Wednesday, March 28, 2018

Berkunjung ke Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh

Alhamdulillah pada 27 Mac 2018 wakil KONPIP telah bermesyuarat  dan melawat sekitar sekolah bagi persediaan konvensyen yang bakal berlangsung di SMA Al-Wosto,Temerloh pada 13-15 April 2018. 
Ucapan terima kasih buat Pengetua dan para guru SMA Al-Wosto kerana memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan konvensyen ini.

Semoga Konpip kali ke-16 ini berlangsung dengan jayanya dan para peserta mendapat input berkaitan kepimpinan badan dakwah.
 Ustaz Syukri membawa kami melawat kawasan sekolah













 Bersama Pengetua 




Monday, March 26, 2018

Nasi Beriani Restoran Ali Mentakab



Saya berkesempatan makan tengah hari di Restoran Ali yang terletak di  Mentakab. 
Banyak lagi kedai lain di Mentakab. Tetapi ada sebabnya saya memilih untuk makan di sini. 

Saya sertakan cerita berkenaan Restoran Ali  dari pelanggan yang lain :





Bagi orang muda mungkin tiada apa yang menarik berkenaan kedai ini. Tetapi kalau kita dengar cerita orang-orang lama, mungkin kedai ini ada kenangan buat mereka.

Suasana dalam kedai, "takde lah" selesa sangat. 
Namun pelanggan tak putus-putus, terutamanya golongan veteran.

Saya terus pesan menu legend di restoran ini, iaitu nasi beriani.
Rasanya ?
Bagi saya tahap kesedapan mungkin berbeza bagi setiap orang. Sesuatu yang subjektif.
Tetapi kedai ini memang masyhur suatu ketika dahulu.

Agakan saya, mungkin kerana kedai makan ini telah beroperasi sekian lama semenjak tahun 60-an, dan tiada kedai lain yang menyediakan menu nasi beriani. 
Sekarang, banyak  kedai-kedai lain yang ada menu nasi beriani. 
Tetapi legend tetap tidak sama. "huhu".





 Set Beriani tanpa Papadom. Papadom dah habis. 



#PermaiMenulis
#Makan

Friday, March 16, 2018

Tugas Siak bukan mudah

Hari ini Bilal dan Siak Masjid kariah daerah Lipis menerima elaun one off  berjumlah RM Seribu seorang. Program bermula jam 11 pagi di Masjid Daerah Lipis.
Namun sebelum jam 9 pagi lagi,  ramai yang telah hadir memenuhi ruangan masjid. 
Nampak semangat dan teruja bila orang nak bagi duit. Kalau buat program diskusi kitab "takde lah" semangat "camni".
Andaiannya orang "takde" duit dan sangat memerlukannya. 
Bukan kata ke orang lain, tetapi saya lah tu orangnya yang "takde" duit.

Ketika sesi penyerahan duit, saya perhatikan kebanyakan para siak sudah uzur dan lanjut usianya. Ada yang nak berjalan pun tak larat, pegang pen nak sign baucer pun terketar-ketar.
Sedangkan tugas siak lebih kepada kekuatan fizikal dan stamina.

Antara tugas siak :
- Vakum karpet masjid. 
Karpet masjid bukannya kecil saiznya. Vakum pula bukan setahun sekali, tetapi perlu dengan kerap. Kalau di masjid kami yang mempunyai syarikat kawalan mencuci, terkandung dalam skop bidang kerja mereka,  mesti setiap hari memvakum karpet masjid. Vakum setiap hari pun masih ada debu dan pasir, bayangkan jika karpet masjid tidak pernah dicuci. 

- Bersih dan selenggara tandas masjid.
Kebanyakan tandas masjid dan surau di tempat kita sangat menyedihkan. Sehingga tertanya di benak fikiran saya, Macam mana lah agaknya rupa tandas rumah "depa". Sebab macam tak reti menggunakan tandas.
Sudah tentu siak berperanan memastikan tandas masjid dalam keadaan bersih.

- Sapu sampah persekitaran masjid.
-Bersihkan semak samun seperti meracun, mesin rumput, menebas, mencakar dan  membakar.
- Selia minuman untuk pengkuliah
- dan banyak lagi.

