Thursday, September 20, 2018

Pengislaman di Pos Betau oleh TYDP MUIP

Hari ini saya turut hadir ke program Ziarah Dakwah di Pos Betau, Kuala Lipis. Program dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Hj Abdul Wahid bin Wan Hassan. Seramai 24 orang telah mengucap syahadah yang dipimpin sendiri oleh YDH Dato' Sri Orang Kaya.
Program diurusetiakan oleh kakitangan HQ MUIP  dan Daerah, penggerak masyarakat orang asli (PMOA di bawah JAKIM) turut dibantu oleh tenaga dari pensyarah dan pelajar UKM.
Pelbagai lapisan umur dari yang paling kecil sehinggalah yang tua hadir memeriahkan majlis tersebut.
Antara acara yang menarik ialah cabutan bertuah. Hadiah paling 'rare' ialah mesin pam racun dan 'chainsaw' .
Majlis turut diserikan dengan pemberian duit saguhati dari MUIP pada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Selesai program seorang budak secara 'gentle'  telah berjumpa sendiri  dengan YDH Dato' Sri TYDP Muip, memaklumkan yang dia belum menerima duit sumbangan tersebut.
Walaupun negara telah lama merdeka, masih ramai orang asli yang belum beragama Islam. Antara cabarannya ialah pendakyah kristian yang dilihat lebih bersungguh. Ada yang sanggup tinggal di kampung dan berkahwin dengan orang asli. Dana kewangan mereka juga besar.
Maka, kita jangan hanya cukup mengharapkan agensi kerajaan seperti MUIP, JAIP, PAID, JAKIM sahaja.
Badan-badan bukan kerajaan di samping pelajar IPT sangat digalakkan terjun ke medan.
Pandangan saya untuk pelajar IPT, daripada berhabis ribuan ringgit untuk program-program pelajar di luar negara lebih baik tumpu ke tempat sendiri seperti di perkampungan orang asli dan kampung yang agak pedalaman. Program pula perlu dilakukan bersiri, bukan hanya sekadar sekali pergi sahaja.
Ketika saya menghadiri program seminar Ulama Pahang anjuran MUIP pada tahun 2016. Antara pembentangnya ialah Maulana Johari bin Ali, Mudir Madrasah Darul Uloom, Sungai Salan Jerantut. Beliau menyebut berapa ramai yang sanggup berdakwah ke pedalaman. Mereka sangat dahagakan ilmu dan sentiasa menanti kehadiran kita.
Projek madrasah Darul Uloom, menjelang Ramadan, para pelajar diagih-agihkan ke kampung-kampung orang Asli. Mereka siap  dibekalkan dengan bahan makanan seperti beras.
Mereka akan menjadi imam terawih dan mengimarahkan surau di perkampungan orang Asli.
Bukan seperti kebanyakan maahad tahfiz yang hanya mensasarkan masjid dan surau elit sahaja.
Ayuh! Kita posisikan diri di medan dakwah. Jangan terus selesa dan terpedaya dengan kehidupan harian kita.

Channel - https://t.me/AzraiePermai

https://twitter.com/AzraiePermai

https://www.facebook.com/azraie.permai








#PermaiMenulis #syahadah #dakwah #medan

No comments: