Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435


Selamat Hari Raya buat semua kenalan, para guru serta seluruh muslimin dan muslimat.
Maaf Zahir dan batin.

Malam Raya di Masjid


Malam raya ; sesudah solat Isya' kami bertakbir dan kemudiannya meraikan aidilfitri dengan menikmati juadah sate dan lemang bersama-sama di masjid.



 Alhamdulillah, masih ada yang memeriahkan masjid ketika mana ramai yang 'sibuk' di rumah



 Al-Fadhil Qadhi turut sama menikmati juadah




Sunday, July 27, 2014

Pabila hujan turun..

Bila hujan turun alamatnya air mencurah-curah masuk membasahi dalam kuarters rasmi untukKu. KuartersKu jika hendak dibandingkan rasanya jauh lebih cantik rumah PPRT lagi. Tak payahlah nak banding dengan rumah PRIMA, umpama istana dengan pondok gamaknya. 
Rasanya semua kuarters kerajaan di sini sudah terlalu uzur. Ada yang sejak zaman penjajah kolonial lagi. Setiap tahun mohon peruntukan untuk baik pulih ke JKR..tetapi tiada respon dan tindakan lagi. Alasan biasa peruntukan tiada.
Duit bonus RM 500 pun tak cukup nak baiki... :(








                                      Bila sesak duit, cari mesin ATM.. selalu sangat begini..


"pondok itu bukanlah rumah. Dindingnya papan yang menggerutu dibantu pula dengan kadbod dan papan peti susu ataupun entah peti apa. Atapnya memanglah atap, tetapi jarang-jarang benar. Jauh ke dalam di tepi tingkap, atapnya terlalu jarang, kalau hujan tentulah bocor. Biliknya cuma satu itu sajalah, ditabiri kain batik dan selimut yang sudah lusuh."- Petikan Novel Sayang Ustazah Sayang karya Salmi Manja.

#Novel tersebut diterbitkan pada tahun 1968, diikuti dengan cetakan edisi ejaan baharu pada tahun 1974. 

Pelancong dari Perancis berbuka di Masjid


 Pelancong dari Perancis..

Hj Shaari melayan pelancong dari Perancis.

Menjadi kebiasaan pelancong dari luar negara datang melawat dan bergambar di Masjid. Baru ini ketika hampir dengan waktu berbuka, seramai 5 orang pelancong dari Perancis datang bertandang ke Masjid. Mereka datang kerana ingin mendengar laungan azan.
Pada mulanya, ada yang tidak mahu mengajak mereka.. Katanya ' diaorang kafir..biar je lah.. bukannya puasa pun'.. begitulah kata yang saya dengar. Suara seperti ini juga biasa berlegar dalam masyarakat kita disebabkan salah faham ditambah kejahilan yang menebal. Sehingga pernah ada yang kata  'orang kafir ni..bunuh je..buat apa bagi masuk ke masjid'.
Kami mengajak pelancong tersebut duduk dan makn bersama-sama.. Semoga suatu hari nanti mereka mendapat hidayah..insyaa Allah.

Juadah Berbuka Puasa

 Terima kasih kepada Hezbullah Food (kedai makan di Rest House) kerana mempelawa dan menaja kami berbuka puasa. Semoga dimurahkan rezeki..

 Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis memberi buah durian dari kebunnya untuk juadah berbuka puasa semalam..


Hadis : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". (At-Tirmidzi)

Berbuka Puasa lauk kambing di Masjid Sultan Mahmud





Skuad Sahabat Masjid menaja dan  memasak bersama-sama juadah berbuka puasa. Sebanyak 3 ekor kambing dijamukan kepada orang ramai yang berbuka puasa di Masjid pada 24 Julai tempohari. Syukran Jazilan..

Tadarus sempena Ramadhan 1435

 Bersama pembimbing ; Ustaz Adib al-Hafiz, Guru Hafiz Masjid Daerah
Peserta tadarus al-Quran di Masjid Sultan Mahmud untuk tahun ini agak sedikit berbanding sebelumnya. Antara alasannya kebanyakan surau taman perumahan juga telah menganjurkan program tadarus, jadi mereka join kerana berdekatan dengan rumah. Ada juga yang menyatakan segan untuk join group tadarus masjid kerana yang handal-handal join. Bagi saya, terpulanglah nak join group tadarus mana pun.. yang penting kita membaca al-Quran, bertadarus dan ikhlas kerana Allah..

Thursday, July 24, 2014

Beli Barang dengan kami

Jom membeli dengan kami..




Pelbagai jenis barangan ada dijual..





 Barang-barang yang dipos kepada pembeli..



Wednesday, July 23, 2014

Program Penghujung Ramadhan

Jemputan ke program di IPD Lipis
 Program Khatam al-Quran di IPD Lipis.
Peserta muslimat, 

 Bersahur bersama anggota polis di Balai Polis

Pagi tadi saya telah ke SK Lubuk Kulit, mewakili Pejabat Agama Islam Daerah Lipis. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sempena Ihya' Ramadhan ialah pertandingan azan, pertandingan hafazan, ceramah, majlis khatam al-Quran, pertandingan kuiz dan pertandingan busana muslim.
 Ucapan pengerusi majlis
Ucapan Ustaz Ismail, Penyelia Pendidikan Islam PPD Lipis
Pelajar yang menjawab soalan kuiz





 Khatam al-Quran pelajar SK Lubuk Kulit
Saguhati peserta khatam yang disampaikan oleh Puan Guru Besar

Ketika saya pulang, seorang ajk PIBG memberi beberapa biji buah durian untuk dibawa pulang. Penuh raga motornya diisi dengan buah durian, durian baru gugur katanya. Semoga Allah membalas pemberiannya.


Penghujung Ramadhan juga, masjid kami didatangi secara berturut-turut 'tetamu' dari luar negara. Semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu memohon derma dari orang ramai. Hari Semalam team dari Kashmir. Tengahari tadi dari Rohingya, dan malam semasa iftar tadi, pasangan dari Oman.
Berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat, kita tak berapa nak boleh   percaya juga dengan mereka. Habis satu Malaysia mereka jelajah untuk mengutip derma.


al-Fadhil Qadhi memberi penjelasan kepada team dari Kashmir.

Wednesday, July 16, 2014

Jaulah bersama Bahagian Pengurusan Masjid JAIP ke Cameron Highland


 Rombongan kami menunggu untuk berbuka puasa. Di Masjid Kg Raja diadakan setiap hari program iftar jamaie.

 Tazkirah, saling ingat mengingati antara satu sama lain. Bukanlah yang memberi tazkirah lebih baik dari yang mendengar.




Pihak BPMS (bahagian pengurusan masjid dan surau) JAIP menyampaikan cenderamata kepada pengerusi Masjid Kg Raja

singgah di tepi jalan, semasa dalam perjalanan pulang..

serangga pelik di atas kerusi yang saya duduk di air terjun..