Maka, tugas siak bukannya mudah dan ringan. 
Bukan menafikan kudrat orang yang sudah uzur dan tidak bertenaga. Tetapi bimbang...
Jika pihak pengurusan  tidak meletakkan pada haknya, dikira menzalimi dan menganiayai siak terbabit.

Adapun, para siak jika tidak menjalankan tugas siak dengan sempurna. Dikira tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah  menjaga Rumah Allah dengan sebaiknya.

Cuai dalam amanah yang dipertanggungjawabkan jangan kita pandang ringan. 


#CatatanImamKecil #PermaiMenulis #ragamorang #siak #masjid


Wednesday, March 14, 2018

Menjelang Keputusan SPM 2017

Hari esok keputusan SPM akan diumumkan. Pasti ramai yang berdebar. Bukan hanya pelajar yang mengambil SPM sahaja yang berdebar, turut berkongsi debaran sudah tentu ibu bapa dan para guru.
Siapa pelajar yang akan dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang.
Sekolah mana yang menjadi sekolah terbaik di peringkat nasional mahupun negeri dan daerah.
Apa pun keputusan yang diperolehi. Terimanya dengan hati yang tenang. 
Hati-hati pergi sekolah esok. Takut ada yang berasa 'pelik' dan 'janggal' ke sekolah. huhu.

Mikrofon Cordless

Bersama Bilal Johne

Hari ini, Masjid kami menerima mikrofon tanpa wayar (cordless). Masjid beli sendiri "je" sebab peruntukan kerajaan untuk pembesar suara pada tahun lepas yang berjumlah RM 300K hanya menyediakan mikrofon berwayar.
Kami beli mikrofon cordless profesional ni dengan harga RM 2.5K. 
Kenapa tanpa wayar?
Kerana tanpa tali, pergerakan lebih bebas terutama apabila ingin mengadakan program-program seperti ceramah, kursus dan seminar.

Namun, cordless perlu menggunakan bateri. Risikonya tengah dalam program, bateri lemah.
Maka, kena ada backup beberapa butir bateri. 
Dan jangan lupakan terus mikrofon wayar. Perlu ada sebagai 'pemain simpanan'.

Dalam kehidupan, Jangan lupa kita ada 'tali' yang mengikat supaya kita tidak bebas berbuat sesuka hati. Tali itulah agama dan akidah.
#PermaiMenulis #mikrofon #CatatanImamKecil

Tuesday, March 13, 2018

Mereka yang tidak kenal tong sampah



Melihat Pantai boleh memberi ketenangan. Pahala pun dapat. Namun, sedihnya pantai dicemari sampah sarap. 
Ketika sedang memandu, saya sering bersua dengan kenderaan di hadapan yang sesuka hati melemparkan sampah dari jendela kenderaan ke jalan raya.
Apa dia ingat jalan raya tong sampah?

Saya fikir nak beli action kamera. Rakam dan tularkan mereka yang berfahaman jalan raya sebagai tong sampah.
Jaga kebersihan alam.

Warna ada peranannya

Siapa kata warna tidak memainkan peranan.

Pen merah, pen biru dan pen hitam. 
Warna pen ada maksud dan kegunaannya.
Cikgu akan menanda jawapan pelajarnya dengan pen merah.
Bagi guru takmir, pen berdakwat biru digunakan untuk mengisi borang tuntutan. Jangan warna selainnya. 
Pen warna hitam biasanya digunakan oleh 'orang besar' untuk tanda tangan buku cek..huhu.


Jika pada pen pun warna sudah ada peranannya. Apatah lagi yang lain. Seperti lampu isyarat, latar warna yang digunakan oleh kaunselor di pejabat mereka, gabungan warna di bangunan tadika. 
Cuma soalan saya...
Mimpi kalian ada warna atau tak ?

Sunday, March 11, 2018

Menikmati Durian Crepe


Baru ni, Saya mencuba durian crepe di kedai Mokna Tanjung Lumpur Kuantan. Kedai Mokna memang menjadi tumpuan orang ramai. Tetapi bukan menu Durian Crepe ini yang popular di Mokna.
Kebanyakan yang berkunjung ke Mokna kerana mencari keropok sagu, sata, ikan goreng celup tepung, udang goreng celup tepung, air kelapa, dan pelbagai menu yang berasaskan sumber laut.

