Friday, June 23, 2017

Khatib Jemputan Masjid

Khatib jumaat siang tadi merupakan khatib jemputan. Irfan bin Aidil merupakan pelajar tingkatan 6 SMA Padang Tengku.

Dua minggu lepas, Khatib jumaat juga merupakan khatib jemputan. Umair bin Dato’ Faizul, pelajar Maahad As Syatibi Kedah.

Masjid kami biasa je menjemput khatib lain selain dari pegawai masjid sedia ada.
Antara yang pernah membaca khutbah di Masjid Daerah Lipis seperti  YH Dato’ Abu Jamal bin Nordin, mantan Pegawai Daerah Lipis. YH Dato’ Mohamad Noor bin Abd Rani, mantan  Pegawai Daerah Lipis, Kini sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. YH Dato’ Ahmad  bin Daud, mantan Pegawai Daerah Lipis, Kini telah bersara. Ustaz dari BAKA, Ustaz dari  KAGAT dan ramai lagi.

Pihak masjid sentiasa membuka peluang dan ruang terutama kepada generasi pelapis untuk belajar naik ke atas mimbar untuk menyampaikan khutbah. Kerana bukan semua yang bergelar para Ustaz berani tampil naik ke  atas mimbar. Itu pun bukannya berkhutbah, hanya naik membaca teks khutbah yang telah disediakan.
Jika tidak dilatih dari rebung, bila dah dewasa semakin sukar. Mulalah beri alasan  ‘saya tak biasa’ , ‘ saya tak bersedia’.

Saya sangat menyokong program yang dilaksanakan di  SMA Padang Tengku, yang melatih para pelajarnya menyampaikan khutbah jumaat (real bukan olok-olok) di Masjid Padang Tengku.

Di kesempatan ini, saya mencadangkan supaya masjid-masjid lain juga melatih dan memberi peluang generasi muda tampil naik berkhutbah.

Realiti yang berlaku di kebanyakan masjid kampung tradisi, ialah hampir tiada generasi muda yang mengisi  kekosongan di masjid. Kebanyakan masjid yang hanya ada seorang tok imam, itu pun dah uzur. Hanya ada seorang bilal.

Bila sesi temuduga pegawai masjid, biasanya yang hadir sudah berusia dan katanya terpaksa hadir sebab dah tiada orang lain yang sanggup. Kebanyakan mereka yang hadir temuduga bukannya lepasan pelajar agama yang bergelar Ustaz. Sehingga ada di kalangan mereka yang menyelar golongan agamawan yang sebahagiannya  selesa berkhidmat di sekolah atau pun berceramah ke merata tempat, tetapi masjid dan surau di tempat sendiri dibiarkan.
Moh kita renung bersama.
 Irfan bin Aidil

Umair bin Dato' Faizul

#PermaiMenulis
#catatanimamkecil




Kisah Ramadan (KIRAM 32) Duit raya dari tabung masjid!

Jumaat terakhir untuk Ramadan tahun ini. Selepas jumaat terdapat beberapa ahli jemaah yang berminat untuk menukar duit dengan duit tabung masjid. Katanya susah nak bersesak di bank. Mudah tukar duit kecil dengan masjid. Nak tukar boleh, tapi kena kira sendiri,, huhu. Sama-sama bantu mengira duit tabung masjid.
Sebenarnya setiap hari jumaat ada ahli jemaah yang akan membuat tukaran duit dengan masjid. Biasanya peniaga yang memang memerlukan duit pecah.

