Thursday, January 09, 2020

Syair Tajwid Imam Yaakob (Temerloh)


Syair Tajwid

Syair Tajwid ini dikatakan disusun oleh Imam Yaakob, dari Kampung Sanggang Seberang Temerloh, tahun  1920.


1. Sejarah Rawi

001 
Qurak’ Sabaah hamba kabarkan
Rawi dan Rumuz hamba suratkan
Supaya terang yang mendengarkan
Menjadi tahu yang dibacakan

002 
Nafik itu Qalun rawinya
Dengan Waras jua adanya
Di Madinah tempat negerinya
Menjadi imam segala kaumnya

003 
Ibn Kathir rawinya Bazi
Dengan Qunbul rumuznya  “Zai”
Banyak salahnya Qunbul dan Bazi
Rumuznya “Ha” Imam Bazi

004 
Abu Amir rawinya Duri
Keduanya itu Imam Susi
Di negeri Basri menjadi Qari
Banyak Idghamnya Imam Susi

005 
Ibn Amir rawinya Hisham
Ibn Zakuan di negeri Syam
Kepada Quraan terlalu faham
Adapun Hisham rumuznya “Lam”

006 
Asim rawinya  Syukbah
Dengan Hafaz imam yang bahr
Di negeri Kufah telah mengajar
Bacaan halus laksana sukar

007 
Hamzah rawinya Halaf imam
Dengan Halad bacaan Ismam
Di negeri Kufah menjadi Imam
Bacaan fasih sembahyang tamam

008 
Al Kasai rawinya Abu al Haris
Dengan al Duri Imam al Hawas
Kepada Quraan tiada ber............
Di negeri akhirat mendapat belas


2.Hukum Lima

009 
Telah sempurna hamba berperi
Sekalian imam ahli Qari
Huruf Tajwid pula diberi
Di dalam kitab hamba keluari

010 
Izhar Khafiah hurufnya enam
Baik diketahui supaya kiram
Tuan jangan tinggalkan diam
Baik belajar siang dan malam

011 
Alif dan Ha, Ain dan Ghain
Kha,Kha’ tiada lain
Itulah adanya yang sudah yakin
Idhgam Maal Ghunnah hurufnya lain


012 
Idhgam Maal Ghunnah hurufnya empat
Jika Nun Sakin bertemu dekat
Atau tanwin itu mendapat
Baik-baik supaya ingat

013 
Yaa’ dan Wau hurufnya itu
Min dan Nun yang sudah tentu
Ingat-ingat engkau di situ
Jangan tersalah barang suatu


Idhgam bil la Ghunnah hurufnya dua
Ingatlah jua di dalam fatwa
Jikalau nun sakin bertemu dia
Atau tanwin tempatnya jua

015 
Ra’ dan Lam huruf Bil la Ghunnah
Itulah dia jangan tersalah
Tiada lain hanya itulah
Nun Sakin dan Tanwin jika berjumpalah

