Biasanya hanya lalu sahaja. Kali ini
terdetik nak berhenti singgah. Sebab dah lama sangat tak masuk ke situ.
Kalau dahulu semasa kecil. Biasanya ayah akan singgah di Lentang jika
nak ke Kuala Lumpur.
Pernah saya mengikuti ayah dan beberapa
kawannya survey ke beberapa kawasan
air terjun, termasuklah di Lentang. Tujuannya untuk buat program Perkhemahan
Islam untuk pelajar sekolah menengah.
Beberapa tahun dahulu, saya juga singgah beberapa kali ke Lentang, bukannya
untuk mandi. Tetapi kerana suka melihat dan merasai suasana air terjun.
Tetapi kali ini, agak terkejut bila
terpaksa membayar kupon untuk masuk. RM 2 untuk seorang dewasa.
Sekarang kebanyakan perkhidmatan semuanya
nak duit. Kan ?
Parking di bandar kena bayar, nak masuk
tandas kena bayar. Ini nak tengok keindahan alam pun kena bayar ?
Hai, inilah Malaysiaku.
Saya pernah terbaca sebuah cerpen dalam
majalah Tamadun. Sebuah majalah yang tak lama usianya, tetapi seperti pisang
goreng panas ketika era reformasi 1998 dahulu. Penulis tersebut bercerita dalam cerpennya tentang
kisah seorang anak muda di masa hadapan, yang nak mengambil wuduk di masjid pun
kena masukkan duit, baru air keluar.
Mungkin ada yang bersangka baik, untuk kos
pengurusan. Tetapi sebenarnya jika diurus dengan baik, sumber hutan juga
menghasilkan pendapatan yang lumayan. Berapa banyak lori balak yang kita lihat
mundar mandir di jalanan ?
Hasil balak ke mana ? Adakah ke poket orang-orang tertentu sahaja ?
Sudah terbiar,
Antara bangunan yang telah terbiar
Semasa di Mesir, saya tidak melepaskan
peluang berkunjung ke air terjun Shalalat di Fayyoum. Kalau ikut kata senior
semasa memberi penerangan “memang wow”, satu-satunya air terjun di Mesir.
Kenangan di Shalalat, Fayoum
Jom kita meneroka alam. Melihat kebesaran
ciptaan Allah. Sambil menenangkan fikiran.
Saya tutup cerita ini dengan :
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan" .( Al-Baqarah : ayat 74).
Blog : http://syababgr.blogspot.com
Channel : https://t.me/AzraiePermai
FB : https://www.facebook.com/alfaqirazraie/
#PermaiMenulis #alam #hutanlipur #lentang #fayoum
No comments:
Post a Comment