Menulis
zaman kini serba mudah. Tidak perlu pen dan kertas. Juga boleh dilaksanakan
tanpa laptop dan komputer.
Penulis
zaman silam terutama para ulama menulis dengan penuh kepayahan. Pen yang
dicelupkan ke botol dakwat. Mereka tulis di kertas dengan penuh tekun. Belum
ada lampu elektrik yang meneman. Tetapi penulis silam mampu menghasilkan
berjilid-jilid kitab yang tebal.
Zaman
semakin moden. Ketika era mesin taip. penulis menaip di mesin taip. Boleh
tengok cerita Mat Som karya Lat.
Saya sendiri tidak sempat menggunakan mesin taip. Hanya ketika kecil bermain-main menaip di mesin taip ayah. Sampai terburai tali riben dakwat mesin taip tersebut.
Kerja kursus semasa tingkatan satu, saya sempat secara amaturnya menaip menggunakan mesin taip elektronik yang kebetulan ada di rumah.

Kemudian
saya menaip di keyboard komputer yang
besar gedabak. Sudah tentu hanya di rumah atau di pejabat, baru boleh
menaip.
Sekarang
kalau kita bertanya kepada golongan yang mesra dengan microsoft word iaitu
mahasiswa. Siapa yang masih membeli dan menjadi pengguna tegar PC (komputer
peribadi).
Mungkin masih ada tetapi peratusannya hampir tiada. Agakan saya sahaja hasil pemerhatian tanpa membuat borang soal selidik.
Mungkin masih ada tetapi peratusannya hampir tiada. Agakan saya sahaja hasil pemerhatian tanpa membuat borang soal selidik.
Sekarang,
saya percaya kebanyakan dari kita selalu menaip di screen Handphone
masing-masing. Hampir setiap hari kita menaip terutamanya di Whatsapp.
Jika
golongan silam yang penuh kepayahan mampu menulis sehingga berjilid-jilid kitab.
Maka kita di zaman serba moden ini sepatutnya lebih lagi ?
Insya-Allah azam terus menulis.
#PermaiMenulis
#mesintaip
No comments:
Post a Comment