Saturday, January 29, 2022

Makan dan Waiter



Diskusi Meja Makan.
Sambil makan sambil berbincang perkara yang bermanfaat.
Makan dapat, thaqafah pun update.



* Ustaz Mohd Akmal try jadi waiter sambilan. Nak jadi Waiter pun perlukan ilmu dan kemahiran. Bos-bos kedai makan jangan ambil mudah atau buat tak kisah pasal waiter.

#makan #pahang #waiter #PermaiMenulis

Kedai Makan sedap di Lipis

Kedai Azmi Steam buat penggemar ikan air tawar.
Kami oder menu yang berbeza, bagi merasa belaka.
Ikan patin masak steam tempoyak, ikan patin pais, ikan patin gulai masam dan ikan tilapia stim.
Usai makan nasi, ada pula aiskrim durian pior D24. Memang terbaik.



*Bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nafiri. Awal ustaz sampai ke Lipis. Hasratnya hendak menziarahi al-Fadhil Ustaz Kadir Mudir SABK Al-Ittihadiah Relai yang keuzuran. Moga-moga para asatizah dikurniakan kesihatan dan sentiasa dalam keberkatan.

#PermaiMenulis #ikanairtawar #lipis #pahang #masjid #aiskrim

Wednesday, January 26, 2022

Nasi Ayam Jepun

Makan berlatarkan gambar lama Kuala Lipis. Menu kita hari ini Nasi Ayam Jepun 😅.



Makan untuk hidup.
Bukan
Hidup untuk makan.

#PermaiMenulis #makan #lipis

Tuesday, January 25, 2022

Minyak Wangi Mesir

Berkawanlah seramainya. Kata orang berkawan biar seribu bermusuh jangan sekali.
Namun biar Kawan yang memberi manfaat.
Seperti minyak wangi yang menyebarkan haruman ke sekitarnya.
Kalau ikut list friend kat sosmed kebanyakan cecah ribuan. Tapi kawan betul-betul kah ? Huhu.



Gambar : Saki baki Minyak wangi Mesir yang masih ada di sisi.

#PermaiMenulis #wangi #kawan

Tuesday, January 18, 2022

Pusara Daerah

Mesyuarat Pusara Daerah Lipis. Sangat besar kosnya kalau nak "setup" bagi smart. Indah seperti dalam taman rekreasi. Lengkap segala kemudahan fasiliti termasuk mempunyai sistem pengurusan E-Pusara.

Barulah tidak menyeramkan orang yang hidup pergi berziarah. Dan semoga para arwah berehat kekal abadi dengan tenang.

Doakan agar impian menjadi kenyataan.



#pejabatagamaislam#JabatanAgamaIslamPahang #MasjidDaerah #PusaraDaerah #PermaiMenulis

Upgrade Sistem pembesar suara masjid

Team Sufi Kecil Audio Engineering Works membuat penambahbaikan dan naik taraf sistem pembesar suara Masjid Sultan Mahmud.

Zaman mudanya terlibat dalam industri muzik tanah air selama 30 tahun. Banyak berkerjasama dengan artis sejak tahun 1988 seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Search, Ella, Spider, Fauziah Latif dan lain-lain.
Sehingga tahun 2014, bertukar arah (kembali ke pangkal jalan) kepada projek pemasangan audio sistem Masjid dan surau.

Daripada sebelum zohor sehinggalah jam 11.30 malam mereka masih lagi tekun menjalankan kerja.
Esok sambung lagi.
Sufi kecil bersama Imam kecil.




#Sufikecil #masjid #surau #masjiddaerah #lipis #pahang #jabatanagamaislam #jabatanagamaislampahang #muip #audio #PermaiMenulis

Thursday, January 13, 2022

Hargai kemudahan

Zaman sekarang kemudahan untuk komunikasi sangat senang. Tetapi ramai yang tidak menghargainya.
Contohnya, penyampaian info dan kemaskini maklumat hanya dalam group whatsup. Tetapi ada yang hanya "seen" , itu pun mujur. Lebih parah tak seen group, tetapi aktif je di media sosial yang umum.