016 
Lima belas huruf Ikhfa
Salah satu nya janganlah lupa
Dengan tanwin jika berjumpa
Nun yang sakin itu serupa

017 
Zai dan Jim,Tsa dan Tha
Dal dan Zal,Sim pun serta
Syim dan Shad,Dhad dikata
Tha’ dan Dzha.Pa,Kaf dan Qaf serta

018 
Adapun Iqlab hurufnya Satu
Iaitu Ba yang sudah tentu
Nun sakin dan tanwin bertemu itu
Bacaan Iqlab jika begitu

3.Bab Bacaan Mad

019 
Mad Tabii tiga tandanya
Wau dan Alif serta Ya’ nya
Yang didepan wau tandanya
Baris di bawah Ya’ tandanya

020 
Alif tanda baris di atas
Ketiga itu semuanya luas
Panjangnya itu kira senafas
Jika dilebihkan menjadi tewas

021 
Mad wajib tandanya jika ada
Mad Tabii bertemu hamzah
Panjang nya itu yang telah sudah
Tiga Alif Imam ahli Kufah

022 
Mad Lazim Musalqal
Tiga alif berat panjangnya tuan
Mad lazim muhafaf tiga alif panjangnya ringan

023 
Mad Badal hamba berperi
Jika alif baris berdiri
Satu alif panjangnya engkau beri
Itulah fatwa ahli qari

024 
Huruf Qalqalah lima adanya
Baik-baik pengenalan akan hurufnya
Jangan tersebut pada lainnya
Qtubjad itulah nizamnya

025 
Jangan diqasarkan Mad Takzim
Tiga alif yang sudah lazim
Jika diqasarkan menjadi zalim
Ingat sekalian ikhwan yang salim

026 
Mad Aridh itu tiga wajahnya
Tiga alif atau dua satu qasarnya
Mana suka baca salah satunya
Jika wasal Mad Tabii jadinya

027 
Satu Mad Sakin sendirinya
Itupun Mad Lazim jua namanya
Tiga alif tetap panjangnya
Alim Lam Ra itulah firmannya

028 
Alif itu sekadar menyatakan
Huruf tiada di madkan
Lam dan Min yang dilazimkan
Kitabnya jua yang menyatakan

029 
Alif dan Ra yang mukhalif
Ra itu satu alif
Pertolongan Allah yang amat Latif
Mengurangi ia hamba mulia dan daif

030 
Dengarkan olehmu sekalian awam
Kaf Ha Ya Ain Shad pada surah Maryam
Kaf Ain Shad samakan dengan Lam
Ha,Ya dan Ra satu Alif tamam


4.Lanjutan Idgham
031 
Idgham bil Ghunnah Mutanajisain itu
Manakala mim mati bertemu dgn min tentu
Jika mim mati bertemu dengan ba’ itu
Jaza ul Ikhfa wa Izharuha tentu

032 
Idgham Mislain dikhabarkannya itu
Huruf sakin bertemu seumpamanya
Itu dinamakan idgham Mislain adanya
Ingatlah jua akan bacaannya

033 
Idgham mutaqaribain namanya tentu
Tha bertemu dengan tho itu
Dal sakin bertemu tha begitu
Mutaqaribain namanya tertentu

034 
Idgham itu mertabatnya dua
Baiklah tuan mendengarkan petua
Idgham naqis namanya jua
Idgham kamil itu keduanya

035 
Jikalau tuan hendak mengerti
Naqis dan kamil yang dihati-hati
Baik dipelajari kepada yang mengerti
Ilmu qari engkau tuntuti

036 
Idgham kamil dua hurufnya
Segala qari mengatakanya
Ra dan Lam itulah dianya
Jangan bertukar kepada yang lainnya


037 
Idgham naqis hurufnya empat
Ingatlah saudara segala sahabat
Jikalau kurang akan pendapat
Membaca quraan menjadi ralat

038 
Mim dan wau hurufnya itu
Nun dan Ya yang sudah tentu
Itulah jumlah yang empat itu
Membaca quraan jangan tak tentu

039 
Mad Ziyadah diberi pasti
Sebelum Ha dhamir huruf yang mati
Itulah ziadah namanya pasti
baik dikenal serta dihati-hati

040 
waqaf bilal jangan dipanjangkan
satu alif jua panjangnya tuan
Kitabnya jua yang mengatakan
Baiklah tuan cuba ingatkan

041 
Wajibul gunnah yang amat sulit
Hurufnya dua jangan taklik
Mim dan Nun ma’a tasdid
Baca oleh mu ghunnah sedikit

042 
Ghunnah itu empat mertabatnya
Salah satu daripadanya
Mutaharrik itulah pertamanya
Kedua Azhar itu jua adanya

043 
Ketiga Ghunnah “Tuhfu” itu
Keempat ghunnah  “mislu” ditentu
Baik-baik jaga disitu
Jangan tersalah yang empat itu

044 
Tak boleh dipanjangkan ghunnah itu
Bukanya Mad sudahlah tentu
Jikalau panjang menjadi tulah itu
Keluar hurufnya salah Satu

