Apabila membeli barang secara online sudah
tentu barang kita akan dikirim melalui syarikat penghantaran barang.
Saya rasa kini kekuatan utama Pos Malaysia dan syarikat-syarikat lain
seperti Skynet, Gdex dan lain-lain bergantung kepada operasi penghantaran
barang. Jika hanya mengharapkan orang nak pos surat semata-mata tak lepas nak
tampung kos operasi syarikat.
Pembeli sudah tentu mahukan barang kiriman
mereka diperolehi dengan cepat dan barang tersebut dalam keadaan yang baik.
Begitu juga dengan para penjual yang mahukan barang mereka dikirim dengan
cepat.
Biasanya para penjual dan pembeli sudah
mempunyai pengalaman dan boleh membuat perbandingan antara kualiti
syarikat-syarikat yang mana baik dan yang mana tidak memuaskan.
Barang-barang yang saya beli biasanya
dihantar terus ke alamat yang saya
lampirkan. Cuma baru-baru ini saya menerima panggilan dari sebuah syarikat yang
menyatakan barang saya telah sampai dan saya diminta untuk mengambil barang
tersebut di tempat mereka.
Saya tidak bersetuju dan saya katakan
kepada pihak syarikat yang saya tidak akan mengambil barang tersebut melainkan
dihantar kepada saya mengikut alamat yang tertera. Saya sebut kepada mereka,
baik lagi perkhidmatan pos
Malaysia, posmen hantar siap-siap.
Walhal mereka dibayar untuk menghantar
barang tersebut dan ada runner khusus yang juga dibayar. Nampak sangat nak
ambil jalan mudah. Duit nak tapi kerja nak ambil mudah.
Saya syorkan kepada para penjual, apabila
ada pembeli yang mengalami masalah seperti ini, adukan kepada pihak Hq syarikat
dan jika perlu tukar kepada syarikat lain yang lebih baik perkhidmatannya.
Akhirnya barang saya selamat sampai ke
tangan saya dengan dihantar oleh mereka. Boleh pun.. Kan.
#PermaiMenulis
#KirimBarang
#Online
#pos
#skynet
#gdex
#poslaju
No comments:
Post a Comment