Berlaku juga di sebuah kampung di Bentong. Tali plastik penghadang jalan dan kawat besi yang telah dipasang di Kampung Kemansur ekoran penularan jangkitan Covid-19 telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Tali berkenaan dipotong manakala kawat besi dipijak.
Dah macam cerita lari keluar dari penjara. Zaman belajar dulu, popular cerita Prison Break. Kisah genius yang merancang keluar dari penjara.
Ketika rundingan Baling yang menyaksikan pihak kerajaan berunding dengan PKM, salah seorang wakil PKM ialah Rashid Maidin.
Tahukah ? yang Rashid Maidin pernah dipenjarakan dan berjaya melarikan diri pada awal
tahun 1952 setelah kira-kira tiga setengah tahun dalam penjara.
Maksudnya, sehebat mana sesebuah kawalan. Tetap ada yang boleh menembusinya.
Namun pepatah sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ada benarnya.
Maka, selaku rakyat. Akur dan berilah kerjasama sebaiknya pada mereka yang berautoriti. Tak perlulah nak jadi macam Michael Scofield (watak utama Prison Break).
Lihat bagaimana para ulama silam mengisi masa mereka semasa kena kurantin dalam tahanan.
Contohnya As-Syahid Said Qutb dan Pak Hamka yang telah menulis kitab tafsir Fi Zilal dan Al-Azhar semasa dalam tahanan.
#PermaiMenulis #GengPermai #pkp #penjara
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
No comments:
Post a Comment