Yayasan
Pahang ada menganjurkan program kelas Tafaqquh Fiddin yang dijalankan di
masjid-masjid yang terpilih dalam negeri Pahang.
Untuk
daerah Lipis, hanya sebuah Masjid yang dipilih untuk projek kelas Tafaqquh ini
iaitu masjid daerah Lipis.
Kelas
dijalankan pada setiap hari sabtu dan ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 12
tengahari.
Mata
pelajaran yang diajar merangkumi Tauhid, Feqah, Tasawuf dan Tafsir &
Tajwid.
Kelas
dijalankan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Alhamdulillah
tahap 1 telah pun tamat setelah semua pelajar menduduki peperiksaan pada bulan
11 yang lalu.
Selaku
yang terlibat dengan pengurusan kelas di masjid, beberapa ulasan yang berkaitan
:
1.
Info daripada pihak penganjur selalu berlaku kelewatan. Antaranya
disebabkan masalah komunikasi yang tidak lancar di antara pihak penganjur
dengan penyelia kelas.
Akibatnya :
i)
Program seperti halaqah dan konvo diketahui agak lewat dan pihak
penyelia dan pelajar kelam kabut untuk menghadiri program tersebut.
ii)
Makluman tarikh dan jadual peperiksaan diketahui dengan sangat last
minit.
Kaedah
penyelesaian : Pihak penganjur akan berurusan terus dengan pihak penyelia kelas
Tafaqquh Masjid.
2.
Para pelajar sukar memberikan komitmen untuk hadir ke kelas. Di
awal program hampir 100 lebih yang mendaftar. Akhirnya yang kekal istiqamah
hanyalah dalam 30 orang lebih sahaja. Alasan yang biasa diberikan seperti hari
sabtu ahad penuh aktiviti seperti kenduri.
3.
Ada para pelajar yang tidak memahami sistem perjalanan kelas
Tafaqquh Fiddin ini. Kelas ini sistemnya bukannya macam kuliah maghrib di
masjid surau yang boleh ikut suka nak hadir atau tidak. Kalau hadir pun hanya
bawa diri tanpa kitab, mendengar pengkuliah bersyarah. Tetapi kelas TFD
kehadiran diambil dan ada markahnya. Ada ujian bulanan dan peperiksaan akhir.
Ada tahap-tahap kelas seperti darjah dan tingkatan di sekolah.
4.
Lebih parah, ada sebahagian tenaga pengajar yang tidak memahami
sistem perjalanan kelas TFD. Setiap guru dibekalkan dengan buku modul yang
menerangkan perjalanan jadual kelas. Penyelarasan buku apa, tajuk-tajuk yang
perlu diajar mengikut minggu. Supaya selaras di seluruh kelas TFD dalam negeri
Pahang. Bukannya tukar kitab yang lain
dan mengajar seperti kuliah maghrib di masjid dan surau tanpa berpandukan
silibus yang ditetapkan.
Hasilnya bila peperiksaan, para pelajar tidak dapat menjawab dengan
baik kerana belajar tajuk yang berlainan
dengan silibus.
Akhirnya,
bersama kita menyokong program ini. Walaupun terdapat beberapa masalah, biasalah
di peringkat permulaan cuma tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut perlu
diberi perhatian serius.
Komitmen
yan berterusan dari para pelajar amatlah diharapkan. Sesibuk mana pun kita,
jangan kita abai pengajian ilmu agama. Rugi yang tidak dapat diundur apabila
kita kekal dan akhirnya mati dalam kejahilan.
#PermaiMenulis
#TFD
#Masjid
#YayasanPahang
#belajar
#ilmu
#catatanImamKecil
No comments:
Post a Comment