17 Julai 2018 merupakan
tarikh yang diumumkan oleh Yahoo untuk menutup aplikasi Yahoo Messenger.
Saya dikejutkan dengan kiriman emel dari Yahoo yang memaklumkan penamatan operasi YM.
Kiriman emel dari Yahoo yang menyampaikan berita sedih.
Saya antara bekas
pengguna Yahoo Messenger yang biasanya hanya disebut YM. Saya percaya mereka yang menjadi pengguna
internet era akhir tahun 90an sehinggalah pertengahan tahun 2000 sangat biasa
dan akrab dengan YM.
Zaman itu, bukan semua
orang mempunyai kemudahan dan peluang untuk akses internet. Itu pun dengan
menggunakan komputer peribadi (PC) sama ada kepunyaan sendiri atau melayari
internet di Cyber Café.
Ketika saya berada di
Mesir, saya mula mempunyai komputer sendiri.
Boleh baca kisahnya di : http://syababgr.blogspot.com/2017/04/ustaz-ada-laptop.html
Namun, komputer saya
tidak mempunyai line internet. Faktor
persekitaran dan waktu itu agak sukar untuk memasang internet di rumah.
Untuk melayari internet
saya perlu berjalan kaki ke Cyber Café (CC). Ketika itu CC merupakan tempat
popular yang wajib dikunjungi oleh pelajar Malaysia di sana. Bohonglah jika ada
pelajar Malaysia yang langsung tidak pernah pergi CC, walaupun mungkin semasa
di Malaysia berasa janggal untuk masuk ke dalam CC. Termasuklah saya.
Ketika baru sampai di
Mesir, saya dibawa senior ke CC dan
diajar untuk membuat emel,
membuat akaun YM dan cara call ke
Malaysia dengan menggunakan E-Vioz.
Maka itulah aktiviti
popular pelajar Malaysia jika berkunjung ke CC. Semak dan hantar emel, chat YM
dan call ke Malaysia. Selain membaca paper online, berblog (baca blog orang atau post tulisan dalam blog
sendiri) dan layan Friendster.
Ketika mula berkecimpung
dengan chat, saya tak tahu pun yang kena log
out. Main pangkah begitu sahaja. Ada kawan yang bertanya, nampak selalu
icon 😀 saya kuning bercahaya,
maksudnya selalu online. Rupanya
sebab saya tak log out.
Selain kita chat dengan
sahabat handai, kita juga boleh menambah kenalan dengan chat di room. Saya rasa antara room yang pernah saya join seperti
kampung.
Istilah dan ejaan ringkas
(short font) yang popular bila baru
nak mula berkenalan ASL ?, bukan singkatan dari asal, tetapi bermaksud age,
sex, location.
Icon beremoji yang
popular dalam Whatsapp (WA) sekarang,
telah pun lebih awal dimulakan dalam YM. Selain ‘Buzz’ yang digunakan
untuk mengejutkan orang. Bila kita chat dengan seseorang, kemudian orang tu
senyap lama, kita ‘buzz’ dia. Haha.
Selain itu, sama seperti
WA (baca wasap), YM juga boleh
membuat group rahsia (privasi). Saya mula didedahkan dan terlibat mesyuarat online dengan menggunakan group YM.
YM juga boleh call sesama pengguna YM. Cuma saya
jarang menggunakannya.
Saya mula perlahan
bersama YM apabila tiada kawan-kawan yang menggunakannya. “Buzz” pun tiada
respon. Huhu.
Ini kerana perkembangan
smart phone yang membolehkan kita sentiasa bersama dengan line internet. Di
samping pakej yang menarik disediakan oleh facebook dan whatsapp menyebabkan
media sosial yang lain seperti YM, Mirc, Friendster akhirnya malap dan
berkesudahan ditutup servisnya. Sedih rasanya. Huhu.
Apa pun kenangan berchat
YM memang mengujakan. Selamat tinggal Yahoo Messenger.
Dalam kenangan, Paparan chat YM saya yang terakhir.
Sekarang sudah tiada dan memang kita tak boleh nak on semula.
Channel : https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis
#ym
#yahoomessenger
#goodbye
#seputarmemorisilam
No comments:
Post a Comment