Tuesday, September 18, 2018

Perpustakaan ii


Perpustakaan adalah merujuk kepada tempat yang menyediakan bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar. Di samping bahan bacaan secara digital dan kemudahan internet.
Sebelum era gajet dan internet, berkunjung ke perpustakaan menjadi pilihan untuk tempat mengisi masa lapang. Bukan hanya para pelajar, tetapi golongan dewasa juga tidak terkecuali mengunjungi perpustakaan.
Servis perkhidmatan perpustakaan yang sangat digemari ialah membenarkan pengunjung meminjam buku untuk dibawa pulang dalam tempoh yang tertentu. Kalau kita nak selalu membeli buku, mungkin ada kekangan dari segi kewangan yang terbatas.
Saya masih ingat, ketika di peringkat pra sekolah, saya sering mengikuti ayah ke perpustakaan desa di Kerdau. Ketika itu perpustakaan desa sering berpindah randah, saya tidak pasti sebab apa. Mungkin menunggu bangunan sendiri siap dibina.
Ketika di peringkat menengah, banyak kali saya mengunjungi perpustakaan daerah Temerloh, walaupun bukanlah seorang pengunjung yang tegar. Biasanya saya membaca akhbar dan majalah. Kadang-kala bersama rakan membuat kerja kursus Geografi.
Ketika menuntut di Maahad Tahfiz Kuantan, Saya pernah beberapa kali berjalan kaki dari  Bukit Ubi (berhadapan dengan Stadium Darul Makmur) ke perpustakaan awam negeri.
Kali pertama berkunjung ke perpustakaan awam negeri, saya agak terkejut melihat suasana perpustakaan tersebut. Seperti perpustakaan desa sahaja, dengan bangunan kayunya yang telah usang. Buku-buku lama yang tidak dijilid dengan baik.
Sekarang, Perpustakaan Awam Negeri Pahang telah berwajah baru. Dengan bangunan yang tersergam megah di Tanah Putih Kuantan. Saya belum berpeluang berkunjung ke sana. Insya-Allah saya akan cuba untuk melawat ke sana di masa mendatang.

Sebenarnya perpustakaan sangat dekat di hati saya. Boleh dikatakan kami mempunyai perpustakaan di rumah. Ayah pernah menyertai bengkel membuat perpustakaan keluarga. Bahkan pernah menyertai pertandingan antara perpustakaan keluarga daerah Temerloh.  


 Sijil penyertaan menyertai Bengkel Perpustakaan Keluarga


Almari buku memenuhi rumah kami di Taman Temerloh Jaya, 
Gambar dalam tahun 2003-2004.



 Kunjungan Al-fadhil Dr Zahazan Muhammad ke rumah selepas menyampaikan ceramah di Masjid Taman Temerloh Jaya. Ketika itu ayah saya ditaklifkan sebagai Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya. (Gambar tahun 2011)



Wajah terkini, perpustakaan tinggalan ayah di Kerdau

Insya-Allah saya akan lanjutkan tulisan ini (perpustakaan ii) dengan siri yang seterusnya (perpustakaan iii) di ruang yang lain pula.

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis #Perpustakaan #buku #ilmu #cinta #hobi #baca




No comments: