Nota
Hijrah 5
1.
Saidina Abu Bakar RA
terlebih dahulu masuk ke dalam gua untuk memastikan keadaan dalam gua
selamat dari ancaman binatang buas dan lainnya.
2.
Lubang-lubang dalam gua ditutup dengan kain yang dikoyakkan
oleh Saidina Abu Bakar RA.
3.
Ketika Rasulullah SAW baring berehat di riba Saidina Abu
Bakar RA, seekor binatang berbisa (kala
jengking) telah menyengat kaki saidina Abu Bakar RA.
4.
Saidina Abu Bakar tetap tidak bergerak dan berdiam menahan
kesakitan. Beliau bimbangkan tidur Rasulullah SAW terganggu.
5.
Sakitnya sengatan tersebut, sehingga air mata saidina Abu
Bakar mengalir dan menitis ke muka Rasulullah SAW.
6.
Rasulullah SAW meludah ke tempat sengatan tersebut dan serta
merta sakit akibat sengatan tersebut hilang.
7.
Pihak kafir Quraisy terdesak mencari Rasulullah SAW. Suatu
ketika mereka sudah sampai di depan pintu gua Thur. Jika mereka tunduk sahaja
ke bawah nescaya mereka akan nampak Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.
Firman Allah SWT :
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah
telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari
negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah
engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya
dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah
menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan
sehina-hinanya), dan Kalimah Allah ((Islam) ialah yang tertinggi
(selama-lamanya), kerana Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana."
(At Taubah : 40)
Pengajaran
dan Hikmah
1.
Kita mesti Kasih dan sayang kepada Rasulullah
SAW lebih dari diri kita sendiri.
2.
Yakinlah bahawa Allah SWT akan menolong mereka
yang berjuang menegakkan Islam.
3.
Perasaan takut
merupakan fitrah bagi manusia. Ada yang tertewas dengan ujian ini.
Akhirnya mereka kecundang tergelincir (futur) dari medan perjuangan dan dakwah.
4.
Ada
yang hanya memilih untuk berdakwah di kelompok elit bersama kemasyhuran
dan kesenangan.
5.
Jika diajak ke medan yang lebih mencabar
sehingga terpaksa berkorban wang, tenaga dan masa sebahagiannya enggan dengan
pelbagai alasan.
6.
Sedangkan tabiat perjuangan yang ditinggalkan
oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat dipenuhi dengan ranjau, kepayahan dan
pengorbanan.
#PermaiMenulis
#hijrah
#notahijrah
#1439
No comments:
Post a Comment