Bila pergi rombongan, sudah tentu bukan
kita berseorangan. Tetapi bersama dengan rakan rombongan yang lain.
Maka banyak benda yang perlu kita
perhalusi, sebab bukan kita seorang. Tapi ramai lagi ahli rombongan yang lain.
Biasanya timbul masalah bila berada di
tempat menginap. Mungkin homestay, dorm.
Antaranya :
i)Bilik air dan tandas -
Jumlah bilik air yang terhad. Kena kongsi
dan tunggu giliran. Biasanya kecoh pada waktu subuh.
Cadangan saya :-
Jika ramai yang menunggu giliran bilik air,
tak perlu lah mandi beria macam dekat rumah sendiri. Cukup berus gigi,
bersihkan apa yang patut dan berwuduk. Selepas solat subuh nanti baru la
mandi. Melainkan mandi wajib.
Bagi yang mandi wajib, dah tau nak mandi
wajib. Bangunlah awal sekali. Bukannya lewat sama dengan kawan yang lain.
Ada juga rakan yang mengambil insiatif
mandi lebih awal, iaitu sebelum tidur. Bangun pagi hanya sekadar basuh dan
bersih sikit-sikit tak sampai 5 minit.
ii)Set penggera (alarm)
Rata-rata saya jumpa suka setting terlalu
awal penggera mereka. Ada masa kena lah ukur baju di badan sendiri. Sesuaikan
dengan realiti semasa.
Contohnya bila pergi rombongan, balik
tempat menginap dah lewat, sepanjang hari pula dah letih berjalan. Pedooh je
setting jam 4-5 pagi tuh. Setting yang
kita rasa mampu dengan kadar keadaan situasi kita.
Alhamdulillah, saya antara orang yang mudah
bangun. Cuma selalu tensen dengan deringan alarm orang lain yang bingit, tetapi
orang berkenaan relek je tidur mati.
Banyak kali saya yang terpaksa bangun, dan
tolong tutupkan alarm tersebut. Isunya
setting awal sangat.
Sekarang, biasanya awal-awal lagi sebelum
masuk tidur saya akan taklimatkan pada kawan-kawan yang lain. Supaya tak
melampau dalam setting alarm.
Insya-Allah bila kita biasa bangun awal.
Tanpa alarm pun pasti akan terjaga dengan izin Allah. Sebelum tidur tu niat dan
berdoalah.
iii) Iron baju
Saya galakkan bila pergi rombongan, pilih
baju yang tak perlu digosok beria, Seperti T-Shirt.
Ini tidak, ada yang pakaian tu macam nak
pergi masuk temuduga. Mujur tak pakai blazer dengan tali leher je.
Nak pula kaum hawa, lagi banyak set pakaian depa. Semua nak bergosok sampai
stokin, sapu tangan pun nak bergosok.
Kalau ada yang macam tuh, suruh dia sewa
bilik hotel sorang-sorang. Tak payah la join rombongan beramai ni.
Konsep backpackers sangat menarik untuk
kita amalkan.
iv) Plug Elektrik
Sudah tentu jumlah plug sangat terhad.
Sedangkan penggunaannya sangat maksima terutama untuk cas henpon, power bank,
kamera dll.
Saya cadangkan (walaupun dari segi
keselamatan macam tak berapa elok), pakat bawa plug extension. Jadi jumlah plug
banyak la sikit. Moleknya beli power
bank yang kapasiti besar. Cas siap-siap power bank dekat rumah.
Ada lagi?.. Boleh cadangkan untuk kebaikan
kita bersama.
#PermaiMenulis
#rombongan
No comments:
Post a Comment