Tuesday, May 28, 2013

Syukur dengan Nikmat Ilahi..

Isnin, 27 Jun 2013-antara peristiwa di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud. 



 1. Pembinaan kolah masjid, setelah lama tertangguh..mula nak dapat kontraktor yang sanggup. susah juga sebab ramai kontraktor yang saya pernah jumpa tidak berapa minat dengan projek di masjid, saya pun tidak tahu kenapa. Setelah ada kontraktor yang berminat, tersangkut lama pula sebut harganya di pejabat, akhirnya hari ini baru bermula...nampak macam simple sahaja tetapi anggaran kos yang diberikan kontraktor mencecah RM 16k.




2. Pengajian talaqi al-Quran untuk sesi ini baru bermula hari ini. Mudahan mereka & kita semua menjadi akrab dengan al-Quran. Sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berminat terutamanya orang muda. 



3. Untuk kali pertamanya, kelas Qiraat bermula di Masjid ini..pengajian selepas solat isyak. Mungkin biasa sahaja di tempat lain, tetapi di masjid ini..program-program selepas isyak sangat jarang..al-maklumlah bukannya bandar besar yang diistilahkan malam masih muda. Mudahan kelas ini dapat berjalan lancar, kerana cabaran untuk mengadakan pengajian agama di bandar-bandar kecil yang terpencil ini lebih mencabar berbanding bandar-bandar besar yang penduduknya semakin cenderung kepada pengajian agama. Lihat sahaja keputusan PR, gerakan islam menguasai bandar-bandar besar, tetapi di tempat-tempat terpencil termasuk bandar ini yang orang gelarkan bandar koboi Parti dan mereka  yang boleh  menyuapkan material dan kebendaan  tetap menjadi pilihan.

4. Kediaman saya (kuarters) masih tiada air sejak dari jumaat lagi. Sahabat sebelah rumah telah lama melarikan diri ke rumah kekandanya. Yang pelik bekalan air di masjid ok?,..kita tunggu dan tengok pula esok bagaimana...adakah patut saya mengikut jejak jiran..berkelana ke mana-mana..

5. Kereta Ferrari singgah di Masjid, tuannya berhenti solat zohor..Kali pertama semenjak saya di masjid ini..kereta jenama ini singgah di Masjid. Tuannya baru berusia akhir 20an..kereta yang dibeli 100k lagi nak cukup 2 juta...memang selamanya saya tak mampu nak pakai..Sahabat saya begitu teruja..siap test naik, tengok enjin lagi..katanya ada dalam 26 buah sahaja di Malaysia. Servis pertama RM 4k, Ke 2 RM 6, Servis ke 3 mak aih RM 15k..
Rezekinya..tanah warisan keluarga di Kerambit ada bijih besi, tak terduga  jadi tokey lombong bijih dia, ..Bercakap bab rezeki..susah, miskin pun ujian..senang pun ujian, ada orang siang malam berusaha gigih rezekinya tak sebanyak mana, ada yang duduk relax sahaja duit mencurah-curah, Rezeki semuanya dari Allah..Katanya sebelum beransur, ini semua hak Dia..kalau Dia nak hilangkan sekelip mata sahaja... Harapnya dengan kekayaannya beliau dapat membantu kepada perkembangan agama Islam ini.

Pelangi yang mengiringi waktu maghrib di masjid kami..cukup indah nikmat tuhan..melupakan sejenak yang air tiada di rumah...





Friday, May 24, 2013

Makan mampu bina Ukhwah ?


Dalam kitab Syamail Muhammadiyyah susunan Imam Tirmizi, ada bab yang membicarakan tentang makanan Rasulullah iaitu I’sy (roti). Hadis berkenaan juga menceritakan yang Rasulullah s.a.w tidak pernah kekenyangan melainkan baginda  mengajak para sahabatnya untuk makan bersama.

Cukup seronok dapat makan bersama sahabat handai. Sehinggakan apabila bicara pasal ukhwah  ada yang memberi tip antara untuk mempereratkan ukhwah ialah dengan cara kita makan berjemaah. Maka ada yang makan setalam dengan sahabatnya, ada yang buat program bertemakan makan berukhwah dengan cara suapan pertama ke mulut rakan sebelum ke mulut sendiri dan pelbagai lagi.

