Monday, December 04, 2017

Semarakkan tulisan jawi


Tulisan jawi merupakan  budaya kita. Jika dahulu tulisan ini merupakan tulisan rasmi bagi negara kita. Kini tidak lagi. Hanya negara Brunei yang masih mengekalkan tulisan jawi sebagai salah satu dari dua sistem tulisan rasmi di negara Brunei.
Jika ada yang mengatakan kita nak menjaga hati kaum lain. Sebenarnya kita hanya takut pada bayang-bayang sendiri.  Kerana semua pihak telah maklum yang memang bahasa melayu  merupakan bahasa kebangsaan kita asalnya dari tulisan jawi. Tiada apa-apa pun masalah. Penjajah inggeris pun ada yang boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi.
Biasa sahaja terdapat kuasa besar dunia yang tidak pun mengagongkan abjad roman. Seperti bahasa Rusia yang menggunakan ejaan yang sangat pelik bagi kita.

Sebagaimana kita maklum, situasi tulisan jawi kini sangat menyedihkan. Pendapat peribadi saya, tak perlulah retorik nak berbangga  menunjukkan semangat patriotik jika tulisan jawi pun tak reti nak baca dan meminggirkan tulisan jawi.
Sepatutnya temuduga kemasukan kerja ke  Jabatan kerajaan terutama di kategori pegawai  kumpulan A wajib menekankan penguasaan tulisan jawi. Jika tidak selamanya nasib tulisan jawi tidak terbela. Hanya sekali sekala sekumpulan minoriti yang memperjuangkan tulisan jawi bersuara. Tapi tak ke mana pun hasilnya.
Kemasukan ke sekolah berasrama penuh juga Wajib mengambil kira tahap penguasaan pelajar dalam ‘bahasa jawi’.
Nanti ada pula pihak yang dakwa, nak jadikan semua jabatan kerajaan ini jabatan agama Islam ke ? atau semua sekolah nak jadi sekolah agama ke ?

Jawapan mudah (tapi kasar sikit bunyinya. Kita nak berlunak ke dengan mereka yang ingin menjahanamkan agama kita?) :
Kalau begitu pelajar sekolah agama dan staf Jabatan Agama sahajalah yang masuk syurga. Yang lain-lain tak merasalah sebab nak menjauhkan diri dari amalan agama.

Akhbar Utusan Melayu yang merupakan abang sulung kumpulan Utusan yang diterbitkan dalam tulisan jawi juga kini telah tiada. Tinggal sejarah yang disimpan di arkib dan muzium sahaja.

Teks khutbah jumaat dan hari raya yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pahang dalam tulisan jawi. Saya amat bersetuju dan berharap sedikit sebanyak dapatlah menaik taraf pengusaan jawi para khatib.
Cuma masih terdapat khatib yang juga imam masjid-masjid yang tidak mahir membaca tulisan jawi. Depa download baca yang tulisan rumi. Bayangkan kalau tok khatib buta jawi, para makmum lagi lah jahilnya.
Kesan besar buta jawi akan mengakibatkan buta huruf al-Quran.  Sedangkan al-Quran merupakan pedoman kita. Tanpa pedoman kita hidup dalam kegelapan.

 Kata pendeta Za'ba : 
"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."

Mari kita semarakkan tulisan jawi.


Cara Install Keybord Jawi untuk HP  Android


Berikut cara install jawi pada smartphone android. Open google play dan install aplikasi berikut:

1. Multiling Keyboard
2. Jawi Plug in

Selesai install, buka aplikasi: Multiling Keyboard.

1. Enable Multiling
   - tick pada 'Multiling Keyboard'.
   - untick pada keyboard yang lain.
   - dah selesai, tekan Back

2. Switch IME to Multiling
    - tick pada 'Multiling Keyboard'.
    - dah selesai, tekan Back.

3. Tak perlu setting apa-apa. Terus ke nombor 4.

4. Enable Languages (Bahagian paling penting)
    - tick pada 'Bahasa Melayu'
    - tick pada 'بهاس ملايو' (jawi)
    - untick pada bahasa yang tidak  diingini.
    - dah selesai, tekan Back.

* Selesai
* Gunakan 'space bar' utk tukar antara keyboard rumi & jawi

#PermaiMenulis
#jawi
#bahasakita





1 comment:

JawiTypoKaki said...


Salam Kawanku,
Minat Tulisan Jawi/Pegon/Arab/Quran?
1. Cari Fon Jawi/Pegon/Arab/Quran?
2. Cari Daftar Kata Rumi Jawi?
3. Cari Kamus 3 Bahasa?
4. Cari Bunga Jawi?
Sila muat turun fail-2 dari https://t.me/FonJawi
Semoga bermanfaat dan semoga semua sentiasa ceria selalu