Bila tanya tengah buat apa. Jawabnya tengah
masak, atau baru siap memasak. Ada orang hobinya memasak. Pada masa lapang,
hari cuti akan diisi dengan aktiviti memasak.
Namun kebanyakan dari kita istilahnya
terpaksa memasak. Ye lah, tak masak awak nak makan apa?
Bagi yang kewangan mantop tak de masalah,
setiap hari pagi tengahari dan malam tuju sahaja ke mana-mana kedai makan untuk
mengisi perut. Masalahnya yang selalu
sengkek duit. Tambah pula zaman kini kos sara hidup yang sangat
membebankan.
Tak semua kedai yang ada menu nasik bajet. Nasi
berlauk sepinggan RM 4.50 sekali dengan air sirap atau teh o ais. Bagi kedai
yang ada sediakan menu tersebut, memang jadi tumpuan dan serbuan terutama di
kalangan pelajar. Di daerah tempat saya bertapa ini tak de lagi tular kedai
nasi bajet. Huhu.
Mungkin antara sebab kenapa kedai yang ada
menu roti canai jadi tumpuan. Sebab harga roti canai kosong masih lagi harga
mampu milik. Sekali pakej dengan air teh o panas.
Maka, pilihan yang paling menjimatkan
adalah memasak sendiri. Pakar atau tidak bukanlah soalnya. Pokoknya awak boleh
makan dan kenyang dengan masakan tersebut.
Saya sendiri perlu memasak ketika berkelana ke bumi Kinanah. Memang
kebanyakan dari penuntut Malaysia di sana akan memasak sendiri. Tak adanya
setiap hari awak nak mengunyah roti (eish) berintikan to’miyah, kacang fuul
atau kibdah.
Masak makanan arab ke? Haha..
Kat sana baru praktik masak sup, kari,
tomyam. Menariknya tak rujuk buku resepi pun. Google pulak tak menular dengan
meluas lagi ketika itu. Kaedah yang diguna pakai ialah main campak-campak bahan
yang ada sesuka hati. Hasilnya ada masa fuhh Alhamdulillah, ada masa kus
semangat Innalillah.
Saranan saya, memasak sendiri adalah pilihan yang terbaik.
Kita dapat menentukan bahan yang digunakan berkualiti dan yang penting halalan
toyyiba. Bukan semua pengusaha makanan ambil berat soal halalan toyyiba dan
kebersihan. Di kepala mereka hanya untung dan duit sahaja.
Tular di media sosial ada kedai makan yang
ambil semula sisa makanan dan dimasak semula. Kalau setakat lauk tak habis,
esok hidang semula tu perkara biasa. Belum kira lagi perencah-perencah yang
digunakan.
Biasa-biasakan memasak, lama kelamaan akan
menjadi kegemaran dan hobi. Lepas tu jemput kawan-kawan makan sekali. Nikmat
apabila dapat menjamu rakan taulan makan. Ganjaran di sisi Allah pun besar.
Kawan-kawan pun semakin suka dengan kita, sebab dapat jimat poket depa.huhu.
Kenangan bertamu di 'Abut ketika di Mesir
Ada siapa-siapa nak jemput saya makan ?
#PermaiMenulis
No comments:
Post a Comment