Sunday, January 31, 2010

Kuliah Ustaz Talib


Menjadi rutin pada malam sabtu, kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Talib di Masjid Sultan Mahmud. Ustaz Talib merupakan pesara Guru dan pernah menjadi rakan sekolah dengan kakak ayah saya (Mak Teh) semasa di Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan dalam tahun awal 70-an yang lalu.

Antara beberapa perkara yang beliau sampaikan pada sesi kuliahnya :

1. Kematian.
Semua manusia semakin hampir kepada kematian, terutama kepada yang berusia 60 tahun ke atas, sangat cerah untuk mati.
Malaikat yang ditugaskan untuk mengambil nyawa ialah malaikat Izrail. Keistimewaan malaikat ialah diciptakan sekali dengan tugasnya yang tetap. Seperti Jibrail selaku ketua Malaikat, dari mula dicipta teruslah kekal Jibril selaku ketua kepada Malaikat. Tidak pernah jawatannya dipertandingkan atau ia meletakkan jawatan. Begitulah dengan Izrail, dari mula dicipta teruslah ia kekal bertugas selaku menyabut nyawa makhluk-makhluk Allah.
Asalnya Izrail merasa khuatir kerana merasakan nanti semua makhluk tidak suka akan dia. Contohnya : Bila ada kematian sahaja orang akan berkata.. Ni Izrail la yang punya keje nie...
Lalu Allah berfirman, jangan Izrail bimbang kerana Allah mencipta 101 macam dan peristiwa. Dengan 101 macam dan peristiwa itu menyebabkan manusia terlupa akan pekerjaan tetap Izrail.
Contohnya perbualan-perbualan bila ada kematian :
-dia meninggal sebab sakit jantung.
-dia meninggal sebab lemas dalam sungai
-dia meninggal sebab exsiden
-dia meninggal sebab jatuh bangunan..
Bermacam-macam lagi perkara dan peristiwa yang berlaku, diciptakan supaya manusia terlupa akan pekerjaan Izrail ini.
Jadi..
Selagi kita masih dibekalkan nyawa oleh Allah, kena lah kita cergas mengupdate akaun kita..supaya banyak simpanannya yang akan kita gunakan di kemudian hari.

2. Jangan kita menjadi Majusi.
Sinonim bila disebut Majusi kita akan merujuk kepada menyembah api.Dahulunya ketika kelahiran Rasulullah s.a.w.. Api-Api di tempat-tempat penyembahan majusi semuanya padam.
Sabda Rasulullah :
Setiap anak Adam adalah fitrah, maka ibu bapanya lah yang akan menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi.
Agama Majusi tidak begitu popular di tanah air kita. Namun.. jangan kita merasakan kita sudah selamat.. Jika kita imbas kembali banyak budaya majusi yang telah meresap masuk dalam kehidupan manusia termasuk di negara kita.
antaranya ialah :
-Upacara menyambut keraian dengan sambutan percikan bunga api. Seperti kita mengagongkan api.
-Larian membawa obor ketika sukan Olimpik.
-Merokok. diumpamakan orang yang sangat gemarkan dengan api. Sedut api supaya semakin dekat dengan diri.
Mudahan kita semua dijauhkan dari anasir-anasir Majusi ini...

Wallahu a'lam....

Saturday, January 30, 2010

Rezeki Kambing

Baru-baru ini di festival memasak Asyura peringkat negeri Pahang yang berlangsung di Muazam Shah, group kami memperolehi seekor kambing jenis boew.


Kambing dalam pajero


Bersiap untuk bertolak, Muhazam Shah - Kuala Lipis


Gotong royong memasak di PAID, menu utama kari kambing


Enak sekali.. kari kambing

Wednesday, January 20, 2010

Festival Asyura' Peringkat Negeri Pahang

30 Muharam 1431/16.1.2010 : Festival Asyura' Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Masjid Daerah Muhazam Shah Rompin. Daerah Lipis diwakili oleh Pejabat Agama Islam dan Masjid Daerah Lipis. Rombongan dari Lipis seramai 11 orang tiba di Muhazam pada malam jumaat dan terus memulakan operasi penyediaan untuk memasak bubur Asyura'.
Baru tiba di Masjid Muhazam Shah
Menyiat daging menjadi ceraian kecil

Pemandangan gerai


Pemandangan Pertandingan, kira-kira 80 penyertaan

Peserta-peserta dari Jabatan Pengairan

Gerai Kami




Kumpulan Inteam turut sama memeriahkan festival

Tuan Haji Rafli (Ex KPP Pengurusan Masjid) KPP Penguatkuasa JAIP turut sama menjenguk kami


Bersama K.Chah (Ketua Chef)

Dato' Maznah turut turun padang
Hakim sedang menilai bubur kami





Kesemua ahli dari Lipis bergambar kenangan

Bubur Asyura' yang enak dimakan


Alhamdulillah, Kami membawa pulang seekor kambing boaw :)






:)

Thursday, January 14, 2010

Temuduga..

س : Siapa nama PM Malaysia sekarang ?
ج : Anuar Ibrahim
س :Sila Baca Surah al- Ikhlas?
قل اعوذ برب الناس :ج . ..
س : Sila perkenalkan diri ?
ج : Fulan Bin Fulan..diam
Antara perbualan semasa proses temuduga pemilihan guru-guru KAFA daerah Lipis. Temuduga berlangsung selama dua hari dengan 50 orang lebih calon-calon yang memohon untuk jawatan tersebut. Pelbagai ragam dan karenah yang ada. Dialog di atas adalah sebahagian daripada sedutan semasa proses temuduga sedang berlangsung.
Bukan senang untuk menjadi pendidik ini sebenarnya. Walaupun hanya mengajar al Quran dan Fadhu ain kanak-kanak tapi tanggungjawabnya sangatlah besar. Sebagai agen pembentuk kepada manusia yang manusia itu berada di tahap yang sesuai untuk dibentuk. Kata pepatah melayu : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Wasalam...

