1. Sebahagian buku indie/ hipster ada yang menggunakan gaya bahasa yang kasar, lucah dan selamba. Biasanya kurang menekankan soal adab dan tatasila orang melayu dan Islam.
Tetapi generasi kini minat membaca buku style begini. Hasilnya lahir pembaca yang acuan hidup dan perwatakannya dipengaruhi dengan unsur selamba, kurang beradap, bahasa kasar dan lucah.
2. Buku novel jiwang masih mendapat tempat di kalangan penggemarnya seperti suri rumah. Biasanya mengisahkan orang bercinta tak sengaja, kahwin terpaksa, orang miskin dan kaya.
Hasilnya lahir pembaca yang kuat berangan, hati kaca ?
3. Buku genre pembangunan jiwa seperti motivasi, pengalaman hidup, dan novel. Biasanya orang yang 'baik-baik' dan 'sivik' layan buku begini. Ada yang rasa bersalah dan lagha untuk membaca buku jenis nombor 1 dan 2.
Manusia ada pelbagai ragam. Walaupun hobi membaca buku, tetapi jenis genre bacaannya mungkin berbeza. Kita tak boleh nak paksa supaya semua hanya membaca buku jenis No. 3 sahaja.
Pandangan saya yang lemah, dalam konteks dakwah kita juga perlu mengisi dan mengambil bahagian dalam penulisan genre no 1 dan 2 yang penggemarnya lebih ramai dari nombor 3.
Sekian.
No comments:
Post a Comment