Tuesday, August 21, 2018

Pantai Teluk Cempedak

Baru ini saya mengambil kesempatan berkunjung ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Antara  lokasi yang akan dikunjungi bersama keluarga ketika kanak-kanak dahulu jika bertandang ke Kuantan, selain pantai Batu Hitam, Taman Gelora dan Taman Teruntum.

Semasa bersekolah di Kuantan, kami pernah berjalan kaki menyusur persisiran pantai dari Pantai Gelora ke Teluk Cempedak. Ada kawasan-kawasan berbatu yang perlu dipanjat, ada juga tempat berbatu yang tinggi dan curam. 

Kedatangan kali ini, saya lihat banyak sampah sarap berlonggok di kawasan persekitaran pantai. Begitulah sikap manusia, hanya mengharapkan agensi pembersihan seperti Alam Flora yang tolong membersihkan  sampah yang dibuang merata-rata. Kesedaran sivik yang sepatutnya perlu dihadam oleh semua manusia. Tak perlu nak kena masuk dalam silibus pembelajaran di sekolah.

Kera-kera juga berkeliaran di persekitaran pantai. Dari dulu lagi isu kera-kera yang 'nakal' ingin mencuri makanan dan barang-barang kita. Nak salahkan kera tak kena juga. Habitat mereka semakin pupus. Untuk survival mereka memilih untuk berani mencuri makanan orang ramai.



#PermaiMenulis #pantai #telukcempedak #kuantan #pahang #laut







1 comment:

Ikhwan said...

menarik pantai ini