di sisi kanak-kanak dan para remaja,
mereka berangan untuk menjadi orang dewasa. Bagi mereka orang dewasa tidak
perlu lagi membuat ‘homework’ , tidak perlu ‘study’, tidak perlu ‘exam’, tidak
dimarahi cikgu, tidak kena denda atas kesalahan-kesalahan seperti tidak bawa
buku dan datang lewat.
Saya sentiasa teringat kenangan semasa
bersekolah dahulu. Saya percaya masing-masing juga mempunyai kenangan terindah
yang kini menjadi nostalgia.
Akan saya cuba hikayatkan kisah semasa saya di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Semoga menjadi kenangan saya sendiri selain rujukan buat generasi akan datang.
Channel : https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis
#backtoschool
#seputarmemorisilam
No comments:
Post a Comment