Monday, January 11, 2010

Minggu Taaruf & Taakhi SMA Al Falah Batu Talam


Sesi Pendaftaran Peserta
LDK








Perhimpunan Pagi

Riadah


Persembahan Pelajar


Penonton yang terhibur


Persembahan Pelajar Lelaki

Sesi Ceramah
Krew Cetus Aspirasi telah menjayakan Minggu taakhi dan taaruf pelajar tingkatan satu di SMA Al Falah Batu Talam, Raub Pahang. Program yang bermula pada 8hb Januari jam 4 petang dan berakhir pada 10hb Januari jam 12 tengahari. Dengan 68 orang pelajar tingkatan 1 2010 (tawaran kepada 150 orang pelajar, hanya 68 orang yang menerima) program dijayakan dengan barisan fasilitator yang terdiri dari 8 orang fasilitator lelaki dan 9 orang fasilitator perempuan berserta dengan dua orang pengiring iaitu Ustaz Fathi dan saya.

Objektif program ini ialah memberi pengenalan Sek Men Agama kepada pelajar baru, kehidupan di Sek Men Agama, harapan kepada pelajar baru sebagai generasi pelapis di samping membentuk ukhwah di kalangan pelajar baru, pelajar lama dan fasilitator.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK, riadah bermodul dan persembahan pelajar baru seperti nasyid dan lakonan.

Program diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMA Al Falah Batu Talam Raub dan dihadiri oleh guru-guru dan semua pelajar lama yang tinggal di asrama.

InsyaAllah Krew Cetus Aspirasi akan menjejakkan kaki lagi ke SMA Al Falah Batu Talam untuk program Konvesyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang akan berlangsung awal Febuari nanti.



Friday, January 08, 2010

AL FATIHAH

Al Fatihah kepada Allahyarham Mohd Fauzi bin Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2 petang tadi di hospital Selayang. Mudahan Rohnya ditempatkan di Jannatul Naim. Al Fatihah...

Doakan...

Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan keselamatan serta kesejahteraan buat Ustaz Mohd Fauzi. Beliau masih lagi tidak sedarkan diri setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya pada malam 31.12.2009 (Khamis) dan dirawat di ICU Hospital Selayang dan keadaannya hari ini semakin tenat...Harap sahabat-sahabat dapat doakannya..

Sunday, January 03, 2010

Ceramah Maal Hijrah 1431H

Tarikh : 1.1.2010
Masa : Selepas solat Maghrib
Sempena menyambut tahun baru hijrah 1431H dan berkebetulan juga kedatangan tahun baru 2010 M, Maka Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis menganjurkan ceramah agama. Ceramah disampaikan oleh YA Dato' Abdul Rahman bin Yunus, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan (Hakim yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas model Kartika Sari Dewi). YA Dato' dalam ceramahnya menekankan konsep hijrah yang perlu kita umat Islam lakukan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sebelum pulang ke rumah, sidang hadirin dibekalkan dengan bubur asyura' untuk dibawa pulang.
YA Dato Abdul Rahman bin Yunus sedang menyampaikan ceramah

YA Dato' bergambar kenangan bersama dengan ahli jemaah

Ziarah ke Hospital Kuala Lipis

Bersempena tahun baru hijrah 1431H dan tahun baru masihi 2010, maka pihak pentadbiran masjid bersama ahli kelab penyokong Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis (Sahabat Masjid) telah meraikan pesakit di hospital daerah Lipis. Program bermula jam 5.30 petang dan beberapa wad telah dilawati iaitu wad lelaki dan perempuan untuk pesakit pembedahan, wad bersalin dan wad kanak-kanak. Para pesakit menerima sedikit sumbangan makanan serta bubur asyura'. Alhamdulillah program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak hospital terutamanya para jururawat yang bertugas di wad-wad yang terbabit dengan lawatan. InsyaAllah program ini akan dijayakan lagi di masa akan datang dan program lawatan ini merupakan kali yang kedua setelah program lawatan ke wad kanak-kanak diadakan pada awal tahun baru 1430H yang lalu.
lawatan ke hospital 1430H yang lalu,
di Wad bersalin, kelihatan ibu muda selamat melahirkan bayinya melalui pembedahan
Katil tempat bersalin

Ahli rombongan bergambar kenangan bersama sister dan nurse.

Memasak Bubur Asyura'

Kronologi
31.12.2009 (Khamis)
5.00 pm

aktiviti memasak bermula dengan menyiapkan rempah
Basuh kawah


basuh kacang
9.00pm

mencerai-beraikan daging yang telah direbus

En Rosdi sedang menggoreng rempah
1.1.2010
Mula 7.00 am

En. Sukri (Master Cheif), Tahun ke10 sebagai master chief bubur Asyura' Masjid Daerah Lipis

Abg Deen Cafe dan Cik Johan (kawah hujung)

imam Faizal dan Cik Sedi


makan tengahari


Tukar Syif. Group Lelaki menunaikan solat Jumaat. Set Muslimat pulak yang mengacau kawah.






Bubur Asyura siap dimasak
Tengah menyediakan cenderahati untuk pesakit hospital

Siap untuk diagihkan kepada orang ramai