Sunday, March 27, 2022

Minum untuk pulih



Masa Lalu dekat highway,
nampak papan iklan besar bertuliskan "tidur untuk pulih".
Bagaimana kalau "Minum untuk pulih".
Aci tak ?

*Sekuat dan sehebat mana pun kita berkerja. Tetap perlu berehat. Rehat bukan kerana malas. Tetapi untuk cas semula stamina.

#PermaiMenulis #minum #rehat #kerja #DakwahAnakMuda #Masjid

Simposium Pendakwah Anak Muda Yadim

Simposium Pendakwah Anak Muda anjuran Yadim bersama Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM) bagi zon Pahang barat di Masjid Sultan Abu Bakar (Masjid Daerah Raub).
Kami mendengar perkongsian pengalaman Ustaz Akram Ikrami bin Taib Azamuddin, Penolong Pengarah Yadim Pusat yang menceritakan dakwah terhadap anak muda.
Insya-Allah program yang menghimpunkan barisan pendakwah muda perlu dijalankan secara berkala




#Yadim #Spam #DakwahAnakMuda #Pahang #Adam #Permai #MasjidDaerah

Saturday, March 26, 2022

Simposium Dakwah Anak Muda



Kerja Dakwah bukan mengisi masa lapang.
Tetapi kita yang kena lapangkan masa untuk kerja dakwah.

#dakwahanakmuda #AkademiDakwahAnakMuda #Yadim #Spam #dakwah #PermaiMenulis

Simposium Dakwah Anak Muda



Kerja Dakwah bukan mengisi masa lapang.
Tetapi kita yang kena lapangkan masa untuk kerja dakwah.

#dakwahanakmuda #AkademiDakwahAnakMuda #Yadim #Spam #dakwah #PermaiMenulis

Tuesday, March 22, 2022

Mesyuarat Masjid

Mesyuarat bersama Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang di Masjid Negeri Pahang.
Apa khabar Ramadan ?
Insya-Allah semua Masjid akan imarah. Namun kita semualah yang perlu memainkan peranan. Bukan hanya tertumpu kepada staf masjid sahaja.




#PermaiMenulis #Masjid #surau #Jaip #JabatanAgamaIslamPahang #Ramadan

Sunday, March 20, 2022

Selamat kembali ke sekolah

Bermulanya sesi persekolahan tahun 2022.

Kami terkenang zaman bersekolah dahulu. Pastinya banyak kenangan. Tak mungkin dapat balik semula ke zaman tersebut.

Selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar dan guru.

#PermaiMenulis #sekolah #backtoschool

https://youtu.be/caIS818Xv-Q



Monday, March 14, 2022

Surah al-Takhathur

 



Bacaan surah al-Takahtur berserta penjelasan hukum tajwid secara ringkas. Moga bermanfaat. #MasjidDaerahPahang #MasjidDaerahLipis #PermaiMenulis

https://youtu.be/Rh6096B1nuM

Sunday, March 13, 2022

Panadol tiada stok

Panadol laku keras musim ini.
Zaman sekarang kena akrab dengan ubat-ubatan.
Jangan pula muncul scammer ubat palsu.
Kalau air zam-zam pun boleh jual yang palsu. Inikan pula ubatan seperti panadol.

Dalam kita beria mencari stok ubat.
Jangan dilupakan stok amalan soleh.
Buat bekalan di alam mendatang.

#panadol #ubat #bekal #PermaiMenulis

Saturday, March 12, 2022

I Love School

Tahniah kepada Team Nisa Kuala Lipis atas kejayaan menganjurkan program I Love School di Masjid Sultan Mahmud.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua dermawan yang baik hati.
Sama-sama kita ringankan beban mereka. Hari ini kita bantu mereka, insya-Allah nanti mereka pula bantu kita.