Saya pernah berjumpa dengan anak muda yang tinggal di bandar  menyatakan tidak seronok untuk tinggal di kampung halaman sendiri kerana tidak mempunyai teman untuk diajak minum. Walaupun itu hanya alasannya di samping mungkin ada sebab sebenar yang tersendiri, tetapi mungkin juga katanya betul.. tidak seronok sebab tiada rakan yang boleh diajak keluar minum.   

Apabila kita berprogram dengan rakan, baik di seminar, kursus dan mesyuarat kita masih belum sempat untuk beramah mesra dengan sahabat. Masa yang sesuai dan praktikal sudah tentu semasa kita makan bersama.

Sudah tentu masing-masing ada memori terakam di minda kenangan manis makan bersama sahabat handai…walaupun mungkin ada ketikanya seseorang  insan merasa lebih tenang jika makan bersendirian. 

antara kenanganKu yang terakam dalam gambar : 

 hidangan 'isy (roti) meraikan kehadiran sahabat di Khulusi

 menjamu nasi arab penuh pinggan ketika di Madinah 

 makan se plastik di homestay Madinah

 berkongsi  bekal dalam bilik ketika berlayar ke Mekah

 mengeteh dengan berihram di atas kapal..

 berbuka puasa di Masjid Amru 

 makan malam setalam di Sinai 




 sarapan pagi  di Sinai


 makan tengahari dengan sahabat Selangor di Fayyoum

 Makan malam di 'Abut

Makan petang di Alex

 jamuan pagi di Maahad tahfiz pekan

 Berkhemah, tapi makan atas meja

Berbubur kacang di Ulu Yam

Sudah pasti kenangan kalian..jauh lebih hebat dari saya..

Monday, May 20, 2013

Nasi Arab cipta Fanomena

Kebelakangan ini nasi arab cukup diminati di negara kita. Restorannya tumbuh di merata-rata tempat. Baik chef dari arab tulen ataupun chef melayu masing-masing menawarkan resepi nasi arab.

Bila nasi arab, sinonim dengan daging kambing. Orang kita agak sensitif dengan daging kembing.  Macam-macam yang kita biasa dengar, panaslah, pening kepala lah..

Tahukah kalian, sebenarnya daging kambing merupakan daging yang terbaik dari segi khasiat dan kelebihannya berbanding daging-daging lain.


Sahih, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Tak kan Nabi makan daging yang tidak berkhasiat? Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Sedangkan mereka (yahudi) juga dalam diam-diam merupakan penggemar daging kambing.


So, yang fobia daging kambing..anda telah hilang nikmat merasai daging yang tersedap.. Jom..Apa lagi, buang perasaan gerun kalian dengan mula menikmati hidangan nasi arab..Sekali makan pasti nak lagi. 

 Talaqi masak nasi arab bersama Ustaz Fudhail Damanhur


 Nasi + ayam + kambing 
program makan nasi arab bersama sahabat

 Hidangan 'Hanis' Kambing yang merupakan favorite Dr. Zulkifi al-Bakri
 Bersama al-Fadhil Dr. Zulkifli al-Bakri di Saba' Cyber Jaya.
 Nasi arab di Rawsha, Bulatan Kampung Pandan.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru


16 Mei pada setiap tahun merupakan hari guru. Semua insan  yang bergelar guru akan diraikan..sama ada guru tadika, sekolah rendah mahu pun menengah. Pelbagai program dan acara disusun dan yang pastinya pelajar sangat gembira kerana tak perlu masuk ke kelas untuk belajar.

Antara agenda program yang biasanya hampir sama di semua sekolah ialah persembahan sajak pelajar dan guru, persembahan istimewa guru, sukan guru lawan murid, jamuan dan yang istimewanya budaya hari guru di tempat kita  ialah memberi hadiah kepada guru.

Mungkin bagi budak tadika dan tahap satu sekolah rendah kurang menghayatinya. Ibu bapa pula yang beria membelikan hadiah untuk si anak menyampaikannya kepada guru. Ataupun guru sendiri yang meminta anak murid membawa hadiah masing-masing. Dek kerana macam berbentuk arahan maka si murid kecil sudah tentu berasa gentar jika tidak membawa hadiah ke sekolah.

Saya juga mempunyai memori  pernah mengajar di institusi pendidikan dan pernah merasa diraikan semasa hari guru dan merasa menerima hadiah dari pelajar. Kini tiada lagi hadiah yang diterima ... walaupun kini saya tidak bergelar guru tetapi kerja-kerja sebagai guru untuk menyebarkan ilmu itu  masih saya cuba laksanakan sekadarnya seperti mengajar secara tidak formal di masjid-masjid dan surau. 

