Saya gelarkan sesi mengaji al-Quran selepas
subuh sebagai “geng subuh”. Walaupun tak
seramai mana, tetapi projek geng subuh bagi saya sangat menarik. Kerana tradisi
ulama silam akan memulakan kelas pengajian mereka selepas subuh. Jika bukan
dalam bulan ramadan, selepas mengaji geng subuh akan bersarapan di Café masjid.
Suasana pun sangat nyaman dan tenteram.
Tetapi kalau malamnya awak tidur lambat. Memang senak mata menahan kantuk.
Geng subuh ada yang mengaji (talaqi) al-Quran dan ada juga yang tasmik ayat-ayat hafazan. Terpulang pada
mereka nak hafal surah dan ayat mana-mana pun. Gaya bebas.
Saya petik kisah Imam al-Syatibi : Beliau
akan memulakan pengajiannya selepas solat subuh dan sentiasa mendahulukan
pelajar-pelajarnya yang datang awal dengan berkata : “Siapa datang awal, dia
baca dahulu”
Teringat semasa saya berkhidmat di Maahad
Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dulu, Kelas hafazan bersama pelajar bermula sebaik
solat subuh sehinggalah jam 7.15 pagi. Kemudian bersambung semula pada jam 8.00
pagi. Sekarang saya tidak pasti jadual masanya yang terkini.
Saya pernah membaca riwayat hidup Pak
Sako. Beliau ada menceritakan sewaktu
belajar di Sekolah Inggeris (Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis), setiap
pagi ketika hari masih gelap, mereka terpaksa membaca Bible bersama paderi @
guru.
Semasa kecil saya pernah membaca novel Jane
Eyre yang ditulis oleh Charlotte Bronte yang diterbitkan pada tahun 1847.
Sewaktu Jane bersekolah di Lowood, setiap pagi, semua pelajar akan membaca
Bible sehinggalah hari cerah.
“hmm”
Jika agama lain juga mengambil waktu subuh
dan pagi sebagai masa yang sangat berkualiti untuk agama dan ilmu. Maka, kita
selaku orang Islam adalah lebih utama untuk mengambil penting akan waktu
tersebut.
Channel : https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis #subuh #PermaiMengaji #GengSubuh
#fajar #mengaji #alquran #talaqi #tadarus #tasmik #hafaz #tahfiz #janeeyre
#paksako #CatatanImamKecil #masjid #masjiddaerah
No comments:
Post a Comment