045 
Baris kasrah keluar  “ Ya” nya
Baris Fatah keluar  “alif”  nya
Baris Dammah keluar  “Waw”  nya
Ketika itu menjadi salahnya

046 
Baru ini zaman sekarang
Membaca ghunnah terlebihnya terang
Di dalam “Ittihaf” nyata sekarang
Jangan disangka sebarang-barang

047 
Bukan seperti zaman dahulu
Membaca ghunnah panjang terlalu
Sebab asalnya tiada berguru
Membaca ghunnah salah selalu

048 
Jikalau tuan kurang percaya
Di dalam “ittihaf” adalah dia
Dabit dan Mantuk ada sedia
Baca olehmu pada yang mulia

Mahraj Huruf
049 
Huruf Musaddad hamba nyatakan
Semuanya itu adalah lapan
Salah satu yang demikian
Kitabnya jua yang menyatakan

050 
Alif dan Jim, Dal dan Qaf
Tho dan Ba, Tha dan kaf
Supaya tertil membaca mashaf
Telah menyebutkan di dalam “Ittihaf”

051 
Huruf Safawi diberi tentu
Semuanya itu ada dua puluh tujuh
Jika mim sakin bertemu itu
Izhar safawi namanya tentu

052 
Tafhimnya Ra hamba nyatakan
Jika fathah  atau di depan
Itulah tebal tuan bacakan
Baris kasrah dinipiskan

053 
Baik dituntut jangan tersalah
Ra yang sakin baris dibawah
Sebelum huruf Istikla
Tebalkan bacaan seolah-olah

054 
Inilah huruf istikla yang tujuh
Kha dan sad,dhad,ghain tentu
Tho dan qaf,dzha tamatnya itu
Jangan lah lengah kita disitu

055 
Huruf Hijaiyaah dua puluh lapan
Baik diketahui sekalian ikhwan
Jikalau kurang ingatan
Terlalu susah membaca quraan

056 
Dua puluh lapan huruf Hijaiyaah
Berbagi dua satu Syamsiyyah
Yang sebahagian itulah Qamariah
Telah tersebut di dalam Jauziyyah

057 
Jika Fatihah mu tiada betul
Sembahyang mu rosak menjadi batal
Masuk neraka terlalu sakal
Akhirnya engkau menjadi menyesal

058 
Baik-baik tuan mengajar tajwid
Kepada qari, qarib dan baid
Kerana itu yang amat sulit
Tiada boleh faham Kitab Tajwid

Sumber : Ustaz Zainal Hasan (SejarahIslamPahang.Blogspot.my)

Tuesday, January 07, 2020

Kerja macam saranan Perdana Menteri Finland

Perdana menteri Finland mencadangkan kerja 4 hari dengan 6 jam tempoh bekerja.
Buat masa ini di negara kita, bagi kebanyakan penjawat awam,  tempoh bekerja adalah 8 jam sehari selama 5 hari bekerja dalam seminggu.

Sebenarnya paling penting adalah pekerja yang berkualiti dan  berintegriti. Mereka menjalankan tanggungjawab kerja dengan berfokus dan bersungguh-sungguh.
Jika tidak, walaupun bekerja selama 8 jam sehari, produktiviti yang dihasilkan tidak setimpal dengan masa yang berjam-jam tersebut.
Contohnya :
-berapa kertas kerja yang dihasilkan sehari ?
-berapa helai muka surat yang ditaip dalam tempoh 8 jam bekerja ?
-berapa mesyuarat boleh dibuat dalam sehari?
-berapa lama duduk di meja pejabat dalam sehari?

Dan macam-macam soalan muhasabah yang lain boleh ditanyakan...

#PermaiMenulis #GengPermai #kerja

Sunday, January 05, 2020

Dr Setia Budi

Dr Setia Budi (nama sebelum Islam Douwes Dekker) merupakan ahli Parti Masyumi.
Ada orang menyatakan simpati dan rasa dukacita kerana beliau telah tua dan uzur disebabkan pernah dibuang negeri dan dipenjara.
Kata Dr Setia Budi : "Apabila saya telah menginjak kembali tanah air saya, nescaya saya akan sihat kembali dan saya akan muda"
Beliau meninggal dunia pada tahun 1950 di Kota Bandung. Dinamakan sebuah jalan dengan nama "Jalan Setia Budi" sempena nama beliau.

#PermaiMenulis #GengPermai #tanahair #stay #anaknegeri #setiabudi

Friday, January 03, 2020

Syarikat Qalam Press

Syeikh Abdullah Basmeih yang menyusun Tafsir pimpinan Rahman pernah berkerjasama dengan Ahmad Lutfi menghasilkan buku-buku sejarah Islam. Ahmad Lutfi telah menubuhkan syarikat percetakannya sendiri yang dinamakan Qalam Press. Beliau menubuhkan Qalam Press kerana untuk memudahkannya menerbitkan bukunya sendiri dan tidak bergantung dengan penerbit lain. Antara tahun 1948-1951 beliau telah menghasilkan 25 buah novel karangannya sendiri.

Rasa nak mencari novel-novel beliau jika masih ada.
Kerana syarikat Qalam Press terpaksa ditutup selepas kematiannya pada tahun 1969.

#PermaiMenulis #GengPermai #sasterawan #buku

Thursday, January 02, 2020

Selamat bersekolah semula sesi 2020

Selamat kembali buat pelajar dan guru.
Bukan hanya dengan pakaian dan peralatan sekolah yang serba baru.
Tetapi bersama semangat yang baru.
Nak pula bagi pelajar yang baru memasuki sekolah menengah dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan bersijil 
Orang dewasa berkata : " zaman  menyeronokkan adalah ketika di bangku sekolah".
Walaupun di sisi pelajar sekolah beranggapan menjadi orang dewasa lebih seronok. Huhu.

#GengPermai #PermaiMenulis #startsekolah

Monday, December 30, 2019

Cerita Kedai tayar

Tayar yang pancit dah koyak dan bengkak. Nak tukar yang baru kedai yang saya pergi ni takde stok tayar yang sesuai dengan rim. Tapi depa deal dengan rangkaian kawan-kawan kedai tayar depa, kenalah tunggu sekejap sementara depa ambil tayar di tempat lain.
Sementara menunggu tayar siap diganti, saya ingin bercerita pengalaman menukar tayar. Tahun 2019 antara tahun yang beberapa kali saya terpaksa ke kedai tayar.
Antaranya pada hari pertama berpuasa. Tayar pancit di Temerloh, saya singgah berhenti di sebuah kedai tayar orang melayu. Sebenarnya sebelum ini saya pernah tukar 4 biji tayar baru sekali dengan servis minyak hitam di kedai tersebut.
Staf kedai maklumkan yang rim kereta bengkok, siap tunjuk rim tersebut yang bergerak tak sama. Depa cadangkan untuk tukar 4 biji sport rim seken yang ada di kedai tersebut. Sebab rim tersebut tak cantik saya tak nak, saya tanya boleh ketuk tak rim bengkok tersebut, depa kata tak sempat sebab hari dah petang dan depa pun nak balik awal untuk berbuka puasa.
Akhirnya saya hanya tukar tayar baru sahaja tanpa tukar rim. Saya balik ke Lipis dengan tayar baru tapi dengan stering senget, kononnya rim bengkok.
Esoknya saya ke kedai tayar di Lipis, buat alligment dan takde pula kedai di sini beritahu yang rim tersebut bengkok, dan sehingga sekarang saya masih pakai rim tu.
Persoalannya adakah kedai tayar melayu tersebut stafnya tak pakar atau depa sengaja nak menipu saya ?
Sekarang saya tak pergi dah kedai tersebut.

#PermaiMenulis #GengPermai #tayar

Friday, December 27, 2019

Sokong Tulisan Jawi

Tulisan jawi adalah tulisan asal negara ini. Tetapi salah ketika itu dengan beralasan meraikan mereka yang bukan berbangsa melayu, lalu dizahirkan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi.
Perkara yang salah itu akhirnya terus dibiarkan, sehingga akhirnya yang betul menjadi salah dan yang salah dipandang betul.
Kini, mereka yang ingin mendaulatkan bahasa dan tulisan asal negara dianggap salah. Mereka yang sebenarnya salah seperti Dong Zong dianggap sebagai hero ?
Sedangkan Dong Zong sejak sekian lama tidak  mengikuti sistem pendidikan yang kerajaan Malaysia tetapkan.
Dong Zong ! Jangan semakin biadab.

Jemput baca tulisan saya Disember 2017 :

http://syababgr.blogspot.com/2017/12/semarakkan-tulisan-jawi.html?m=1

#PermaiMenulis #GengPermai #jawi #bahasa

Bicara Ilmu bersama Mufti Wilayah

Sekitar program bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Sultan Mahmud. Kali ini beliau mendiskusikan kitab Permata buat orang yang beriman.
Antara kitab yang pernah didaurahkan oleh al-Fadhil Dato' Seri Dr Zulkifli al-bakri di masjid ini :
-Fiqh Manhaji
-Syarah al-Hikam
-Soal jawab A-Z tentang tasawuf
-Hadis 40
-Safinah al Naja
-Halal haram dalam Islam
-Tinta nasihat untuk penuntut Ilmu
-Masa peliharalah
-Matla' Badrain

Kami doakan semoga Dato' Seri Dr Zulkifli bin Mohd Al-Bakri dikurniakan kesihatan, dan kekuatan untuk terus berkhidmat dan berdakwah.





#

PermaiMenulis #GengPermai #Daurah #kitab

Tuesday, December 24, 2019

Sayangi Cameron Highland

Bersama kita menjaga 'kesucian' Cameron Highland. Daerah yang manusia sanggup pergi walaupun jalan raya ke sana agak mencabar. Demi merasai udara segar yang sejuk dan menikmati  keindahan alam di sana.
Mereka yang pernah bertandang ke tanah Cameron di tahun 70-80-90an bercerita, suasana zaman itu lebih sejuk berbanding sekarang.
Jika pencemaran semakin berlaku akibat kerakusan manusia mengejar duit dan kekayaan. Tiada apa lagi yang tinggal. Cuaca sejuk semakin hilang dikuasai bahang panas mentari.
Siapa yang sanggup bertamu di Cameron dengan merempuh jalan yang berbelok-belok seperti ular. Siapa yang hendak beli sayuran yang telah tercemar ?

Bersama kita menjaga bumi dan alam. Kerana kitalah Khalifah yang ditaklifkan oleh Allah untuk menguruskan bumi.




#

PermaiMenulis
#GengPermai
#SAVECameronHighlands
#BantahTerokaTanahHaram
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Sunday, December 15, 2019

Antara masjid dan Ejen Ali

Hujan masih berterusan. Ada daerah yang telah mula banjir. Kita terimanya sebagai Ujian dan musibah. Moga ada hikmah. 
Musim ini ada yang hanya bermalasan di rumah. Namun ada yang risau kerana tidak dapat keluar bekerja seperti penoreh getah dan nelayan. 
Tidak bekerja maksudnya punca duit tiada. 
Ujian juga buat mereka. 
Masalah yang lain lagi pada musim ini Masjid dan surau juga tidak ketinggalan kurang jemaahnya. Walhal kebanyakan punya kereta yang beratap. Rugilah. 
Musim hujan ni sambutan tayangan Ejen Ali berkurangan tak ?

#PermaiMenulis #GengPermai #hujan

Friday, December 13, 2019

Bulan purnama di bulan Disember 2019

Cantik cahaya bulan purnama. Jika peminat bulan dan bintang sanggup menghabis dan mengisi malam dengan merenung bulan dan bintang. Bagi yang hardcore sampai punya teropong untuk melihat cahaya bulan dan bintang dengan lebih jelas.
Pakar Qurra' silam turut menamakan bulan dalam hukum tajwid, iaitu Izhar Qomari / Alif lam qamariah.
Paling menarik berkaitan bulan, secantik bulan purnama, cantik lagi Rasulullah.

