Sunday, March 07, 2021

Baca Surat Khabar



Membaca surat khabar gaya orang dulu-dulu.
Kini zaman semakin canggih, bak kata netizen berita dihujung jari. Google je dapat berita terkini.
Namun saya percaya masih ada segelintir kecil pembaca setia surat khabar.
Di sisi pengeluar surat khabar rata-rata pasca survival. Ada juga yang terpaksa mengurangkan pekerja, dan yang lebih sedih terpaksa memberhentikan operasi pengeluaran.
Memang manusia semakin ramai. Kuantan pun baru menerima taraf bandaraya.
Kalau ikut sifir tradisi, orang semakin ramai, tentu ramai yang akan membaca akhbar.
Tetapi perubahan arus teknologi dan it mengubah manusia dari membaca di kertas kepada paparan digital.
Justeru, kita perlu sentiasa sedar dengan perubahan ini.
Kalau dulu, pagi-pagi "runner" penghantar surat khabar ligat menghantar surat khabar ke rumah-rumah dan pejabat.
Kini suasana itu hampir tiada lagi.

Akan datang, dunia lebih canggih lagi.
Kut mana pun, walau apa jenis wadahnya. Teruskan membaca isu dan berita semasa.
Tiada lagi alasan untuk tidak tahu isu semasa.
Kerana smart phone dan internet telah menjadi sebahagian daripada aksesori wajib ada.

Saya pernah menjadi panel temuduga untuk jawatan pegawai masjid kariah, guru takmir dan guru Kafa. Bila ditanya tentang isu semasa, pernah ada calon yang menjawab "saya tak ambil tahu pasal isu-isu semasa ini.

Hmm!

Siapa nak beli judul buku 'Jejak Kaki Kami'.
Buku yang kami belajar tulis-tulis dan terbitkan.
Boleh MESEJ ke Permai Di Hati




#PermaiMenulis #GengPermai #hobi #baca

No comments: