Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, July 27, 2012

Jom Bertadarus..


Menjelang bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan ibadah, kita diseru supaya memperbanyakkan amalan. Pada kesempatan ini, saya ingin menimbulkan isu berkaitan dengan -
Tadarus Al-Quran.
Kita telah mendengar ceramah dari ustaz-ustaz yang menyatakan pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran. Pada bulan Ramadhan juga Rasulullah akan bertadarus dengan malaikat Jibril setiap tahun dan pada tahun  kewafatannya, Rasulullah telah khatam sebanyak 2 kali dengan malaikat Jibril. Cuma masalahnya kita yang tidak berapa nak mengaji al-Quran. Program-program tadarus al-Quran yang dianjurkan kebanyakannya oleh masjid dan surau dipandang sepi oleh masyarakat. Hanya segelintir kecil sahaja yang gemar menyertai program tadarus al-Quran.
Pengalaman kami dalam menganjurkan program tadarus al-Quran. Bila nak buat malam lepas terawih, orang kata tak boleh, letih berterawih. Bila cuba buat lepas subuh, kata tak sempat nak berkejar-berkejar untuk bersiap ke tempat kerja. Kami juga telah cuba buat lepas solat zohor. Kesimpulannya susah untuk menarik orang ke program tadarus al-Quran. Segelintir yang berminat pun terdiri dari kelompok wanita-wanita yang tidak bekerja dan telah bersara.
Kenapa ramai yang tidak gemar menyertai program tadarus al-Quran, bukannya mereka tidak berminat tetapi yang sebenarnya mereka segan dan malu sebabnya tidak reti mengaji al-Quran. Jadi sampai bila hendak diri terus jahil membaca al-quran. Sebelum roh dijemput Ilahi kita perlu membuat perubahan dalam diri kita. Buang sifat ego dan malu, sertai kelas-kelas pengajian al-Quran, kita belajar semula membaca al-Quran.
Kalau nak terus dalam kejahilan pun terpulang, Cuma masalah juga di akhirat nanti, boleh kena cas dalam mahkamah Allah, Allah tanya “kenapa kamu tidak baca al-Quran”, kita jawab “tidak pandai baca”. Allah tanya “ Tidak ada ke orang mengajar al-Quran?” . Lalu apa jawapan kita? Rasanya nak kata tidak ada tempat belajar macam mustahil, sebabnya kelas-kelas pengajian al-Quran sekarang ini berlambak-lambak di mana-mana sahaja.  
Jom sertai : http://alctemerloh12.blogspot.com/

Wasalam

Friday, July 13, 2012

Pengajian al-Quran

Gambar hiasan, gambaran suasana kelas pengajian zaman silam. 

 Sesi pengajian al-Quran bersama guru PASTI & KAFFAH Temerloh
 Slot bersama guru al-Quran Pusat pengajian AL-Husna Jerantut
 Pengajian bulanan bersama guru Pasti & Kaffah Temerloh 


Pengajian al-Quran mingguan di Masjid Sultan Mahmud Lipis
PERMAi akan membuka Kelas pengajian al-Quran di bandar Temerloh. Bertempat di tingkat atas kedai buku Al-Hidayah Temerloh. Insyaallah kami menyediakan tenaga pengajar al-hafiz & hafizah yang mempunyai ijazah al-Quran bersanad.Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, baik kanak-kanak, pelajar mahu pun orang dewasa. 

Wednesday, July 04, 2012

Sambutan Nisfu Syaaban


Malam ini, kebiasaan masyarakat kita menyambut malam nisfu syaaban. Saya pun kadang-kadang lupa tarikhnya, tetapi biasanya orang tua-tua yang walaupun jarang sangat menjejakkan kaki ke  masjid sentiasa ingat akan tarikhnya.

Saya ditanya oleh orang, masjid buat sambutan nisfu syaaban? Bila kata buat..jawabnya Alhamdulillah..walaupun terpaksa cansel kuliah pengajian. Rasanya kita maklum bahawa pengajian ilmu hukumnya wajib kita menuntut ilmu. Sedangkan sambutan nisfu syaaban yang diisi dengan bacaan al-Quran (surah Yasin shj 3x). Hukum baca al-Quran hanya sunat sahaja.

Saya tidak katakan salah atau betul. Terpulang pada masing-masing, yang ingin teruskan kuliah pengajian ilmu..teruskan. Yang ingin buat majlis baca Yasin boleh buat. Daripada duduk berbual di beranda masjid sambil asap kotor berkepul-kepul keluar dari hidung lebih baik dan berfaedah juga kalau dapat baca Yasin. Pahala pun dapat.

Cuma yang tak berapa betulnya, jika kita mewajibkan program sambutan nisfu syaaban. Sampai kata kuliah pengajian ilmu tak penting, hari-hari ada. Nisfu syaaban ini satahun sekali sahaja. Awas bagi yang berkata begitu..Nampak sangat kebodohannya nanti.

Kesimpulannya. Mari kita menambah dan giat mendalami lagi ilmu pengetahuan. Jangan datang masjid malam nisfu sahaja. Kalau baca Yasin 3 x pun tetapi baca tunggang langgang, berterabur, salah huruf, tajwid tak betul…masalah juga tu..