#MasjidSultanMahmud #MasjidDaerah #Nisa #NisaLipis #Pahang #PermaiMenulis

Friday, March 11, 2022

Kongsi kereta

Bersarapan selepas subuh. Berkongsi kereta dapat merapatkan ukhwah di samping menjimatkan bahan bakar dan mengurangkan pencemaran. Kempen bumi hijau.



#sarapan #jemaahmasjid #masjid #PermaiMenulis

Thursday, March 10, 2022

Tabung covid

Mesyuarat penyelarasan tabung covid19 di Masjid Daerah Temerloh.
Setakat ini kematian jenazah covid19 dibiayai oleh tabung covid19. Buat masa ini duit tabung covid19 telah habis dan tertunggak. Memerlukan suntikan daripada pihak berwajib.
Antara isu yang berkaitan, terdapat segelintir pihak pengurusan jenazah yang mengenakan cas yang agak tinggi berbanding yang lain.
Moga urusan kita semua dipermudahkan.



#Covid19 #masjid #pahang #PermaiMenulis

Monday, March 07, 2022

Tulis buku



Untuk menghasilkan sebuah karya penulisan. Penulis tetap memerlukan teman-teman yang lain untuk membantu.
Begitulah dalam kehidupan seharian. Kita memerlukan manusia-manusia yang lain sama ada dikenali atau tidak untuk melengkapkan kehidupan.
Jadi kita jangan berasa best sangat lah.

#PermaiMenulis #lengkap #manusia #buku

Friday, March 04, 2022

Bani Israil yang keliru


Kisah Bani Israil banyak diceritakan di dalam al-Quran. Kebanyakannya menceritakan perihal dan tingkah laku mereka yang menentang para nabi di setiap zaman.
Walhal ramai Nabi dalam kalangan Bani Israil itu sendiri.
Kitab Taurat dan Kitab Zabur diturunkan kepada mereka sebagai pedoman untuk mentauhidkan Allah SWT.
Namun mereka mengubah suai isi kandungan kitab mengikut selera mereka.
Akhirnya mereka sendiri menjadi keliru dan khilaf.
Al-Quran menjelaskan dan merungkaikan segala kekhilafan mereka.
Seperti kisah Nabi Isa AS.
Sebahagian mereka menganggap Nabi Isa sebagai tuhan, ada yang percaya sebagai anak Allah. Sebagaimana ibunya, Maryam, dituduh telah melakukan perbuatan zina sehingga melahirkan Nabi Isa AS.
Al-Quran juga membuktikan bahawa kebenaran Islam dan ketulenan dakwah Rasulullah SAW adalah benar-benar daripada Allah SWT. Bukannya rekaan Nabi Muhammad SAW.
Justeru umat Islam, wajib menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama. Bukannya teruja dengan buku-buku yang dikarang oleh manusia.




#UlasanAyat #PermaiMenulis #SalamJumaat #DakwahAnakMuda #alquran #mengaji #jaip #masjid

Monday, February 28, 2022

Akad nikah mudah dan ringkas


Majlis Akad Nikah dalam suasana serba santai dan ringkas. Sudah tentu modalnya sangat minima. Tanpa perlu menggunakan mana-mana khidmat konsultan yang berbayar. Jamuan Makan pun gotong royong. Tapi lauk rare.
Lagi Power, pengantin diakad oleh al-Fadhil Qadhi Daerah. Saksinya pula YH Dato' Pengarah Jaip dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jaip.

Awok ada ?
Huhu... 😅

https://youtu.be/5RAuNmAATRw

#JabatanAgamaIslamPahang #dakwah #masjid #surau #jaip #jakim #muip #PermaiMenulis #walimah

Friday, February 18, 2022

Istana Hinggap Lipis

Solat hajat dan bacaan Surah Yasin di Istana hinggap Lipis. Bersama warga Muip Lipis dan PDT Lipis. Jangan pernah berhenti berdoa kepada Ilahi.