Jabir bin Samurah RA berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”



* gambar saya bersama bilal Johne dalam misi mencari sarapan selepas subuh.
Ingat senang ke misi ni ?

#PermaiMenulis #GengPermai #bulan #purnama

Sunday, December 08, 2019

Ikan laut, sungai, darat, kolam.

Ikan dagingnya lembut berbanding daging yang kalau tidak diurus dengan baik ketika sembelih lagi, ketika melapah dan memasak boleh jadi sangat liat. 
Disebabkan saya sering sakit gigi tentu menu ikan menjadi pilihan. 
Ada ikan laut, ikan sungai dan ikan 'darat' (paya). 
Alhamdulillah saya boleh makan belaka.
Saya perhatikan ada orang yang hanya makan ikan laut sahaja tetapi seperti allergic makan ikan sungai dan paya. Betul-betul rugi. Kan ?
Padahal sama-sama kategori ikan yang tidak perlu disembelih. 
Cuma, kalau nak makan ikan sungai kena servey dulu. Sebab memang ikan tersebut asal sungai, tetapi yang orang jual hidangkan,  rupanya ikan yang dipelihara di kolam. Yang ni saya pun tak selera nak makan. Huhu.

#PermaiMenulis #GengPermai #ikan

Saturday, November 23, 2019

UPSR dah keluar, sekolah menengah mana?

Keputusan UPSR baru keluar. Tentu ada yang bergembira dan tak kurang ada juga yang bersedih. 
Peperiksaan terbesar bagi peringkat sekolah rendah, kan ? Tentu aura dan emosinya tak sama dengan peperiksaan awal dan akhir tahun. 
Pengalaman berharga bagi pelajar tahun 6 sebelum melangkah ke peringkat menengah. 
Saat keputusan keluar, bukan sahaja para pelajar yang cemas, tetapi para guru dan ibu bapa tidak terkecuali. 
Tahniah kepada adik-adik pelajar yang berjaya melalui fasa peperiksaan UPSR dengan jayanya.  Bagi yang tidak mendapat result seperti yang dicitakan, jangan putus asa dan lemah semangat. 
Sama-sama terus melangkah ke peringkat seterusnya dengan penuh semangat. 

Nak masuk sekolah menengah mana ? 
Itulah yang menjadi persoalan dan perbualan  di kalangan pelajar dan keluarga. 

Ada yang mensasarkan sekolah berasrama penuh seperti sekolah menengah sains, SBPI, MRSM dan lain-lain. 
Tidak kurang ada yang berminat untuk melanjutkan peringkat menengah ke aliran agama dan tahfiz seperti SMAN, SMKA, SABK, SMAR dan Maahad Tahfiz. 

Saya dahulu memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, sebuah sekolah menengah agama di bawah  Kerajaan Negeri  Pahang (SMAN) yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). 
Pada ketika itu, belum ada Maahad Tahfiz Negeri dan SABK. 

Kami telah menukilkan pengalaman bersekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di dalam buku yang berjudul Jejak Kaki Kami. Sebuah buku yang berbentuk penceritaan santai,  sangat sesuai dibaca oleh adik-adik pelajar dan para ibu bapa terutamanya mereka yang ingin lebih mengenali alam sekolah menengah agama. 
Boleh dan kena dapatkan buku Jejak Kaki Kami. Satu-satunya buku cerita yang berkisar selok belok 'dunia'  sekolah menengah agama di Pahang yang ditulis oleh saya sendiri bersama-sama dengan Puteri Ain Nasuha, Najihah, Intan Hidayah dan Fairuz Najhan.    







Rodong-rodong yang baru ambik result UPSR memang kena baca buku ni. 'Pm' untuk dapatkan buku Jejak Kaki Kami. 

#PermaiMenulis 
#GengPermai
#UPSR
#JejakKakiKami

Wednesday, November 20, 2019

Kelas mengaji terakhir 2019



Kelas mengaji al-Quran sesi petang yang terakhir untuk tahun 2019. Selepas ini cuti kerana saya akan terlibat dengan program-program pembangunan pelajar dan remaja sepanjang cuti sekolah. 

