Tragedi kebakaran di
Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempohari banyak perkara yang dapat
kita saksikan dan pelajari.
Ada pihak yang membantu
dan menawarkan bantuan tanpa banyak soal. Ada yang memberi cadangan
penambahbaikan. Bahkan ada juga yang menghentam.
Bagi yang menghentam timbul
saranan seperti zaman sekarang tak perlu
ada Maahad Tahfiz. Perlu tutup Maahad Tahfiz. Tempat melahirkan pelampau dan
pelbagai lagi.
Sedangkan Maahad Tahfiz
menjadikan Al-Quran sebagai teras
pendidikannya. Di mana-mana Maahad Tahfiz, para pelajar akan belajar membaca al-Quran, Menghafal al-Quran dan memahami isi kandungan al-Quran.
Al-Quran merupakan kitab
suci yang wajib kita beriman dengannya. Mana mungkin dikatakan percaya jika
tidak mempelajarinya, tidak mendalaminya dan tidak memahaminya.
Adakah boleh disebut
percaya? sedangkan saranan, pedoman,
panduan dan arahan yang terkandung dalam al-Quran ditolak.
Sabda
Rasulullah SAW : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
“Sebaik-baik
kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” (Bukhari)
Selaku orang yang beriman, kita percaya firman Allah SWT yang
terkandung dalam al-Quran :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا
نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka,
tetapi Allah menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir
membencinya. (Al- Saff [61] : 7-8)
Firman
Allah SWT :
يُرِيدُونَ أَنْ
يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka
berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan)
mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun
orang-orang yang kafir tidak menyukai. (Al -Taubah [9] : 32)
Insya-Allah, kita yakin
dan percaya masa depan Institusi Tahfiz di negara kita akan semakin gemilang.
Alhamdulillah, kelas
hafazan di Masjid kami berjalan seadanya setiap minggu. Saya percaya aura maahad tahfiz
meresap di dalam sanubari peserta kelas hafazan ini.
Walaupun dahulunya tidak
berpeluang menimba di Maahad Tahfiz, namun tiada yang mustahil untuk
mempelajari dan menghafal al-Quran.
Antara peserta kelas hafazan petang tadi di masjid kami. Semoga Istiqamah.
#PermaiMengaji
#PermaiMenulis
#tahfiz
#welovealquran
No comments:
Post a Comment