Nota Hijrah 4
1. Rasulullah SAW keluar dari rumahnya sambil membaca ayat al-Quran :
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Maksudnya : “Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka. Dengan itu, mereka tidak dapat melihat. (Yasin : 9)
2. Dengan kuasa Allah SWT, semua yang terlibat mengepung rumah Rasulullah SAW tidak nampak dan tidak sedar Rasulullah SAW keluar melalui mereka semua.
3. Rasulullah SAW dan saidina Abu Bakar RA menuju ke arah selatan menghala ke negeri Yaman. Sedangkan Madinah di arah utara.
Pengajaran dan Hikmah
1.
Ayat al-Quran sebagai doa
yang mujarab. Doa merupakan senjata tersirat umat Islam.
2.
Ayat al-Quran juga sebagai penawar (ruqyah) dan pendinding umat
Islam dari penyakit dan gangguan dari semua makhluk.
3.
Selaku hamba Allah SWT, kita kena sentiasa yakin dengan kekuasaan
dan perancangan Allah.
4.
Dalam mengatur strategi berhadapan dengan pihak musuh. Terutama
mereka yang memusuhi Islam. Ada masanya kita perlu menggunakan kaedah berhelah.
5. Musuh Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Islam.
Mereka sanggup berkerja siang dan malam. Sebagaimana kaum Mushrikin Mekah yang
mengorbankan waktu tidur yang enak dengan berkawal sepanjang malam di luar
rumah Rasulullah SAW.
6.
Wajarkah kita umat Islam terus menerus lesu dan lemah. Sedangkan
musuh Islam bergiat cergas ?
7.
Maka, sudah tentu kita mesti bangkit. Bekerja untuk menguatkan
Islam.
8. Walaupun sekarang musuh Islam nampak hebat dan
kuat. Namun kita sentiasa percaya dan yakin bahawa umat Islam pasti akan
bangkit. Insya-Allah Islam akan kembali menguasai bumi.
#PermaiMenulis
#maalhijrah
#notahijrah
#1439
No comments:
Post a Comment