Waktu petang kebanyakan di kalangan kita mengisi  pelbagai aktiviti yang bersifat "outdoor". 
Ada yang mengisinya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian. Ada yang beriadah, bersukan, memancing, shoping dan pelbagai lagi. 
Tidak salah aktiviti apa pun selagi tidak bercanggah dengan syariat. 
Cuma, jangan sampai kerana beria buat aktiviti outdoor sehinggakan waktu maghrib tidak diberi perhatian. Inikan pula waktu solat masuk awal. 
Semalam 5-10 minit lagi waktu maghrib nak masuk, saya lalu di hadapan SKWI, kelihatan kaum wanita masih rancak berzumba. Pelik juga ibu bapa atau suami mereka tak kisah ke?
Kalau saya yang jadi Guru Besar di situ, lama dah 'halau' kerah semua balik rumah masing-masing. 
Tak pasal pentadbir sekolah dapat saham sekali nanti. 
Kita masih ingat lagi, orang-orang tua dulu pesan suruh balik rumah sebelum senja. Balik rumah mandi dan bersiap untuk solat maghrib dan makan malam. Budak-budak akan berjalan kaki bersama-sama ke rumah tok guru untuk belajar mengaji. Adakah budaya itu semakin pupus menjelang tahun wawasan 2020. 

Jom baiki amal dan iman.

#PermaiMenulis #GengPermai #Mengaji #maghrib #solat #cuti #sekolah

Tuesday, November 19, 2019

Buku Rekod Sar Kafa Masjid 2019

Penyerahan buku Rekod Sar Kafa Masjid. Ruang dan kesempatan para guru berkongsi dan update bersama para ibu bapa penjaga.
Siapa pernah ada pengalaman sorok buku rekod dari mak ayah, pastu tiru tanda tangan.

https://youtu.be/_EYjNcnOCQc

#Kafa #bukurekodprestasi #masjid #PermaiMenulis #GengPermai

Friday, November 15, 2019

Belajar dan mengajar

Belajar dan mengajar kena berterusan. 
Ada yang nak belajar, 
Tapi tak nak mengajar, 
Katanya tak cukup ilmu, 
Akhirnya ilmu hanya untuk kepuasan diri.

Ada pula yang sibuk mengajar, 
Sampai tiada masa untuk upgrade diri,
Akhirnya jadi jumud  tak up to date.

*gambar di Kechau 8.




#
PermaiMenulis #GengPermai #Uptodate #Upgrade

Saturday, November 09, 2019

Jom duduk rapat

Para sahabat nabi duduk rapat-rapat di dalam masjid. Beza dengan kita, duduk lompong sana sini,  ramai yang mencari tiang dan  dinding.

Jom cinta Rasul dan sunnah.

#PermaiMenulis #GengPermai #sahabat #sunnah #cintarasul

Tuesday, November 05, 2019

Abdullah Azzubair dan Nu'man bin Basyir

Bayi pertama dari kaum muhajirin yang lahir di Madinah adalah Abdullah bin Az Zubair. Bayi pertama dari kaum Ansar adalah Nu'man bin Basyir. Ketika itu Rasulullah SAW berusia 54 tahun.

#PermaiMenulis #GengPermai #Info #SejarahIslam #Sahabat #Cinta #Rasulullah

UMMU Haram binti Milhan R.A

Ummu Haram binti Milhan R.A merupakan sahabiah pertama di kalangan muslimat yang menyertai peperangan menggunakan kapal laut pada zaman pemerintahan Khalifah Usman bin Affan R.A. Beliau akhirnya syahid pada tahun 27H dan dikebumikan di pinggir pantai  kepulauan Qubrus (Cyprus)
Makam beliau sekarang dikenal dengan Hala Sultan Tekke.

#PermaiMenulis #GengPermai #InfoSejarah #Pertama #SejarahIslam