Tuesday, March 09, 2021

8 mac 2021 adalah tarikh Hari Wanita Sedunia.

8 mac 2021 adalah tarikh Hari Wanita Sedunia.

Bila pula hari lelaki sedunia?
Saya tak kisah pun jika tiada hari lelaki sedunia.
Tetapi kalau ada hari pondan / tomboy sedunia, yang itu memang saya akan tak puas hati.
Zaman kini, peranan wanita bukan lagi hanya di dapur semata-mata. Tetapi telah mewarnai sebahagian besar dalam sektor-sektor perkhidmatan awam, korporat dan swasta.

Jawatan guru sahaja, lebih daripada 50% jumlah guru di Malaysia adalah di kalangan wanita.
Golongan Sekular dan Liberal yang kononnya atas nama hak asasi kemanusian merasakan kaum wanita ditindas, mereka inginkan kesamarataan.
Walhal mereka kena belajar sejarah. Lihat bagaimana nasib wanita sebelum Islam.

Era sebelum Islam, taraf wanita lebih hina berbanding lelaki. Bahkan ada yang dilayan lebih teruk daripada binatang peliharaan. Islamlah yang datang memberikan hak istimewa untuk kaum wanita.
Suasana negara kita pada zaman sebelum kemerdekaan, baik mereka yang mendapat didikan sekolah aliran sekular mahupun aliran agama dipengaruhi dengan helah dan acuan sang penjajah yang mentadbir.

Kesannya sehingga boleh muncul pepatah “Setinggi mana pun seorang wanita itu belajar, akhirnya tempatnya kat cerok dapur juga”.

Saya ada membaca buku novel berjudul Iakah Salmah ?
Novel tahun 1920an yang ditulis oleh Ahmad Rashid Talu mengisahkan keadaan wanita pada Ketika itu. Beliau bangkit menulis watak Salmah yang progresif. Seorang wanita moden yang menentang sebahagian adat tradisional yang mengongkong terutamanya kepada wanita.
Penulis juga menyelitkan kisah perjuangan kaum muda yang turut disertai oleh kaum wanita.
Kini, kaum wanita bersama-sama kaum lelaki bertanggungjawab menjaga dunia, negara, negeri, Ummah, masyarakat dan agama.

Firman Allah SWT :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(71)
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah : 71)


#PermaiMenulis #wanita #hariwanita #islam

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

No comments: