Amanat Sahibus Samahah Mufti bersama warga kerja Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Cerita Azraie
Tuesday, January 13, 2026
Amanat Mufti Pahang Sempena Tahun 2026
Amanat Sahibus Samahah Mufti bersama warga kerja Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Sunday, January 11, 2026
Selamat Bersekolah
Selamat kembali ke sekolah buat semua guru dan pelajar!
Sekolah bukan sekadar bangunan, tetapi medan melahirkan generasi berilmu.
Jika kita menoleh ke belakang, sejarah pernah menyaksikan keagungan Baitul Hikmah di Kota Baghdad sebagai pusat ilmu dunia. Di sanalah lahirnya sarjana besar seperti Al-Farabi, Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Al-Battani, Ar-Razi, dan Ibnu Sina.
Namun, sejarah juga meninggalkan duka. Serangan Mongol akhirnya memusnahkan Baitul Hikmah sehingga air Sungai Tigris bertukar hitam pekat.. bukan kerana darah, tetapi kerana dakwat daripada ribuan manuskrip dan buku yang dicampakkan ke dalamnya.
Pengajarannya? Peranan sekolah, dedikasi guru, dan pengisian perpustakaan mestilah berjalan seiring. Dengan ekosistem ilmu yang kukuh, insya-Allah kita mampu melahirkan semula generasi yang cintakan ilmu dan mengangkat martabat bangsa.
Selamat menimba ilmu!
#sekolah #ilmu
Sunday, November 02, 2025
Semakan Arah Kiblat di Makam Condong, Pekan
📍 Semakan Arah Kiblat di Makam Condong, Pekan
Kami membuat semakan arah kiblat di Makam Condong, Pekan, antara lokasi bersejarah warisan Kesultanan Pahang dan Aceh.
Surau Makam Condong yang berhampiran makam ini turut kami semak arah kiblatnya. Bacaan semasa menunjukkan arah kiblat tepat di surau ini iaitu 292°.
Menurut cerita orang lama, Imam Salleh membuat semakan arah kiblat di Surau ini dahulu dengan merujuk fenomena istiwa‘ adzam — iaitu ketika matahari berada tepat di atas Kaabah, satu kaedah tradisional yang digunakan bagi memastikan kiblat yang paling tepat tanpa bantuan alat moden.
Namun, hasil semakan kami di kawasan Makam Condong menunjukkan sekitar 263° hingga 265°.
Andaian kami bahawa masyarakat ketika itu mungkin menjadikan arah matahari terbenam sebagai panduan asas dalam menentukan arah kiblat.
Dalam Falak, arah matahari terbenam berubah-ubah sepanjang tahun — antara 240° hingga 295°.
Jika kita merujuk kepada dapatan 263 °-265 ° di kawasan makam, mungkin
Sekitar Februari – matahari terbenam pada 257°
Mac – sekitar 267°
Oktober – sekitar 261°
Wallahua'lam.
Walaupun terdapat perbezaan sudut berbanding arah kiblat sebenar, ralatnya masih di bawah 45°, yang menurut pandangan dalam Mazhab Maliki, masih dikira menghadap kiblat kerana arah masih dalam lingkungan yang dibenarkan syarak.
Info Sejarah Makam
Pada awal abad ke-17, sekitar tahun 1600, Sultan Iskandar Mahkota Alam dari Aceh telah menakluki Pahang dan memperluas pengaruh baginda di sini. Bukti dilihat melalui batu nesan Aceh yang terdapat di makam.
Makam ini turut dikenali sebagai Makam Tujuh Beradik, dan di sinilah dipercayai bersemadinya tiga tokoh penting Kesultanan Pahang:
1. Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah (Marhum Pahang, memerintah 1591–1614)
2. Raja Muda Abdullah (Marhum Muda Pahang), putera kepada Sultan Abdul Ghafur.
3. Puteri Bongsu Chendera Dewi, ibu kepada Sultan Iskandar Thani – Sultan Aceh yang memerintah sekitar tahun 1636–1641, serta cucu kepada Sultan Mansur Shah II, Sultan Pahang ke-8 daripada keturunan Sultan Melaka.
Menurut catatan dalam Bustanus Salatin karya Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Sultan Iskandar Thani pernah menitahkan agar batu nesan dari Aceh dibawa ke Pahang pada tahun 1638 untuk menandakan makam keluarga diraja baginda. Kerja pemasangan dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja.
Alfatihah.
11 Jamadilawal 1447
https://youtube.com/shorts/7aYgAAv5RSI?si=FeuJVK-qMgdBoQYm
#sejarah
#KembaraFalak