Cerita pasal kira duit tabung. Biasanya ada 2-3 ahli jemaah tetap yang akan sama-sama bantu mengira dan menyusun duit tabung. Pastinya akhirnya nanti pihak bank akan kira juga dengan menggunakan mesin mereka.
Tadi, sambil-sambil ahli jemaah bantu. Ada juga yang mencadangkan supaya masjid beli mesin kira duit. Huhu. Setakat ini masjid dah ada mesin kira duit syiling yang dihadiahkan oleh Tabung Haji Lipis. Depa dapat mesin baru, jadi yang lamanya bagi ke masjid.
Mana tahu lepas ni, ada mana-mana bank yang nak hadiahkan mesin kira duit kertas pula. Hehe.
Kenangan semasa belajar di Maahad Tahfiz dulu, ada masanya kami akan membantu mengira duit tabung Masjid Negeri. Sudah tentu jumlahnya jauh lebih besar dari yang diperolehi oleh Masjid Daerah Lipis. Pukul 3 masih tak siap  susun lagi duit.
Makan tengahari tu, memang masjid dah taja. Biasanya nasi beriani la juadahnya.

Hari Jumaat terakhir Ramadan lebih ramai permintaan untuk menukar duit berbanding jumaat yang lain. Sebab nak buat duit raya.
Ada yang tukar Rm1, RM 5 dan RM 10. Syiling tak de yang nak. Sebab katanya budak-budak sekarang tak pandang dah syiling. Dapat RM 1 pun dah cebik mulut.
Pihak Masjid  sentiasa mempelawa sesiapa yang berminat untuk menukar duit kecil. Syaratnya minta hari jumaat dan tolong bantu kira.  
Berkenaan cerita pasal duit raya insya-Allah dalam siri yang lain kita akan tuliskan. Haha.

 Penyusun dan pengira duit tabung Masjid Sultan Mahmud hari ini. Sambil melawak depa kata : Kira banyak helaian not kertas. Tapi bagi ke masjid sikit je helaian not kertas.


#PermaiMenulis
#jumaat
#ramadan



Thursday, June 22, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 31) Menunggu Jibril turun part 2

Kisah Ramadan (KIRAM 31) Menunggu Jibril turun part 2

Syeikh Jibril seorang imam terkenal dari Mesir. Sebelum ini saya tak pernah kenal dan perasan akan beliau. Iye lah ketika itu mana ada lagi dunia google dan Youtube ni. Emel pun saya tak de.

Sehinggalah Syeikh datang menjadi imam terawih jemputan untuk satu malam  di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Barulah saya bersua dan mula mengenal akan style bacaan beliau.

Petang itu, Kami pelajar Maahad Tahfiz (ketika itu digelar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri Pahang, Kini Maahad Tahfiz Negeri Pahang) menunggu ketibaan Syeikh di lapangan terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan bersama dengan Pengetua Maahad Tahfiz merangkap Imam Besar Masjid Negeri dan Pengurus Besar Yayasan Pahang.

Akhirnya Syeikh Jibril tiba bersama pesawat yang membawa beliau turun mendarat di lapangan terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan. Kami berbaris menunggu syeikh dengan perasaan teruja.

Akhirnya saya nampak kelibat Syeikh. Bukan berjubah dan berserban seperti sangkaan orang kita  bila mengimejkan tok imam dan para ulama. Syeikh smart berpakaian kemeja siap bertali leher tersenyum bersalaman dengan kami. Puas hati saya dapat bersalaman dan bersua dengan Syeikh Jibril.

Iftar pada hari tersebut juga istimewa. Saya dan rakan berbuka puasa di Istana Abdulaziz Kuantan (Kediaman KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang). Syeikh Jibril juga berbuka puasa di Istana bersama dengan KDYTM Tengku Mahkota.
Selesai berbuka kami bersolat maghrib di istana yang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Itulah kali pertama saya menjadi makmum kepada syeikh Jibril dan  orang arab.
Kemudian kami ke Masjid Negeri untuk bersolat terawih yang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Solat terawih 8 rakaat sahaja, tapi panjangnya dah sama macam hari biasa yang buat 20 rakaat. Siap dengan sujud tilawah lagi. Time Qunut masa witir, first time juga saya berqunut panjang.
Selesai berterawih kami mengambil kesempatan bergambar lagi bersama Syeikh Jibril.
Begitulah secebis pengalaman manis, bersua dengan Syeikh Jibril.

