Saturday, February 13, 2021

Kenapa susah nak faham



Pihak yang berautoriti akan mengeluarkan peraturan dan arahan yang perlu diikuti.
Namun setiap orang pemahaman kepada peraturan dan arahan adalah berbeza.
Ada yang memang betul-betul faham dan ada yang sebaliknya. Kerana ada juga sesi penerangan kepada sesuatu peraturan tersebut bentuk ayatnya tsk jelas atau berbelit.
Ada juga yang memang buat tak endah, langgor je, pedulikan semua tu katanya.

Contohnya fatrah Covid 19.
Seperti tak boleh makan beramai di kedai makan. Had satu meja hanya dua orang.
Semalam, Artis Shuib Kantoi dengan penguatkuasa di Lipis. Makan di restoran macam musim-musim bukan PKP.
Ramai lagi yang macam tu, tapi tak kantoi je..

Jika SOP di masjid pula. Imam dan bilal akan meringkaskan ibadah solat, maksudnya akan baca surah, wirid, khutbah yang ringkas.
Namun kebanyakan panjang berjela juga.

Di Pahang, Kuliah maghrib dan Subuh dibenarkan. Namun ada had ketetapannya seperti masa dan kedudukan jemaah yang tidak berganjak.
Tapi biasalah, ada juga pentazkirah yang bila dapat mikrofon je "naik syeikh" syok sangat bercakap sampai lajak masa yang ketara.
Itu belum lagi asatizah yang menggunakan ruang kuliahnya untuk bantai Sop-sop covid ni, seperti tak payah solat jemaah jarak-jarak. Covid ni agenda dajjal dan zionis bla bla.

Jangan seperti cerita rakyat orang Asli. Bila tanya jauh lagi ke tok batin ?
Jawabnya tak jauh pak, sebatang rokok je. Padahal dah berjam-jam jalan. Kan.

Maka, berusahalah untuk menjadi orang yang faham. Terutamanya Faham ajaran Islam, serta arahan dan peraturan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa.

#PermaiMenulis #faham #pkp

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7





No comments: