Thursday, June 30, 2011

Puisi :Unggun Bersih

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Thursday, June 23, 2011

Makluman Program Masjid!!

PROGRAM-PROGRAM ILMU DI MASJID SULTAN MAHMUD KUALA LIPIS :

1. KULIAH SUBUH I
Tarikh : 25/6/2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Subuh
Penceramah : Ustaz Mohd Hazmi bin Dibok al-Hafiz
(Pegawai Agama Universiti Malaysia Pahang)


2. KULIAH SUBUH II
Tarikh : 26/6/2011 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Subuh
Penceramah : Ustaz Ramli bin Hasan
(Guru Sek.Men. Agama Al-Ihsan, Kuantan)


3. CERAMAH PERDANA
Tarikh : 3/7/2011 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Azrul Azlan Iskandar
(Pensyarah USIM)

4. HALAQAH ILMU
Tarikh : 4/7/2011 (Isnin)
Masa : 8.00am-12.00pm
Penceramah : Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri
(Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
Diskusi - Kitab Syarah Hikam
- Kitab Fiqh Manhaji
- Soal Jawab

Friday, June 17, 2011

Khatam al-Quran JKR Lipis

Selepas titah KDYTM Tengu Mahkota Pahang, Program membaca al-Quran pada setiap pagi jumaat di JKR Lipis bermula pada tahun 2003. Setelah lapan tahun akhirnya pada 17/6 diadakan majlis sempena khatam al-Quran. Sepanjang tempoh pembacaan al-Quran tersebut lebih kuang 4 orang Jurutera Daerah (JD) silih berganti. Yang lebih menarik, di daerah Lipis ini, JKR merupakan jabatan kerajaan yang julung-julungnya berjaya mengkhatamkan al-Quran. Tak dengar lagi jabatan-jabatan yang lain.
Walaupun memakan masa yang lama dan telah khatam, insyaAllah program bacaan al-Quran ini diteruskan, selain daripada membaca al-Quran staf JKR juga akan sama-sama mendengar tafsir dan Fiqh...
Mudahan program sebaik ini sentiasa diteruskan dan ditiru oleh jabatan-jabatan yang lain.

Aturcara program, semua staf muslim berarak sambil berselawat dari jalan utama sehingga ke dewan..
Persembahan bacaan selawat badriyah oleh kumpulan selawat JKR Lipis yang ditubuhkan khas untuk majlis khatam.



Sepatah dua kata suntikan semangat dari al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis





Sebahagian daripada staf JKR Lipis.








Sunday, June 12, 2011

Guru al-Quran?

Bulan lalu, suatu program telah diadakan bersama dengan beberapa orang guru KAFA dan Guru Quran asrama sekitar daerah Lipis. Saya telah berkesempatan bersama mereka dalam slot kaedah al-Quran Rasm Usmani.

Masa yang diperuntukkan lebih kurang sejam. Selepas daripada slot rasm Usmani, slot berkaitan PnP. Pengisi slot berkenaan seolah-olah menggambarkan slot dia lagi penting berbanding slot saya dan saya hanya diam sahaja.

Selepas slot kaedah rasm Usmani selesai, beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang dapat dibuat :
-majoriti guru kafa/ quran asrama tidak mahir Rasm Usmani. Ada yang tidak mahir hukum tajwid yang asas pun.

Saya fikir, dengan keadaan itu, bagaimanalah agaknya murid-murid yang diajar oleh mereka. Saya pun pelik dengan cara pengambilan guru KAFA dan Quran asrama sekarang. Lebih kepada fill in the blank sahaja. Jika ada tempat kosong di sesebuah kampung dan kebetulan pula hanya ada seorang sahaja calon dari kampung tersebut, confirm dia akan dapat walaupun keputusan markah temuduganya tidak memberangsangkan.

Dengan hanya mengikuti kursus setahun hanya beberapa jam, memang tidak memadai langsung. Saya telah mencadangkan alangkah baik kalau sesama mereka dapat menubuhkan persatuan atau kelab guru dan membuat liqa' pengajian al-Quran sesama mereka, mungkin mengikut zon ataupun kampung-kampung yang berhampiran.

Saya pernah menganjurkan program kem Ibadah di Masjid dalam musim cuti sekolah. Semasa pendaftaran, peserta akan menetapkan sendiri dia berada di tahap mana sama ada Iqra', al-Quran pertengahan dan al-Quran lanjutan. Kebanyakan pelajar akan memilih al-Quran lanjutan. Setelah fasi membuat penilaian untuk dibahagikan kumpulan mengikut tahap, kebanyakan yang memilih al-Quran sama ada pertengahan atau lanjutan tidak dapat membaca al-Quran dengan baik. Mereka membaca al-Quran dengan tidak mengikut kaedah bacaan yang betul, biasanya baca dengan merangkak-rangkak (mengeja) dengan melanggar habis segala hukum tajwid. Bahkan ada yang tidak tahu membaca langsung. Rupanya setiap hari dia hanya mengikut gurunya membaca al-Quran, dan gurunya pula akan mengalih muka surat setiap hari, kalau begitu 80x khatam bersama gurunya pun dia tetap tak pandai baca bila bersendirian.

Mudahan..semua guru-guru al-Quran dapat mengupgrade diri...jangan hanya memohon menjadi guru al-Quran sekadar untuk menerima imbuhan dunia..tapi yang lebih penting untuk mendidik generasi pelapis supaya mereka mahir dan menguasai al-Quran.