Kalian juga sudah tentu ada pengalaman bersua dengan orang-orang hebat. Sudah tentu perasaannya sangat berlainan..kan.

Sama lah juganya dengan kita bersua dengan bulan yang hebat iaitu Ramadan. Kita juga mencari malam yang hebat yakni malam al-Qadar. Sudah tentu perasaanya juga berlaianan.

#PermaiMenulis
#syeikhjibril
#ramadan
#kiram
#seputarmemorisilam

Gambar lama zaman filem kodak, kamera sendiri takde lagi.

Menyambut ketibaan Syeikh Jibril di lapangan terbang

 Kenangan selepas solat sunat terawih di Masjid Negeri bersama Syeikh Jibril




Kisah Ramadan (KIRAM 30) Menunggu Jibril turun part 1

Kisah Ramadan (KIRAM 30) Menunggu Jibril turun part 1

 “Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur semua urusan.” (Al-Qadr : 4)

Malam al-Qadar yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Sudah tentu sangat istimewa sehinggakan berduyun para Malaikat dan Jibril  turun ke bumi. Bilangan para Malaikat sudah pasti tidak terkira banyaknya.

Ibaratnya, istimewanya hari raya bagi kita. Sehingga semua pakat balik kampung. Jalan raya sudah pasti jem sebab banyaknya kenderaan. Syarikat tol siap buat plan untuk mengurangkan kesesakan dengan tidak menyediakan khidmat topup Touch N Go di Kaunter. Saya mohon mencadangkan  apa salahnya hari raya pertama dan kedua bagi percuma sahaja. Pekerja tol pun dapat cuti. Banyak dah untung tu.

Pesanan penaja : di samping dah ketar kaki tak sabar nak menghayati trafik jem sempena hari raya ni. Jangan terabai pula menghidupkan penghujung Ramadan untuk meraih Malam al-Qadar. Jibril turun woo.

#PermaiMenulis
#PermaiEnterprise
#kiram


Wednesday, June 21, 2017

Dato' Alif Syukri Terlajak baik sampai kena tipu.

Hujung-hujung Ramadan ni, muncul pulak cerita Dato' Alif Syukri Terlajak Laris. Isunya orang gaji dan tukang kebunnya songlap duit. Nilainya kus semangat lebih kurang 100k?
Saya rasa, nilai duit tersebut celah gigi je bagi Dato' Alif. Dan bagi beliau duit masih boleh dicari.

Cuma isu besarnya ialah khianat, tidak amanah dan mencuri. Siapa tak marah orang yang kita rapat dan dah anggap macam keluarga sanggup melakukan perbuatan tersebut. Dah la majikan sendiri pulak.

Biasanya bila majikan mencari pekerja, depa akan buat syarat-syarat kelayakan untuk pekerjaan tersebut. 

Pemohon yang berminat akan menghantar resume atau walk in bersama resume.
Saya ingin mencadangkan kepada para majikan yang ingin mencari pekerja. 
Masukkan dalam syarat kelayakan : Menjaga solat fardhu dan menutup aurat. Jangan hanya nampak duniawi sahaja seperti sijil sekian-sekian.
Masa temuduga kerja : tanya soalan berkaitan fardu ain (basic je). 
Bonus jika lancar membaca Al-Quran.

Saya pernah jumpa iklan pekerjaan yang meletakkan syarat menunaikan solat fadhu 5 waktu. 
Walaupun ada yang berkata : orang sembahyang pun belum tentu baik. Tetapi Allah sendiri dah menyatakan : Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar
(al-Ankabut :45)
Siapa kita untuk menafikan Firman Allah. 
Insya-Allah bila kita masukkan nilaian akhirat, kita akan mendapat pekerja yang hebat dan berkualiti.