Tuesday, February 09, 2021

Nak melabur di mana ?

 

Ke mana kita nak kembang biakkan kewangan.

Kalau  simpan di bank, dividennya ada walaupun tak besar.

Bagi akaun simpanan tetap (bukan akaun yang boleh keluar duit di ATM hari-hari)

Beberapa contoh bank :

Bank Islam Akaun Term Deposit-i (Tawarruq) Deposit minima RM 500  : 1.75 % ( 6 bulan)

Maybank Islamic Akaun Profit Now! Account-i (PNA-i) Deposit Minima RM 10,000  : 1.70 % (6 bulan)

Maybank Islamic Akaun Fixed Deposit-i (iFD-i) Deposit Minima RM 1,000 : 1.80% (6 bulan)

AFFIN ISLAMIC Akaun Term Deposit-i (TD-i) Deposit Minima RM 500 : 1.85 % (6 bulan)

CIMB Unfixed Deposit Deposit Minima RM 1,000 : 1.80 % (6 bulan)

 

Bagi akaun simpanan :

Maybank : 0.75 % .  RM 2000 ke atas dalam akaun baru start dapat.

Am Bank : 0.75 % . RM 20 ke atas dalam akaun simpanan.

RHB : 1.5 %. RM 500 ke atas dalam akaun

Public Bank : 1.5 %. RM 20 ke atas dalam akaun.

 

Antara bank yang banyak sikit Dividen ialah Bank Rakyat. Dividen Bank Rakyat tahun 2019 : 14 %.

Dividen Tabung Haji 2019 : 3.05 %.

 

Dividen ASB 2020  : 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit.

Cerita ASB

Setelah beberapa tahun ana membuat pelaburan ASB melalui pembiayaan (pinjaman bank), tahun ini ana telah menjual semula ke ASB dan mujurnya tak kena bayar tambahan (tutup lubang) kepada pihak Bank kerana telah beberapa tahun membuat pinjaman. Kalau baru setahun dua, memang kena bayar semula kepada pihak Bank.

Ada 3 kaedah yang diajar oleh pihak Bank.

1.     Bila dapat dividen, jangan keluarkan. Jadikan sebagai tambahan modal untuk melabur. Setelah lebih 10 tahun dan yang paling baik sehingga tamat tempoh Loan barulah keluarkan. Guna duit sendiri setiap bulan untuk bayar loan bank. Kaedah ini yang bank dan ASB syorkan.

2.     Bila dapat dividen, jangan keluarkan. Jadikan sebagai tambahan modal untuk melabur. Hanya keluarkan bila-bila ada keperluan seperti nak beli laptop ke bla bla. Guna duit sendiri setiap bulan untuk bayar loan bank.

3.     Bila dapat dividen, keluarkan semua dividen. Tinggalkan modal sahaja. Guna duit dividen untuk bayar loan bulanan dengan pihak Bank. Kalau ada baki dikira untung kita buat belanja. Ana gunakan kaedah yang ini.

 

Kaedah yang ana guna tiada masalah sebelum ini, kerana kadar dividen yang diberikan cukup untuk bayar 12 bulan loan. Siap ada lebih lagi buat belanja.

Tetapi sejak tahun 2019 dividen rendah. Duit Dividen tak cukup untuk bayar 12 bulan loan. Ana kena tambah duit sendiri dekat RM 2k.

Tahun 2020 dividen lagi rendah, maka ana pun membuat keputusan untuk tamatkan loan. Selesai masalah dengan pihak Bank.

Kesimpulannya, nak melabur di ASB jangan buat loan. Tapi guna duit sendiri sahaja, kita tak akan rugi dan hilang modal.  1 unit kita beli dengan  RM 1.


Melabur dengan robo-advisory platforms

Ada banyak apps dan hanya menggunakan henpon sahaja. 

Apps yang ana masuk :

1.     BEST (Bank Islam Investment) – minima RM 10.

Ana masuk RM 100 sebulan. Keuntungan semasa 1.94 %

2.     RAIZ (melabur di PNB / ASN) -minima RM 5.

Ana masuk RM 5 seminggu. Keuntungan semasa 1.24 %   

3.     WAHED – minima RM 100

Ana masuk langsam RM 500. Keuntungan semasa 0.30%

Beli Matawang Digital (Kripto)

Dengan Apps Luno (Diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) hanya menawarkan 4 jenis matawang. Kita boleh beli bermula RM 50. Ikutkan ada macam-macam lagi. Apa pun yang utama dan terawal ialah Bitcoin.

Kebanyakan pelabur dan kompeni besar dunia telah mengalihkan pelaburan mereka ke Kripto. Seperti VISA, PAYPAL. Sehingga ada pandangan yang menyatakan Bitcoin lebih bernilai daripada emas. Haha.

Bulan 11 (2020) 1 unit bitcoin berharga RM70K

Bulan 2 (2021) Hari ini, 1 unit bitcoin berharga 183,386. Naik lebih dari sekali ganda.

Etherium : Bulan 11 (2020) 1 unit bernilai RM 2k+

Bulan 2 (2021) 1 unit mencecah RM 6.8K

Setakat ini, ana telah untung lebih daripada RM500 dalam tempoh 2 bulan.

Tapi kena ingat, Kripto sangat berisiko. Tetapi untuk jangka panjang sangat berpotensi. Semalam TESLA (Kereta elektrik, CEO yg direkodkan paling kaya dunia sekarang) mengumumkan melabur $1.5 Bilion dalam Bitcoin. Terdapat juga pemain kelab bola sepak yang menerima gaji dengan Bitcoin.

Melabur di Bursa Saham KL

Mutakhir ini pasaran saham di BSKL sering tak stabil. Ada kaitan dengan pandemic covid dan cuaca politik Malaysia yang tak stabil. Hari ini untuk melabur di BSKL juga sangat mudah, hanya dengan henpon sahaja. Ada banyak broker yang boleh kita pilih. Waktu urusniaga pun sama macam opis hour jam 8 pagi hingga 5 petang. Jam 12-2 rehat. Maksudnya bukanlah sepanjang masa nak kena mengadap carta. Kita boleh set auto nilai-nilai yang kita hendak masuk dan jual.

Ana pilih Broker M + (Melaka Sekuriti). Hari semalam ana untung jual saham kaunter minyak RM17.00 je. Pernah beli saham XOX. Ada beratus saham patuh Syariah. Cuma modal kita je tak da nak beli banyak kaunter.

Ada Sahabat ana buat income harian dengan Trade Saham BSKL. Katanya setiap hari dapat untung RM100-200 cukup dah.

 

Saham Global

Ana ada juga beli beberapa saham antarabangsa. Peruntukan ana $50 (RM200)  sebulan.

Keseluruhan untuk bulan 1 (30 hari) ana untung sebanyak 4.20 %

Antara saham yang ana beli :

Apple, Tesla, Starbak dll

Begitulah kisahnya, Kewangan sebagai wasilah untuk kita mudah bergerak. Ruang infaq pun terbuka luas. Sekadar perkongsian pengalaman buat  semua. Semoga bermanfaat.

#PermaiMenulis #Duit #saham #GengPermai #SalamKu

 

 

 

 

 

 

No comments: