Monday, July 16, 2018

Menjadi Hebat dengan You Tube


Ada orang sanggup berhabis duit mengikuti pelbagai kursus  latihan untuk menjadikannya hebat. Seperti kursus latihan perniagaan, memasak, design, pidato, kepimpinan dan pelbagai lagi.
Kursus-kursus latihan tersebut biasanya dikendalikan oleh mereka yang pada sisi kita dianggap berjaya dan hebat. Jika penganjur terkenal di media merupakan suatu bonus.

Namun di zaman serba canggih ini, ada juga mekanisma yang dianggap penting dan mampu melatih seseorang menjadi hebat.
Apa dia ?
Itulah You Tube. Dalam You Tube menyajikan pelbagai tunjuk ajar (tutorial). Nak tak nak je..
Tentunya kos latihan lebih murah.
Sebut sahaja, nak tahu pasal apa ?
memasak lemang, menjahit pakaian, nak buat video, design, nak menguruskan organisasi,  pendek kata 1001 macam ada dalam You Tube.

Saya datangkan contoh mereka yang ‘pro’ dalam bidang mereka tanpa mengikuti latihan ‘official’ di mana-mana kelas dan konsultan.

Sofyank96

1.   Mohamad Sofian yang lebih dikenali dengan Sofyank96. Sangat hebat dalam  membuat video. Bukan video biasa-biasa tetapi video yang sangat kreatif. Katanya, beliau hanya belajar melalui You Tube sahaja.
Kalian boleh Search nama sofyank96 untuk melihat hasil videonya. Sekarang, terdapat pelbagai syarikat ternama yang menggunakan khidmat beliau untuk membuat video seperti Mc Donald dan Radio Era.

Alan Walker

2.   Alan Walker, merupakan produser muzik yang juga belajar sendiri membuat muzik dengan You Tube. Kini muziknya di You Tube telah disaksikan oleh ratusan juta orang. Karya muziknya seperti Faded sering digunakan, termasuk di negara kita sebagai muzik latar untuk video, montaj, slide show.
Tak percaya, cuba kalian search ‘Faded’.

Rahsianya adalah kesungguhan. Dengan kesungguhan, kita semua mampu jadi hebat. 


#PermaiMenulis #ToturialYouTube #hebat #kesungguhan #teknologi #hujungjari 



2 comments:

hati besi said...

Kecanggihan memberi peluang pd org yang pandai mengambil peluang untuk jd hebat juga..Sy belajar Adobe Photoshop melalui youtube juga, tp tidak la sampai jadi pakar. Cuma sekadar belajar untuk diri sendiri dan sesekali berkongsi dengan rodong seusrah.. Alhamdulillah.Gunakan medium yg ada sebaiknya.Cuma kalau nak belajar agama, jgn dlm utube semata, kena gi cari tok guru... :D

Azraie said...

Betul, belajar agama kena berguru, terutama jika nak belajar mengaji. Kena bertalaqi musyafahah, iaitu bertemu dan duduk live dengan guru.