Saya memilih untuk tidak membayar dengan menggunakan wang tunai jika di kedai tersebut ada kaedah pembayaran alternatif yang lain seperti QR Pay atau pun menggunakan Kad Debit / Kredit.
Pandangan saya, zaman kini pekedai pun wajar mempelbagaikan kaedah pembayaran. Keluar modal sikit untuk membeli mesin terminal kad debit/ kredit.
Kerana hampir semua orang mempunyai kad bank. Sebabnya Kebanyakan bank tidak lagi menggunakan buku akaun.
Kad bank yang terkini pun mempunyai Wave.
Biasakan kalau kita nak bayar guna kad, casher pun tanya, nak guna pin ke wave ?
Pin kena masukkan nombor pin, adapun Wave tak perlu. Sentuh sahaja kad di screen terminal.
Lagi pun pemegang kad bank kena bayar secara tahunan untuk servis wave tersebut. Saya tak pasti semua bank atau bank tertentu sahaja yang kena cas bayaran. Tapi Bank Islam kena cas RM13 setahun untuk BIDC. Jadi rugilah kalau tak guna servis tersebut.
Selain bank , terdapat pelbagai Kompeni yang menawarkan E-Wallet. Maksudnya kita simpan duit kita di dalam E- Wallet kompeni tersebut. Bila nak bayar baru guna. Seperti TNG dan GoPayz.
Jangan kita pandang agak cerewet dan "komplikated". Bahkan sebenarnya sangat memudahkan penjual dan pembeli.
Zaman Ke depan bukan ke arah cashless sahaja tetapi juga cardless. Jauh lagilah nak maju kalau guna kad pun tak nak kita biasakan.
Ikutkan, kita dah kena berlatih biasakan bayar guna QR Pay scan guna "henpon" .
Henpon pun ada yang telah mempunyai apps untuk membolehkan kita bayar menggunakan Hp sahaja. Tak perlu dah nak penuhkan wallet dengan duit tunai dan macam-macam kad.
Seperti Samsung dan Apple yang mempunyai Samsung Pay dan Apple Pay. Bukan dengan hp je, tetapi dengan jam tangan Apple Watch dan jam tangan Samsung Gear pun boleh membuat pembayaran.
Tapi saya belum mampu lagi memiliki jam tangan yang seperti itu.
Ok. Bereh.
#PermaiMenulis #GengPermai #Cardless #Cashless
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
No comments:
Post a Comment