Pagi-pagi cuaca memang sejuk. Berasa ketar badan kena air di waktu fajar. Kabus
pun pekat likat menandakan siangnya nanti panas terik.
Hari jumaat pasca PKP, kami berdiri di pintu pagar masuk masjid. Di bawah sinaran matahari dengan mengenakan jubah Kot Kakula yang tebal. Tapi itu bukan cabarannya.
Cabaran utamanya ialah setelah ruang masjid penuh, kami akan maklumkan yang ruang solat telah penuh, dan meminta kepada mereka supaya kembali ke rumah untuk menunaikan solat zohor.
Tentunya reaksi yang pelbagai dari kalangan para Jemaah. Ada yang lapang dada, ada yang muka kelat dll.
Begitu juga dengan segelintir yang mempersoalkan SOP sekian-sekian. Kita respon, menjawab pulak. Mulalah nak kabo, tak nak ikut takpe, pergi cari masjid lain, rasanya lagi tak dapat masuk. Huhu.
Hari ini muncul pula Kluster surau di Kuantan dan masjid di Muadzam.
Maka, marilah sama-sama kita bertabah, bersabar dan terus berdoa. Semoga ujian
pandemic ini mendapat penyelesaiannya.
#PermaiMenulis #GengPermai #Masjid #Jaip #sop #pkp
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner
http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
No comments:
Post a Comment