Berbeza zaman dahulu, ada yang sampai kena cari di rumah untuk menyampaikan maklumat.
Saya terkenang semasa zaman belajar di Shoubra. Zaman "henpon" tiada kemudahan internet. Apabila ada program persatuan, kami berjalan kaki dari rumah ke rumah pelajar Malaysia mengetuk pintu mengedarkan iklan makluman program. Jaraknya bukanlah suatu yang dekat. Tetapi begitulah bersungguhnya penganjur.



*

Orang terdahulu bersusah payah menebuk kayu membuat beduk. Sebagai alat untuk menyampaikan maklumat. Selain memanggil orang menunaikan solat ke masjid, juga memanggil orang kampung datang berkumpul jika ada perkara kecemasan.

Ps: gambar beduk di Masjid Saidina Ali Kampung Bukit Genting Jerantut.

#PermaiMenulis #aktif #komunikasi #cergas #berkerjauntukIslam

Tuesday, January 11, 2022

Menjadi umat yang berkerja



Menjadi umat yang berkerja.
Perlu dilatih dan diterapkan.
Terutama kepada generasi muda.

Kebanyakannya selesa menjadi penonton.
Bukan sebagai pemain utama.
Tetapi bagi komentar mengalahkan pengurus kepada pemain.

Musim banjir baru ini.
Tular cerita Abang Viva.
Semua pakat share atas share di medsos.
Siap letak #fyp.
Ambil peluang nak ramaikan followers.
Tiada salahnya, tetapi lebih baik bukan sekadar rakam video dan share tetapi turut sama join menjadi sukarelawan.

Umur kita semakin singkat.
Takkan selamanya hanya penyokong.
Kenalah upgrade menjadi pendokong.
Tentu nilainya tidak sama.
Terutama dalam misi menambah saham akhirat.

*ps : peringatan untuk diri sendiri.

#PermaiMenulis #amal #kerja #pendokong

Monday, January 10, 2022

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah.
Institusi pelapis kepimpinan yang sangat penting dalam memanusiakan manusia baik dari segi ilmu, jati diri, agama dan lain-lain.
Jangan persiakan semasa berada di sekolah.
Para pelajar mungkin masih hingusan dalam menentukan hala tuju.
Di sini peranan guru sangat penting dalam memfikrahkan pelajar.

Saya pernah menulis kenangan hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah dalam buku Jejak Kaki Kami.

http://syababgr.blogspot.com/2019/11/?m=1




#PermaiMenulis #sekolah #firstday #pelajar #guru

Tuesday, January 04, 2022

Sukarelawan bantu mangsa Banjir

Mereka mengisi cuti dengan aktiviti kesukarelawanan. Kali ini membantu mangsa pasca banjir di Mentakab, Pahang.
Ikutkan memang letih. Badan lenguh dan ada yang sampai demam.
Tetapi mereka tetap gembira dapat membantu orang lain.
Keletihan hilang apabila melihat mangsa yang dibantu tersenyum girang dan menghargai bantuan yang tidak seberapa ini.

Semasa muda inilah kita perlu mengisi kehidupan dengan memaksimakan aktiviti amal terutama misi kemanusian yang menuntut kesihatan fizikal dan tubuh badan.
Kerana apabila menjelang tua, stamina sudah tidak kuat lagi. Ketika itu kita hanya mampu melihat sambil menyatakan "ruginya aku semasa muda dahulu tidak cergas membantu orang lain"

Kami mengucapkan terima kasih kepada Permai, Ilmam, Skuad Cakna Ummah kerana bersama-sama menjayakan misi kali ini.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Allahuakbar !

https://youtu.be/iUrg8by1xc4

#Imam #PHEI #Masjid #PermaiMenulis #ilmam #scu #sman #jabatanagamaislam #ngo #sukarelawan #anakmuda #dakwah #dakwahanakmuda #MalaysiaBangkitBersama #amal #ukhwah #pahang #banjir #mentakab #doa