Buat semua pelajar, mari kita renungi pesanan Imam Syafie yang masyhur :
Wahai saudaraKu, ilmu itu tidak akan diperlehi melainkan 6 perkara .
1- Cerdas,
2. Semangat,
3. Bersungguh-sungguh
4. Berkecukupan,
5. Memuliakan guru
6. Masa yang panjang.

Muliakan guru antara pesanan  yang disebut oleh imam Syafie..Jadi minta maaflah kepada guru, berusaha untuk menyenangkan guru dan tawarlah bantuan kepada guru..

Buat Guru, sekadar berpesan..kita menjadi guru bukan disebabkan semata-mata kita bekerja makan gaji selaku sebagai guru. Tetapi kita mempunyai tugas yang sangat besar..bukan sekadar mengajar  ilmu kepada anak murid tetapi sebenarnya kita berperanan untuk memanusiakan seorang manusia.

Ada beberapa tingkatan – Muallim, Mudarris, Muaddib,Murabbi dan Murshid. Berusahalah supaya mencapai tahap murshid.

InsyaAllah..menjadi guru senang nak dapat pahala dan saham pahalanya akan sentiasa berpanjangan dan bersambung-sambung.

Akhirnya di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari guru buat semua pendidik, terutama yang pernah mendidik saya baik secara formal ataupun tidak. Saya tidak berkesempatan untuk menyebut siapa-siapa secara khusus kerana nanti takut ada yang tercicir, berasa hati pula ;.. 

Salam Hari Guru

Antara gambar kenangan : 


 Bersama Ustaz Zulhibri al-Hafiz guru Tasmi' kelas kami ketika di tahun 3 Maahad Tahfiz 

 Menerima hadiah dari YH Dato' Zulkifli Ali al-Hafiz, Pengarah Maahad Tahfiz 

 Syaikhuna di Maahad Qiraat Al-Azhar

Bersama Syeikh Hasan 

Bersama Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr

Ketika menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang 

Guru di barisan hadapan..

Bersama Syeikh Ahmad & Ustaz Nasa meraikan Konvo 

Wednesday, May 15, 2013

Nakbah Palestin : 15 Mei 1948




65 tahun lalu, pada tarikh dan bulan yang sama 15 Mei 1948 berlaku detik hitam terhadap umat Islam. Peristiwa di mana tertubuhnya negara haram Israel dan malapetaka buat Palestin.
Peristiwa yang dikenali dengan nama Nakbah. NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas  penjajahan haram oleh rejim Yahudi  ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin  dengan bantuan British dan PBB. 

Mari KITA PEDULI. Usahakan segala bantuan yang boleh secara maksima. Walaupun kita agak sukar untuk pergi berjuang membuat gerakan intifadah di sana. Kita masih boleh berjuang dan memberi sumbangan. 

Antaranya : 
-Boikot Barangan Yahudi, Amerika dan sekutunya.
-infakkan  wang..bukan bagi derma baju-baju buruk yang hendak dibuang.
-Berdoa kepada Allah tanpa putus. Bukan hanya pada program-program sambutan mengingati palestin   sahaja. 

Tetamu yang berkunjung ke rumah.

Saya tinggal di kuarters kerajaan yang kedudukannya agak terkebelakang. Kuarters ini terletak di lurah bukit yang sangat sesuai untuk habitat reptilia.

Selalu juga saya terserempak dengan haiwan-haiwan ini sehingga ada yang saya sempat snap gambarnya walaupun banyak lagi yang saya tidak sempat.

Saya bukanlah takut dengan binatang, cuma spesis ular memang menakutkan.. Tahun ini sahaja bomba sudah berkunjung ke kuarters menangkap ular sawa yang besar di hadapan rumah, terperangkap di dalam longkang tidak lepas keluar.

Tahun lepas, 3 kali pihak bomba datang ke kuarters..juga berkaitan dengan ular..namun semua kedatangan  bomba tidak membuahkan hasil..begitu jugalah tahun-tahun sebelumnya..selain haiwan-haiwan ini, pihak bomba antara yang sering berkunjung ke kuarters kami.

