Rasanya kalau sebut kopiah atau pun
ketayap, masyarakat tradisi di tempat kita sudah maklum. Tidak pasti pula
generasi muda gen xy sekarang.
Ada banyak jenis kopiah di pasaran. Kadangkala masyarakat boleh mengenal identiti
orang hanya dengan melihat jenis kopiah yang dipakainya.
Pada kesempatan kali ini, saya ingin
memperkenalkan sejenis kopiah.
Orang-orang yang kenal dan memakainya menggelar Kopiah Haji Derih
atau pun kopiah Bukit Mertajam.
Saya mula kenal dan memakai kopiah Bukit
Mertajam bila rakan sebilik saya, Ustaz Mat Chat yang tinggal di Pulau Pinang,
membawa beberapa puluh buah kopiah tersebut untuk dijual di Mesir.
Baru-baru ini, saya bersua dengan seorang
pakcik yang telah berusia 62 tahun. Katanya, baru inilah dia kenal akan kopiah
jenama ini. Itu pun ketika beliau yang telah selesai mengikuti kelas pengajian
ILHAM di KUIZM akan berkonvokesyen. Pihak urusetia meminta supaya pelajar ILHAM
yang akan konvo memakai kopiah Ustaz Fadhil.
Siapa Ustaz Fadhil ?
Rupanya Almarhum Ustaz Fadhil Nor gemar
memakai kopiah Bukit Mertajam, sehingga kopiah tersebut diberi julukan dengan
nama kopiah Ustaz Fadhil.
Antara tokoh lain yang kerap memakai
kopiah ini ialah Almarhum Dr. Harun Din, Dr Zulkifli al-Bakri dan Dr Khairuddin
At-Takiri.
Rupanya bukan calang orang yang gemar
memakai kopiah Hj Derih.
Uniknya, kopiah ini sukar untuk didapati
di pasaran. Kalau ada dijual oleh ejennya dengan bilangan yang terhad. Kena
tempah dan buat pesanan kepada pengeluarnya iaitu Hj Abd Fatah bin Hj Mohd
Idris.
Pengeluar produk biasanya akan mempromosi
habis-habisan produk mereka. Tetapi hal ini seperti tidak berlaku dalam dunia
kopiah Bukit Mertajam. Jika anda membeli kopiah tersebut, pada plastik
pembungkus kopiah tiada alamat penuh, tiada nombor telefon mahu pun emel pengeluar.
Mungkin ini menyebabkan nilai dan status
Kopiah Bukit Mertajam berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Antara Koleksi Kopiah Bukit Mertajam saya, Kopiah putih jenis biasa.
Harganya tentu berbeza dengan lambakan
kopiah lain di pasaran. Kopiah putih biasa RM 120, Kopiah berbaldu RM200-250
untuk sebuah kopiah.
Kasut di kaki biasa harga beratus, inikan
pula kopiah di kepala. Kan…
Kata orang “Siapa dah pakai kopiah Bukit
Mertajam, tak cari dah kopiah jenama lain”.
Siapa ada kopiah Bukit Mertajam ?
Link :
https://t.me/AzraiePermai
https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis #kopiah #hjderih
#bukitmertajam
No comments:
Post a Comment