Nota hijrah 3
1.
Rasulullah SAW menugaskan Saidina Ali RA menggantikan tempat tidur Rasulullah dan
berselimut dengan selimut yang biasa dipakai oleh Rasulullah.
2.
Asma’ binti Abu Bakar berperanan menyiapkan bekalan makanan. Dan
akan menghantar makanan ke tempat persembunyian Rasulullah dan Saidina Abu
Bakar RA.
3.
Abdullah bin Abu Bakar bertugas sebagai ‘spy’. Mendapatkan berita
dan perancangan pembesar Quraisy. Kemudiannya akan melaporkan kepada Saidina
Abu Bakar RA.
4.
Amir bin Fuhairah, Staf Saidina Abu Bakar mengembala kambing ke
tempat berhampiran gua persembunyiaan.
Tapak kaki kambing yang banyak akan dapat menghilangkan kesan tapak
kaki mereka. Di samping menghantar susu kambing untuk minuman Rasulullah dan
saidina Abu Bakar RA.
5.
Mereka mengupah Abdullah bin Uraiqat, seorang yang mahir mengenai
jalan. Walaupun seorang mushrik namun boleh dipercayai dan profesional.
Pengajaran dan Hikmah
1.
Pentingnya mempunyai sahabat sejati yang cerdas dan sanggup
berkorban apa sahaja. Sebagaimana Saidina Abu Bakar yang menyusun perancangan
dibantu dengan anak-anak dan orang suruhannya. Begitu juga dengan Saidina Ali.
2.
Perancangan dan strategi sangat penting. Jangan biasakan buat kerja
secara adhoc dan on the spot.
3.
Pekerja perlulah bekerja dengan majikan secara profesional mengikut
perjanjian yang telah dipersetujui. Sebagaimana kisah Abdullah bin Uraiqat.
#PermaiMenulis
#maalhijrah
#notahijrah
#1439
No comments:
Post a Comment