#PermaiMenulis #istanaHinggap #muip #muipinfo #PejabatAgamaIslamDaerah #JabatanAgamaIslamPahang #MasjidDaerahPahang

Bantuan Barang Keperluan Asas

Menghadiri program Majlis Penyerahan Wang Bantuan Barangan Keperluan Asas bagi Dun Padang Tengku di Dewan Tok Linggi Relong.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Mustafa Long, Ahli Dewan Negeri Kawasan Padang Tengku. Penerima menerima wang tunai RM 2500.
Moga dapatlah meringankan bebanan. Tahniah kepada penganjur dan pihak Kerajaan yang menguruskan misi dengan jayanya.




#Bantuan #lipis #pahang #JabatanAgamaIslamPahang #PermaiMenulis #tolong #banjir

Semoga Tuan Pengetua cepat sembuh

Semoga al-Fadhil Ustaz Abdul Kadir bin Abdul Latif Al-Hafiz, Tuan Pengetua SABK Relai, Kerambit dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Baru Discas setelah hampir 44 hari ustaz ditahan wad. Kami menyampaikan buah tangan daripada YB Dato' Sri Syed Ibrahim yang merupakan sahabat karib ustaz.
Moga urusan kita semua diberkati.







#JabatanAgamaIslamPahang #PejabatAgamaIslam #MasjidDaerah #SABK #Relai #Kerambit #doa #sihat #amin #PermaiMenulis

Monday, February 14, 2022

Cakap ringkas dan padat

مـا قـلّ Ùˆ دلّ
Ma qalla wa dalla
Pendek dan terang.

Jangan biasakan bercakap panjang tapi tak jelas.
Apatah lagi cakap yang mengelirukan.

#PermaiMenulis #DakwahAnakMuda #Rejab #masjid #Yadim #Perkim #KelabAnakMuda #dakwah #jaip

Friday, February 11, 2022

Ziarah saudara Muallaf sempena Tahun Baru Cina






Sempena Tahun baru cina, Kami team Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis atau dikenali juga dengan Masjid Besar Lipis mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Saudara baru muslim keturunan tiong hoa.
Bersama kami Saudara Fauzi Fong Abdullah yg merupakan ketua saudara baru muslim daerah lipis.
Sambil bertanya khabar kami juga menyampaikan Angpow , dan buah limau.
Untuk trip kali ini, kami bersua dengan Saudari Maziani Yap binti Abdullah, Saudari Nur Rusyaidah binti Abdullah, Saudara Muhammad Adam Lee bin Abdullah dan Saudara Azman Lim bin Abdullah.
Insya-Allah program ziarah saudara baru muslim dijalankan secara berkala. insya-Allah.. Gong xi fa choi.

https://youtu.be/fmP8w6c-IIg

#SaudaraMuslim #TahunBaruCina #MasjidDaerahLipis #dakwah #muslim #Islam #ukhwah #saudara #Pahang #JabatanAgamaIslamPahang #Jakim #Yadim #Perkim #MasjidSultanMahmud #imam #daie #PermaiMenulis #DakwahAnakMuda

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang



Program Khatam Subuh telah dijayakan di Masjid Negeri Pahang.
Subuh semalam khatamnya. Selepas solat subuh diadakan majlis penutup program Khatam yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Dr Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Jarang benar diadakan program apatah lagi majlis perasmian yang dihadiri oleh Vip dibuat awal pagi. Inilah dia suatu kelainan dan sebenarnya kehebatan.

Ketika ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, lancar ayat-ayat al-Quran yang keluar dari mulut beliau beliau.
Beliau membaca beberapa ayat secara hafazan dari surah al-Jin yang diwarwarkan antara surah yang payah bagi sesetengah penghafal.

YB SS juga menceritakan pengalamannya pernah ditegur seseorang mengenai bacaannya ketika menjadi imam di UK.

Saya tertarik dengan penyataan beliau yang mafhumnya, kalau orang belajar kedoktoran sekali tu sahaja belajarnya. Lepas tu orang gelarkan Dr.
Sama juga dengan ambil PHD.
Tetapi berbeza dengan hafiz al-Quran. Bukan sekali tu sahaja belajarnya. Tetapi seumur hidup akan bersama dengan al-Quran.

