Semasa bersekolah rendah, saya berkawan
dengan dua orang anak pakcik Sabri iaitu Hafiz dan Zaid. Kami bersekolah sama
di SRA AL-Mukmin, petangnya mengaji
al-Quran di Tadika al-Mukmin dan tinggal di perumahan yang sama di Taman Sri
Semantan, Temerloh.
Puluhan tahun kemudian, Zaid berkahwin
dengan adik saya. Atas hubungan kekeluargaan tersebut, pakcik Sabri dan
isterinya makcik Mariam sering berkunjung ke rumah ayah saya.
Penghujung tahun 2017, ketika ayah saya
dimasukkan ke dalam wad, beliau antara yang terawal menziarahi ayah di wad.
Saya masih ingat, ketika ayah saya
meninggal dunia, beliau bersalaman dan memeluk saya.
ayah saya dan pakcik Sabri
6 Januari 2019, kami dikejutkan dengan
kemalangan jalan raya yang menimpa pakcik Sabri dan keluarganya di Karak.
Pakcik Sabri dan anaknya Siti Nur Izzati telah meninggal dunia. Manakala
isterinya makcik Mariam cedera.
Kedua-dua jenazah diuruskan di Hospital Bentong. Ketika Van
jenazah bergerak ke Masjid Kampung Sanggang, Temerloh, Van ambulan yang membawa
makcik Mariam bergerak ke HOSHAS Temerloh.
Jenazah disolatkan di Masjid Kampung
Sanggang dengan dimamkan oleh anaknya Zaid sebelum dikebumikan di tanah
perkuburan kampung Sanggang Temerloh. Kira-kira jam 12.30 malam urusan
pengebumian selesai.
Kami doakan Allahyarham pakcik Sabri dan
anaknya dicucuri rahmat, dan ditempatkan di dalam syurga.
Semoga Makcik Mariam diberikan kekuatan dan
kesembuhan.
Bersama Ustaz Fathi di Hospital Bentong
Van Jenazah Hospital dan Masjid Ketari
Zaid memberikan ucapan selepas selesai urusan pengebumian.
Kami ingin merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah, dan juga kepada
sahabat kami Ustaz Fathi yang “follow” sampai ke Sanggang bersama dengan Jabatan
Amal Bentong yang turut sama membantu melancarkan urusan pengurusan jenazah.
#PermaiMenulis
#DalamIngatan
#Tabah
2 comments:
innalillahiwaiinnailaihirojiun. saya kawan hafeez waktu dia belajar di MMU dulu.
Innalillah, saya ingin tahu pandangan ikhlas ust tentang keperluan membawa pulang jenazah utk di tanam di kg sedangkn perlu disegerakan utk di tanam. Ini sebenarnya berlaku kpd arwah org tua saya apbl kakak sulung bertegas membawa pulang ke kg di Pahang sdgkn mereka meninggal di KL dgn alasan mudah utk menziarah di hari raya. Wallahalam, terima kasih
Post a Comment