Kebetulan durian crepe pun ada, sebekas RM 6. Dalam bekas tersebut ada 3 biji durian crepe. Bermakna seketul durian crepe berharga RM 2. Bagi yang tak pernah rasa durian crepe, boleh la mencuba. 
Nak buat sendiri pun boleh, resepinya kena google.


#PermaiMenulis #makan #duriancrepe

Adat Resam Menjayakan Program

Bila sesuatu program hendak dilangsungkan. Sudah tentu perlu kepada persiapan untuk menjayakan program tersebut.
Mesti ada AJK  yang menyusun gerak kerja secara bersistem.
Bermula dengan perlantikan AJK, Mesyuarat, pengagihan kerja secara berfokus sehinggalah berlangsungnya program.
Jangan anggap selesai program  segalanya telah beres. Masih ada gerak kerja yang dilakukan seperti mesyuarat postmortem.

Namun, ada masanya walaupun telah berkali-kali mesyuarat, lawat tapak program, follow up bagai… tetapi sewaktu program berlangsung masih berlaku insiden yang ‘mencacatkan’  kelancaran dan kecantikan program tersebut.
Maka ketika itu, tindakan segera perlu dilakukan tanpa sempat nak buat mesyuarat atau perbincangan tergempar.
Paling penting ketika itu, nak selesaikan masalah tersebut.

Kalau program di Masjid, seperti pembesar suara berdesing, bekalan elektrik terputus, penceramah jemputan tak hadir, makanan tak cukup… dan lain-lain lagi.

Akhirnya, walaupun kita dah rancang dan susun program dengan sangat kemas, teliti dan hebat. Jangan lupa berdoa memohon bantuan dan keberkatan Allah SWT.



#PermaiMenulis #program   


Friday, March 09, 2018

Membaca Kitab Hadis Imam Tirmizi

Saya bacakan Hadis riwayat Imam Tirmizi dari kitab Bahrul Mazi yang disusun oleh Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi dalam kuliah mingguan. 
Hasratnya nak sampai khatam, walaupun akan memakan masa yang sangat lama. Mana taknya, sekali kuliah hanya baca satu hadis sahaja.


Kitab Bahrul Mazi yang berjilid-jilid ini saya beli di Mesir. Cetak dan terbitnya di Mesir dan dijual di kedai buku di Mesir. Sungguh menarik kerana kitab dalam bahasa melayu  bertulisan jawi ini   dijual di kedai buku orang arab dan diletakkan bersama-sama kitab lain yang berbahasa arab. 

   
Jami' At Tirmizi ini kepunyaan ayah saya. Semasa hayatnya beliau bersungguh mempelajari Hadis. Daurah Hadis bersama  Ustaz Khairul Azmi yang diadakan di  Darul Fikri atau di  Restoran Abu Aish, Kuantan selalu dihadirinya. Disebabkan daurah berakhir agak malam dan kesihatan  tak seberapa, biasanya beliau akan tidur di mana-mana surau, pagi esoknya baru balik ke Temerloh. Sehinggalah beliau sudah semakin uzur dan tidak larat untuk memandu jauh, maka daurah tersebut tidak dapat dihadirinya lagi.

Saya bacakan sekali,  Semoga Ayah saya mendapat manfaatnya. Amin.



Kini Daurah Hadis telah diadakan di Maahad Tahfiz Al-Istiqmah Temerloh. Orang Temerloh jangan lepaskan peluang.

#PermaiMenulis #DaurahHadis #BahrulMazi #buku #baca

Sedia air percuma di masjid

Hari jumaat di musim panas, Sangat menarik jika pihak masjid dapat menyediakan air minum buat jemaah.
Alhamdulillah di Masjid Sultan Mahmud setiap hari jumaat ada disediakan air berperisa seperti oren dan sirap yang dingin. Percuma sahaja. 
Kebanyakan masjid di Mesir ada bekas air seperti labu sayung yang diperbuat dari tembikar tanah liat. Rasa sejuk dan segar walaupun tanpa ais. 

#PermaiMenulis #air #sejuk #CatatanImamKecil

Thursday, March 08, 2018

Al-Quran Sepanjang zaman

Membaca buku yang ditulis pada zaman silam, mungkin puluhan bahkan ratusan tahun dahulu. Sudah tentu ada beza dan perubahan. 
Seperti ejaan, gaya bahasa, situasi, watak, contoh dan lainnya.