Untuk makluman, YB Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri juga merupakan seorang penghafal al-Quran.

#KhatamSubuh #alquran #tahfiz #hafal #SetiausahaKerajaanNegeri #Pahang #MasjidNegeri #JabatanAgamaIslamPahang #imam #PermaiMenulis #DakwahAnakMuda

Wednesday, February 09, 2022

Pen Perker Vintage

Dahulu, pen merupakan antara barang yang menjadi pilihan untuk diberi hadiah. Mungkin sekarang pun masih lagi tetapi bukan dalam komuniti persekitaran saya. Huhu.

Sekitar tahun 2007/08 Saya pernah menerima hadiah pen Parker Vintage yang bertemakan warna merah, kena sangat dengan tema tahun baru cina.
Sehingga sekarang masih dalam keadaan yang sangat baik. Semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada pemberinya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qalam :

Ù† ۚ ÙˆَالقَÙ„َÙ…ِ Ùˆَما ÙŠَسطُرونَ

"Nuun. Demi Qalam (pen) dan apa yang mereka tulis." (Surah al-Qalam, ayat 1)

Surah ini diberi nama al-Qalam yang bermaksud qalam (pen / alat tulis) sebagai satu isyarat kepentingan qalam (pen / alat tulis) terhadap umat Islam. Supaya menjadi umat yang berpengetahuan dan bermaklumat.

Umat yang cinta kepada ilmu perlu akrab dengan Pen atau alatan menulis yang terkini. Lazimi diri untuk sentiasa menulis.

Namun awas ! Tulislah perkara yang berfaedah dan kebaikan. Bukannya tulisan yang membawa kepada perpecahan atau kekeliruan.
Jangan kerana hendak mendapat perhatian, maka sanggup menulis perkara yang tidak benar.

Zaman kini, tafsiran kepada qalam boleh diluaskan kepada alat tulis yang lebih canggih seperti komputer, laptop, tablet, ipad dan telefon pintar.

Mungkinkah ada yang sudi memberi hadiah qalam kepada kami.






#pen #qalam #gadjet #tulis #PermaiMenulis #hadiah #tahunbarucina #dakwahanakmuda #DakwahJaip


Tuesday, February 08, 2022

Masjid Lebih 100 tahun Warisan Satu Abad

Masjid Warisan Satu abad di Kampung Bharu Jerantut. Penduduk kampung mengambil insiatif membuat kerja-kerja pemuliharaan masjid yang telah berusia lebih 100 tahun.
Kami harapkan supaya masjid-masjid lama yang masih ada di dalam negara kita dijaga sebaiknya. Kerana banyak masjid lama yang telah terbiar setelah digantikan dengan masjid yang baru.

https://youtu.be/GdOQGtTKXBk

#PermaiMenulis #MasjidWarisanSatuAbad #masjidlama #masjid #masjid100tahun #islam #jomsolat #rejab #pahang #sejarah

Monday, February 07, 2022

Peperiksaan Sijil Menengah Agama

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) buat pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang.
Peperiksaan yang dijadualkan bermula 7.2.2022 sehingga 14.2.2022.
Namun ada sekolah yang terpaksa ditangguhkan peperiksaan disebabkan isu Covid iaitu SMA Al-Khairiah, SMA Batu Talam, SMA Tarbiah Islamiah dan SMA Pelangai.
Peperiksaan SMA adalah mengikut silibus Buuth Al-Azhar Mesir untuk pelajar tingkatan 4.
Zaman dulu-dulu pelajar tingkatan 3 perlu menduduki 2 peperiksaan sijil dalam tahun yang sama iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Rendah Agama (SRA) kemudiannya SRA dihazafkan.
Kalau gagal SMA, tak lepas lah naik ke tingkatan 5. Ada yang mengulang semula tingkatan 4 atau berpindah ke sekolah menengah kebangsaan.

