Hujan berterusan sejak semalam.
Pagi ini saya ke Taman Negara Merapoh untuk membaca doa sempena keberangkatan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ke Taman Negara Sungai Relau Merapoh Lipis.
Walaupun saya taklah selalu berbanding mereka yang lain. Antara taklif PHEI Jaip, ialah membaca doa di majlis rasmi.
Saya kongsikan proses yang biasa dilakukan oleh pembaca doa (baca saya).
1. Dapatkan info berkenaan program. Terutama siapakah VIPnya, masa, tarikh dan tempat.
2. Karang, sunting matan doa. Teks Jangan panjang sangat. Saiz Font agak besar dan sediakan ruangan kosong (jarakkan baris) pada
Tempat yang mungkin akan berlaku perubahan seperti nama VIP dan nama program. Saya taip di Google Docs, mudah untuk rujuk di laptop atau HP)
3. Print matan doa. (Ada masa saya tak print, hanya baca melalui HP, tapi pastikan tempat program akses internet power)
4. Lancarkan bacaan doa.
---------++++++-------------------
Hari kejadian :
1. Set masa nak bertolak ke tempat program supaya dapat sampai awal.
2. Sampai tempat program, cari urusetia dan pengerusi majlis. Kompemkan dengan depa nama Vip dan program. Serta dapatkan tentatif terkini bilakah bacaan doa. Biasanya bacaan doa di awal program selepas aluan pengerusi majlis atau nyanyian lagu Negaraku.
2. "Riki" tempat nak baca doa. Ada rostrum ke, naik pentas ke bla bla.
3. Cari kerusi tempat duduk kita yang sesuai. Biasanya berdekatan dengan tangga pentas dan rostrum.
4. Apabila MC jemput, pergi ke rostrum dan mulalah beraksi sebagai pembaca doa.
-----++++++----------------
Semasa bacaan doa
1. Terus membaca doa, tak perlu nak buka majlis dengan minta hadirin membaca surah al-Fatihah.
2. Selesai doa. Tak perlu bagi salam bagai. Terus berundur ke kerusi kita semula. Mikrofon tak perlu off, biarkan sahaja.
Tugas pembaca doa telah selesai.
Tapi tak boleh balik lagi. Tunggu sampai majlis selesai. Jika ada rezeki dapatlah makan di meja vip. Kalau tak, pandai-pandailah membawa diri.
Sekian.
Ini link Video : https://youtu.be/JDd1qKDm_yc
#TamanNegaraPahang #Merapoh #PermaiMenulis #GengPermai #travel #ChePuanSofieLouiseJohansson #lipis #doa
No comments:
Post a Comment