Namun Al-Quran selamanya tiada perubahan, bahkan sentiasa relevan sepanjang masa. 
Masa dahulu, masa kini dan masa akan datang. Al-Quran tetap sesuai.
Jom baca al-Quran

Jangan pandang rendah pada Sabdu

Pentingnya Sabdu dalam membaca Al-Fatihah dan Tasyahud, sampaikan pengarang kitab Safinah Naja meletakkan fasal khas berkenaan sabdu sahaja. 
Padahal pelajaran sabdu terkandung dalam kitab tajwid.
Maka, belajar fiqah jangan sambil lewa hukum tajwid. 
Sebab kedapatan yang bergelar ustaz dan ustazah tetapi baca Al-Quran merangkak-rangkak. Nak baca dengan bertajwid...lagi lah. Ibarat jauh panggang dari api. 

#PermaiMenulis #PermaiMengaji #sabdu #CatatanImamKecil

Wednesday, March 07, 2018

Jangan lupa karya klasik

Walaupun zaman semakin moden. Karya lama dan klasik tidak harus dilupai.
Kerana yang baru adalah hujung yang lama. Tidak boleh membuang yang lama, tetapi menambah baik yang lama menjadi baru.
Hikayat karangan Shakespeare di Eropah. Hikayat Puteri Gunung Ledang terus dimainkan di pentas-pentas.
Begitu juga hikayat 1001 malam, cerita Abu Nawas, Juha dan lain-lain lagi terus menjadi sebahagian cerita sampingan dalam isi ceramah dan kuliah agama.

Tuesday, March 06, 2018

Pen buat hal

Awak pergi dengar kuliah sambil bawa kitab. Walaupun kebanyakan orang hanya bawa diri sahaja. Tapi
pen yang awak bawa untuk buat catatan buat hal, time tu dakwat tak mahu keluar.
Siapa pernah mengalami situasi tu ?
Namun awak masih beruntung kerana ada bawa kitab berbanding orang lain.. Kan ?
#PermaiMenulis #kitab #pen #CatatanImamKecil

Monday, March 05, 2018

Berhenti merokok


Dinner bersama jemaah masjid selepas solat isyak. Penaja malam ni Saudara Yanto. Beliau baru sembuh dan keluar dari wad. Sebelum ini sangat kuat merokok. Sekarang dah berhenti terus, katanya Syukur masih hidup.

Sunday, March 04, 2018

Mesyuarat Agong Perkim Lipis tahun 2018

Alhamdulillah hari ini 4 Mac 2018 telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan Perkim Cawangan Lipis tahun 2018 kali ke 36.  Mesyuarat Agong bertempat di Bilik mesyuarat De Residen, Kuala Lipis.


Yuran tahunan Perkim hanya RM 2.00 
Jika ingin membayar yuran seumur hidup juga dialukan RM200, Bagi yang telah membayar yuran seumur hidup tidak perlu membayar yuran tahunan. 
Kebiasaan, ahli akan membayar yuran tahunan semasa hadir Mesyuarat Agong. 
Kelihatan saya di meja menunggu ahli Perkim membayar yuran tahunan.



 En. Amir Basha (berkopiah) selaku pemeriksa kira-kira

 Ustaz Abu Talib (baju biru), pesara Pengetua SMK. Pernah bersekolah Kulliah STASAB Pekan sekelas  dengan  mak saudara saya (Almarhumah Mak Teh Hawa)



Selfie dari En. Fazreen Lee 

Ada satu kerusi kosong.
 Kerusi kosong telah dipenuhi.


 Setiausaha, Pen. Setiausaha, Ketua Wanita Perkim dan Ajk 


 Pengerusi dan timbalan pengerusi tetap


 Ucapan penangguhan Pengerusi Perkim Lipis, merangkap Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis



Persiapan menjelang  MAT Perkim Lipis.

Insya-Allah Mesyuarat Agong Tahunan Perkim Peringkat Negeri Pahang akan dibuat di daerah Lipis. Tarikhnya pada 24 Mac 2018.

#Perkim #Lipis