Disebabkan semua mata pelajaran SMA dalam bahasa arab dan jawapan dalam bentuk karangan bukannya pilihan A,B,C,D. Tentunya bukan mudah untuk mengarang bahkan menggoreng ayat sendiri.
Pelajar biasanya akan menghafal ayat dari teks kitab.
Mantap weh pelajar Sekolah Agama. Bukan setakat menghafal al-Quran. Buku teks pun hafal. Haha.

Antara kenangan kami semasa menjelang hari peperiksaan. Akan kelihatan calon-calon peperiksaan di segenap pelusuk bangunan sekolah hatta di kaki lima, tepi tembok.
Masing-masing mencari tempat yang serasi dan selesa untuk mengulangkaji dan tentunya untuk menghafal.
Untuk menghafal, ada pelajar yang boleh duduk dalam suasana riuh. Tetapi ada yang kena tempat yang sunyi. Setiap orang berbeza.
Sampai penat otak kami menghafal. Lastnya tertidur. Bangun-bangun sambung semula menghafal.
Bagaimana dengan kenangan kalian ?



*Gambar kenangan selepas seminar SMA bersama Ustaz Borhan dan Ustazah Rashidah.

#PermaiMenulis #SijilMenengahAgama #Sma #smu #jaip #jakim #agama #sijil #peperiksaan #pahang #malaysia #agama #islam #pelajar #exam

Saudara Baru

Bersua dengan saudara Abdul Latif Chee Abdullah. Saudara baru muslim yang baru ditimpa ujian. Moga Allah mudahkan urusan beliau.

#care #masjid #JabatanAgamaIslamPahang #muip #jaip #pejabatAgamaIslam #lipis #perkim #yadim #permaiMenulis #ummah #saudara

Friday, February 04, 2022

Masjid Kampung Pedah dan Pahlawan Mat Kelubi

Masjid Kampung Pedah dan pusara Pahlawan Mat Kelubi. Mat Kelubi antara orang kanan kepada Pahlawan Tok Bahaman.
Beliau akhirnya tewas dibunuh dalam pertempuran dan dikebumikan di Kampung Pedah Jerantut.
Moga Allah rahmati pengorbanan para pejuang silam.

https://youtu.be/BVVnZK1_lHk

#matKelubi #bahaman #jerantut #masjid #pahang #pahlawan #PermaiMenulis
https://youtu.be/BVVnZK1_lHk

Saturday, January 29, 2022

Makan dan Waiter



Diskusi Meja Makan.
Sambil makan sambil berbincang perkara yang bermanfaat.
Makan dapat, thaqafah pun update.



* Ustaz Mohd Akmal try jadi waiter sambilan. Nak jadi Waiter pun perlukan ilmu dan kemahiran. Bos-bos kedai makan jangan ambil mudah atau buat tak kisah pasal waiter.

#makan #pahang #waiter #PermaiMenulis

Kedai Makan sedap di Lipis

Kedai Azmi Steam buat penggemar ikan air tawar.
Kami oder menu yang berbeza, bagi merasa belaka.
Ikan patin masak steam tempoyak, ikan patin pais, ikan patin gulai masam dan ikan tilapia stim.
Usai makan nasi, ada pula aiskrim durian pior D24. Memang terbaik.



*Bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nafiri. Awal ustaz sampai ke Lipis. Hasratnya hendak menziarahi al-Fadhil Ustaz Kadir Mudir SABK Al-Ittihadiah Relai yang keuzuran. Moga-moga para asatizah dikurniakan kesihatan dan sentiasa dalam keberkatan.

#PermaiMenulis #ikanairtawar #lipis #pahang #masjid #aiskrim

Wednesday, January 26, 2022

Nasi Ayam Jepun

Makan berlatarkan gambar lama Kuala Lipis. Menu kita hari ini Nasi Ayam Jepun 😅.



Makan untuk hidup.
Bukan
Hidup untuk makan.