Wednesday, June 08, 2011

Kembara Amal

Dalam perjalan balik dari Merapoh ke Lipis, sebuah lori treler terbalik dan melintangi jalan utama yang mengakibatkan kenderan lain tersekat. Berpuluh kilometer kenderaan jem ditambah lagi dengan suasana hujan yang sangat lebat.



Kami bernasib baik kerana ada sahabat kami yang mengetahui jalan alternatif melalui felda Chegar Perah, tembus ke Aur Gading dan akhirnya keluar di Berchang. Kumpulan kecil kami akhirnya menjadi kumpulan yang agak besar apabila terdapat beberapa kereta-keret lain yang turut sama follow group kami.


Jalan muat-muat satu kereta sahaja..

Kasihan, Pesona di depan..dah nasib kereta lowet..perjalanan tetap diteruskan..


Perjalanan tergendala hampir 20 minit berhampiran SK Chegar Perah.. Bertembung dengan kumpulan kereta dari arah bertentangan..

Sahabat Kami memainkan peranan berunding dengan kumpulan kereta dari arah bertentangan dan kemudiannya mengawal arah lalu lintas.. penduduk kampung pun turut sibuk mundar mandir.. al-maklumlah tiba-tiba berduyun-duyun kereta lalu di kampung tersebut..
Beberapa wajah sahabat kami ketika perjalanan tergendala :...
Kelihatan Us Wan dan Mie Aur Gading..
Us Bulah bersama anak buahnya (peserta Kem Amal)


Bro Zulhisam Jeransang..

Us Mie Aur Gading..

Bro Sahidi Jeransang..

Bro Kheri yang sedang menjaga laluan..




Sahabat Amal mengarahkan semua kereta follow keretaKu..


Jalan batu..belum diturap tar..





Jmbatan besi sementara...

Gambar sampai di sini sahaja, kerana bateri kamera telah habis... setelah 3 jam melalui jalan alternatif kami pun sampai ke Kuala Lipis. Alhamdulillah syiar dan peranan Unit Amal dapat dimanfaatkan...
....Al-Amal Lillah....

Kem Amal Lipis


Sempena cuti sekolah, program kem Amal Lipis telah dirangka dan alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan. Pesertanya terdiri daripada pelajar lelaki berumur 11 tahun - 19 tahun. Program diadakan di Taman Negara, Relau Merapoh. Sambutan dari program kem ini sangat menggalakkan dan insyaAllah akan diadakan lagi di masa yang mendatang.



Soalan uji minda..

berlari cergas penuh semangat..

Lastik botol, dah jatuh semua botol baru dapat barang amanah..

Susun puzzle

Puzzle yang telah siap dicantumkan


Semua barang amanah telah selesai ditemui

Masak nasi, untuk survival...



Sesi belajar mengambil wudhu' dengan hanya sebotol air..


Sesi penutup...

Tuesday, June 07, 2011

Kursus Transformasi Koperasi

Saya bersama dua lagi ahli lembaga koperasi (ALK) Masjid menghadiri kursus transformasi koperasi anjuran Suruhanjaya koperasi Malaysia bagi cawangan lipis/Raub dan Bentong. Program diadakan di Kg Janda Baik Bentong.




Majoriti peserta yang terdiri daripada ALK koperasi-koperasi daripada golongan veteran. Beberapa orang sahaja daripada kelompok orang muda. Ada juga cadangan daripada peserta, projek koperasi ini perlu didedahkan kepada golongan muda.











Pemandangan Cherengin Hills, Janda Baik..masih sangat baru..tak berpengalaman lagi menerima kehadiran orang ramai. urusan check in kelam kabut, makanan tak mencukupi, wifi tak boleh nak akses, mic tak berapa clear..




Umur koperasi Masjid Sultan Mahmud masih sangat muda. Keahlian pun sangat lah sedikit. Ada kisah yang baru berlaku berkaitan dengan keahlian koperasi ini. Suatu hari, seorang Pak Haji bertanyakan pasal koperasi dengan sahabat saya, Tuan Bilal. Macam-macam komen yang tidak membina dia lontarkan. Lastnya Tuan Bilal menanyakan kepada Pak Haji, Pak Haji banyak sangat komen ini, Pak Haji masuk jadi ahli tak?.. Pak Haji tersebut menjawab ; Dia tak masuk koperasi ini sebabnya dia nak tumpu pada amal ibadah.


Kata Tuan Bilal dalam hatinya ' Kesian Pak Haji ini..tak faham dalam beragama, dia ingat amal ibadah itu hanya pergi masjid, solat sunat banyak rakaat, berzikir, baca al-Quran ..itu sahaja...Dia nampak kehidupan dunianya bukanlah suatu ibadah yang tidak mendatangkan pahala...


Pihak masjid telah mengaturkan pelbagai ceramah penerangan, menjelaskan tentang konsep amal ibadah yang sebenar. Ibadah bukan hanya ibadah khusus sahaja..menjelaskan tentang seluruh kehidupan kita boleh menjadi ibadah...Tetapi...masih ramai lagi yang tak faham-faham walaupun kadang-kadang bila waktu ceramah diaorang yang duduk di hadapan sekali sambil teranggok-anggok kepala..rupanya ..tak faham...