Doakan kami agar sentiasa dalam keselamatan..takut juga..tetapi inilah realiti kuarters kerajaan Jabatan  yang diperuntukkan buat Pegawainya..
InsyaAllah pada ruangan yang lain saya akan bercerita berkenaan kediaman saya... 


 Ular ini mendahului saya masuk ke rumah. Kebetulan saya terfolow dia..sempat ambil gambar lagi

 Hari semalam (selasa) ketika saya ingin ke masjid untuk solat maghrib bertembung dengan spesis ini


kalau macam biawak ni tak masalah sangat..


Yang ni lagi tak ada masalah..

Tuesday, May 14, 2013

Salah Hari..


Sebulan kebiasaannya ada 4 minggu, namun ada juga bulan yang mempunyai 5 minggu. Bagi pengkuliah yang berkuliah mingguan tiada masalah. Cuma masalah timbul pada pengkuliah yang berkuliah 2 minggu sekali dan sebulan sekali.

Contoh, hari selasa minggu pertama Ustaz A, hari selasa minggu ke 2 Ustaz B, hari selasa minggu ke3 ustaz A, hari selasa minggu ke 4 Ustaz B,

Kekeliruan biasa timbul kalau ada minggu ke 5, contoh minggu ke 5 Ustaz A ambil..jadi minggu pertama bulan berikutnya..biasa berlaku salah faham antara ustaz A dan Ustaz B. Ustaz A anggap minggu pertama (dan memang betul pun) Cuma kadangkala Ustaz B anggap minggu ke 2…  Menyebabkan berlaku 2 orang ustaz datang serentak ataupun langsung tiada ustaz yang datang. Lebih parah Ustaz yang sebenarnya tersalah mengganggap dirinya yang betul.

Saya juga kadangkala mengalami masalah tersebut. Hari Rabu minggu pertama saya akan ke Surau Kampung Lalang, dan Hari Rabu minggu ke2 saya akan ke Masjid Bt 9. Masalah saya selalunya kedua-dua masjid dan surau terbabit sering mendakwa minggu itu sepatutnya saya ke tempat mereka..sehinggakan saya sendiri jadi confius..padahal saya mempunyai   planner..

Tetapi bagi saya masih OK, jika hendak dibandingkan dengan banyak lagi masjid dan surau terutamanya di kampung-kampung yang hampir tiada langsung program kuliah di tempat mereka. Banyak faktor, antaranya tenaga pengajar yang berkira /payah  hendak ke tempat mereka yang agak jauh. Tetapi alasan tersebut  masih boleh diterima lagi. Sebabnya banyak juga ustaz-ustazah sekolah yang menyepi dari masjid dan surau..yang ni memang bermasalah..bukan masjid dan surau tu sahaja  yang bermasalah..tetapi sebenarnya ustaz dan ustazah tersebut mempunyai masalah yang lebih besar dengan Tuhan di kemudian hari nanti.

Ps : bukan mahu mengena pada sesiapa..tetapi muhasabah bersama demi untuk mewujudkan budaya ilmu di masjid. Masjid & surau penuh dengan pengajian ilmu..insyaAllah masyarakat akan faham Islam yang syumul dan akan menolak kebatilan yang bermaharajalela sekarang disebabkan kejahilan yang melampau di kalangan masyarakat terutamanya di kampung-kampung.

Wasalam.

Sembang di Kedai Makan..


Kebiasaannya pada hari cuti dan apabila Hj Pa tidak berniaga  maka selepas solat subuh beliau akan mengajak saya dan beberapa teman skuad sahabat masjid minum di kedai  tangga. Hanya kedai ini sahaja yang buka awal pagi selain dari kedai mamak Alif Maju yang beroperasi 24 jam.

Baru-baru ini semasa kami makan, lalu Mr Pillai yang tinggal berdekatan dengan rumah Hj Pa. Hj Pa mengajak Mr Pillai singgah dan berbual dengannya. Mr Pillai berketurunan india, menjalankan perkhidmatan sebagai guru tuesyen bahasa inggeris.

Sudah tentu perbualan dalam bahasa inggeris dan Hj Pa yang brsekolah Inggeris zaman dahulu boleh la berbual dengannya. Sedangkan kami yang lain hanya menympuk sekali sekala.

Antara isi perbualan yang saya tertarik :

Mr Pillai dia tak pergi ke Kuil. Alasannya tidak khusyuk sebab yang pergi ke Kuil bercampur lelaki dan perempuan. Yang lelaki tiada masalah pakaian sudah bersopan, Cuma bagi perempuan yang memakai pakaian tradisi mereka beserta sari bajunyakan sendat dan nampak perut. Jadi mata akan meliar kearah lain..TAK KHUSYUK katanya..Kami menganjurkan supaya dia cuba-cuba pergi ke masjid…

Mr Pillai membuka kelasnya kepada semua kaum dan bangsa kecuali kaum India. Kami pun hairan..katanya orang India  banyak belit..bukan saya kata..tapi Mr Pillai kata..

Mr Pillai sangat percayakan surat khabar berbahasa Inggeris yang dibelinya setiap hari. Surat khabar itu dia anggap sudah macam isterinya. Hj Pa bidas menyatakan kalau begitu You akan tukar isteri setiap hari sebab surat khabar akan dibeli yang baru setiap hari dan yang lama akan dibuang ke dalam tong sampah.

Begitulah antara dialog perbualan pagi itu..sebelum kami bersurai dari kedai makan tersebut… 

Monday, May 13, 2013

Pembesar Suara masjid rosak lagi


Speaker menara masjid kami tidak berbunyi lagi. 3 bulan sebelum ini kami dah baikinya..kini rosak kembali. Dalam setahun sangat kerap kami mengalami masalah yang berkaitan dengan pembesar suara.

Sebelum daripada ini, kami berurusan dengan sebuah kedai elektrik cina A, yang saya secara peribadi melihat macam diorang pun tak reti juga, sebab diorang hanya kedai menjual alat-alat elektrik seperti kipas, mesin bsuh dll.

Apabila problem tidak dapat diselesaikan dan muamalah kedai cina A tersebut kurang memuaskan, kami beralih angin kepada orang melayu. Mereka biasa buat wiring tetapi bukan specialist speaker juga. Mereka menerangkan kepada kami yang kedai cina A sebelum ini salah pasang wayer, kombinasi system tak kena..

Masalah tetap berlaku, dan sela waktunya sangat hampir dan kerap..tak sampai 3 bulan rosak kembali. Kami beralih pula ke kedai Cina B, muamalahnya dengan kami sangat ramah walaupun saya melihat secara peribadi  mereka juga bukan mahir sangat berkaitan  system pembesar suara. Kedainya juga menjual peralatan elektrik yang bercampur-campur jenama.
Kedai cina B menyatakan yang orang melayu yang kami gunakan khidmatnya sebelum  daripada ini tidak reti pasang..Katanya wayer salah sambung dan macam-macam yang negative lagi..

Rupanya sama juga..tak selesai juga masalah. Masalah kami ini sentiasa berbangkit. Penyelesaian yang kami Nampak ialah kena tukar complete full set..bukan modifight bahagian-bahagian yang tertentu sahaja.

Kami bahkan Dato’ Do sendiri pernah mengutarakan masalah ini kepada YB parlimen sebelum daripada ini, namun sepi sahaja..

Beginilah realiti di sebuah Masjid Daerah.

Sejadah yang bersujud.

Dua hari kelmarin, saya mendapat kiriman MMS dari orang kampung Tanjung Besar. Cerita berkenaan Sejadah Bersujud di Rimbunan Kasih di Tanjung Besar, Lipis. Orang kampung minta tolong maklumkan  kepada Pejabat Agama Islam. 

Dahulu heboh pasal ini, sekarang senyap..tiba-tiba lepas PRU ni ada balik... Mungkin depa dah bosan terlipat sepi di rak, jarang sangat orang menggunakannya..lastnya depa sendiri ja lah yang solat... Wallau'alam...

NO Komen...

Wasalam..



Depa pun melawat masjid.

Orang gelarkan Masjid bandar, tapi tak tahulah dari mana ayam-ayam ini muncul. Rasanya jauh juga depa meronda untuk sampai ke masjid ini. 






Depa nak meronda tu kita tak kisah. Cuma bila depa tinggal tanda (najis) di merata-rata tempat, ni yang tak best ..

Apa pun kalau ayam ni pun nak meronda ke masjid, muslim apatah lagi..JOM lah kita selalu melazimi hadir ke masjid..jangan singgah nak ke tandas sahaja..tapi jadilah yang insyaAllah akan ditulis malaikat pencatat sebagai  ahli yang mengimarahkan masjid.

wasalam.