#PermaiMenulis #makan #lipis

Tuesday, January 25, 2022

Minyak Wangi Mesir

Berkawanlah seramainya. Kata orang berkawan biar seribu bermusuh jangan sekali.
Namun biar Kawan yang memberi manfaat.
Seperti minyak wangi yang menyebarkan haruman ke sekitarnya.
Kalau ikut list friend kat sosmed kebanyakan cecah ribuan. Tapi kawan betul-betul kah ? Huhu.



Gambar : Saki baki Minyak wangi Mesir yang masih ada di sisi.

#PermaiMenulis #wangi #kawan

Tuesday, January 18, 2022

Pusara Daerah

Mesyuarat Pusara Daerah Lipis. Sangat besar kosnya kalau nak "setup" bagi smart. Indah seperti dalam taman rekreasi. Lengkap segala kemudahan fasiliti termasuk mempunyai sistem pengurusan E-Pusara.

Barulah tidak menyeramkan orang yang hidup pergi berziarah. Dan semoga para arwah berehat kekal abadi dengan tenang.

Doakan agar impian menjadi kenyataan.



#pejabatagamaislam#JabatanAgamaIslamPahang #MasjidDaerah #PusaraDaerah #PermaiMenulis

Upgrade Sistem pembesar suara masjid

Team Sufi Kecil Audio Engineering Works membuat penambahbaikan dan naik taraf sistem pembesar suara Masjid Sultan Mahmud.

Zaman mudanya terlibat dalam industri muzik tanah air selama 30 tahun. Banyak berkerjasama dengan artis sejak tahun 1988 seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Search, Ella, Spider, Fauziah Latif dan lain-lain.
Sehingga tahun 2014, bertukar arah (kembali ke pangkal jalan) kepada projek pemasangan audio sistem Masjid dan surau.

Daripada sebelum zohor sehinggalah jam 11.30 malam mereka masih lagi tekun menjalankan kerja.
Esok sambung lagi.
Sufi kecil bersama Imam kecil.




#Sufikecil #masjid #surau #masjiddaerah #lipis #pahang #jabatanagamaislam #jabatanagamaislampahang #muip #audio #PermaiMenulis

Thursday, January 13, 2022

Hargai kemudahan

Zaman sekarang kemudahan untuk komunikasi sangat senang. Tetapi ramai yang tidak menghargainya.
Contohnya, penyampaian info dan kemaskini maklumat hanya dalam group whatsup. Tetapi ada yang hanya "seen" , itu pun mujur. Lebih parah tak seen group, tetapi aktif je di media sosial yang umum.

Berbeza zaman dahulu, ada yang sampai kena cari di rumah untuk menyampaikan maklumat.
Saya terkenang semasa zaman belajar di Shoubra. Zaman "henpon" tiada kemudahan internet. Apabila ada program persatuan, kami berjalan kaki dari rumah ke rumah pelajar Malaysia mengetuk pintu mengedarkan iklan makluman program. Jaraknya bukanlah suatu yang dekat. Tetapi begitulah bersungguhnya penganjur.



*

Orang terdahulu bersusah payah menebuk kayu membuat beduk. Sebagai alat untuk menyampaikan maklumat. Selain memanggil orang menunaikan solat ke masjid, juga memanggil orang kampung datang berkumpul jika ada perkara kecemasan.

Ps: gambar beduk di Masjid Saidina Ali Kampung Bukit Genting Jerantut.

#PermaiMenulis #aktif #komunikasi #cergas #berkerjauntukIslam

Tuesday, January 11, 2022

Menjadi umat yang berkerja



Menjadi umat yang berkerja.
Perlu dilatih dan diterapkan.
Terutama kepada generasi muda.

Kebanyakannya selesa menjadi penonton.
Bukan sebagai pemain utama.
Tetapi bagi komentar mengalahkan pengurus kepada pemain.

Musim banjir baru ini.
Tular cerita Abang Viva.
Semua pakat share atas share di medsos.
Siap letak #fyp.
Ambil peluang nak ramaikan followers.
Tiada salahnya, tetapi lebih baik bukan sekadar rakam video dan share tetapi turut sama join menjadi sukarelawan.

Umur kita semakin singkat.
Takkan selamanya hanya penyokong.
Kenalah upgrade menjadi pendokong.
Tentu nilainya tidak sama.
Terutama dalam misi menambah saham akhirat.

*ps : peringatan untuk diri sendiri.

#PermaiMenulis #amal #kerja #pendokong

Monday, January 10, 2022

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah.
Institusi pelapis kepimpinan yang sangat penting dalam memanusiakan manusia baik dari segi ilmu, jati diri, agama dan lain-lain.
Jangan persiakan semasa berada di sekolah.
Para pelajar mungkin masih hingusan dalam menentukan hala tuju.
Di sini peranan guru sangat penting dalam memfikrahkan pelajar.

Saya pernah menulis kenangan hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah dalam buku Jejak Kaki Kami.

http://syababgr.blogspot.com/2019/11/?m=1




#PermaiMenulis #sekolah #firstday #pelajar #guru

Tuesday, January 04, 2022

Sukarelawan bantu mangsa Banjir

Mereka mengisi cuti dengan aktiviti kesukarelawanan. Kali ini membantu mangsa pasca banjir di Mentakab, Pahang.
Ikutkan memang letih. Badan lenguh dan ada yang sampai demam.
Tetapi mereka tetap gembira dapat membantu orang lain.
Keletihan hilang apabila melihat mangsa yang dibantu tersenyum girang dan menghargai bantuan yang tidak seberapa ini.

Semasa muda inilah kita perlu mengisi kehidupan dengan memaksimakan aktiviti amal terutama misi kemanusian yang menuntut kesihatan fizikal dan tubuh badan.
Kerana apabila menjelang tua, stamina sudah tidak kuat lagi. Ketika itu kita hanya mampu melihat sambil menyatakan "ruginya aku semasa muda dahulu tidak cergas membantu orang lain"

Kami mengucapkan terima kasih kepada Permai, Ilmam, Skuad Cakna Ummah kerana bersama-sama menjayakan misi kali ini.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Allahuakbar !

https://youtu.be/iUrg8by1xc4

#Imam #PHEI #Masjid #PermaiMenulis #ilmam #scu #sman #jabatanagamaislam #ngo #sukarelawan #anakmuda #dakwah #dakwahanakmuda #MalaysiaBangkitBersama #amal #ukhwah #pahang #banjir #mentakab #doa

Monday, December 27, 2021

Kongsi Rezeki Masjid buat Mangsa Banjir

Assalamualaikum wbt,
Tanpa dipinta, Musibah banjir turut dialami oleh sebahagian penduduk di sekitar bandar kuala Lipis.
Masjid Sultan Mahmud menyantuni mangsa banjir dengan program Kongsi Rezeki melibatkan RM 15k untuk diagihkan kepada mangsa tanpa mengira bangsa dan agama. Antaranya penduduk Taman Fah Chon, perumahan PPRT, kuarters JKR, Taman Dal Sing, Taman LKNP, Jalan Pekeliling, Taman Lipis Impian dan Desa Jeram Batu. Semoga mereka semua tabah. Buat teman-teman yang ingin menyumbang kami alukan. Seeru ala barakatillah

#MasjidSultanMahmud
#MasjidDaerah
#Lipis
#PejabatAgamaIslamDaerahLipis
#JabatanAgamaIslamPahang
#SumbanganOrangRamai
#kongsirezeki
#daruratbanjir
#BeramalKeranaAllah
#MalaysiaBangkitBersama
#KeluargaMalaysia
#PermaiMenulis

https://youtu.be/G9OHAc0hSkw

Friday, December 24, 2021

Pegawai masjid di hari jumaat

Nampak senang tapi bukan senang hendak menyusun para "tetamu" yang mari ke Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis untuk duduk dalam susunan yang teratur.
Sebahagiannya tetap berkeras untuk duduk di tempat pilihan mereka seperti di sof belakang sekali, tepi pintu, di tiang, di beranda dan di ruang luar.
Selaku pegawai masjid ni bukan semua pengunjung yang respek.
Kebiasaan Depa ingat dan berhajat ke pegawai masjid ketika ada kematian.

*Hanya segelintir kecil sahaja, majoriti "follow" apa yang pihak pentadbiran masjid tetapkan.

#CeritaJumaat #PermaiMenulis #Masjid #ragamorang

Tuesday, December 21, 2021

Banjir surut di Lipis

Alhamdulillah banjir sudah surut di Lipis. Malam ini kehadiran jemaah Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis hampir pulih seperti kebiasaan.
Beberapa hari semasa banjir sedang melanda dan ramai yang terkandas untuk hadir berjemaah di Masjid. Solat berjemaah 5 waktu tetap dapat dilaksanakan walaupun dengan bilangan yang kecil.
Saya "cover" semua waktu memandangkan sahabat pegawai masjid yang lain juga terkandas untuk hadir ke masjid dek banjir. Kerana itu juga, capaian saya sangat terhad. Hanya lingkungan dalam radar kawasan masjid sahaja. Tak dapatlah bebas nak menjenguk sahabat yang lain.
Begitulah yang berlaku setiap kali tibanya musim banjir.
Tambahan pula kali ini, saya juga perlu memindah keluar barang di kuarters yang didiami ke bilik sementara kerana isu keselamatan. Kuarters yang saya duduki sudah tidak selamat lagi. Tak pasal "demeh" kalau keluar "paper" imam lipis tertimbus dalam tanah runtuh.
Namun ketika ini, situsi semakin memburuk di Temerloh dan Mentakab. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Jangan terlupa untuk terus berdoa kepada Yang Maha Kuasa.



*Gambar kenangan, Cik Nik restoran Kuzah menunggu waktu solat ketika jemaah yang lain terkandas.

#PermaiMenulis #DakwahAnakMuda #Masjid #imamMasjid #banjir #banjir2021 #pahang #lipis #doayangbaikbaik

Tuesday, December 14, 2021

Program berkualiti

Program tak perlu banyak. Tetapi mampu memberi impak yang besar.
Perlu ubah apabila hujung tahun, berlaku lambakan program secara adhoc. Sampai bertindan dan pengisian menjadi tidak berkualiti.
Sebabnya nak habiskan duit peruntukan.
Jom workshop program.

#PermaiMenulis #workshop #daie

Monday, December 13, 2021

Dua telefon

Inilah antara kegunaan pakai 2 telefon. Satu guna untuk komunikasi, yang satu lagi jadi tempat untuk membaca teks.
Bahan bacaan seperti kertas kerja, buku, wirid al-Mathurat, Surah Yasin dan tahlil dalam PDF disimpan dalam Google Drive.



Gambar hiasan ketika mengetuai bacaan wirid al-Mathurat secara dalam talian.

#PermaiMenulis #daie #teknologi #telefon #baca

Wednesday, December 08, 2021

Ikan tilapia bakar

Gerakan dakwah perlu sentiasa kreatif dan disegarkan. Selain perlunya bergerak dalam team yang tersusun.
Meting sambil Menghadap seekor ikan tilapia bakar.



#dakwah #daie #PermaiMenulis

Thursday, December 02, 2021

Hargai Teman

Orang luar mungkin tidak kenal kita dengan mendalam.
Hanya menilai berpandukan sesuatu yang kita sendiri buat dan adakan seperti resume, tulisan, dan ucapan.
Tentulah kita nampak power. Kan.

Tetapi teman yang telah lama kita kenali tentu tahu prestasi dan keadaan sebenar.
Hargai dan layan mereka sebaiknya.
Kelak mereka buat siri pembongkaran realiti sebenar, baru padan muka. Kan.



#PermaiMenulis #teman #hargai #realiti