Thursday, May 31, 2012

Dari XPDC kepada Tragedi


XPDC merupakan kumpulan rock terkenal tanah air yang barangkali telah disebut-sebut sebagai kumpulan lagenda. Sebelum bergelar XPDC mereka menggelarkan kumpulan mereka dengan nama Tragedy. Sesuai dengan nama tersebut, banyak tragedy telah menimpa mereka, lalu mereka menukar jenama mereka dengan nama XPDC. Saya bukanlah mahu menceritakan perihal kumpulan ini. Cuma satu lagu dari kumpulan mereka iaitu Semangat yang hilang menjadi lagu rasmi asrama sekolah saya dahulu yang akan dinyanyikan beramai-ramai ketika perhimpunan warga asrama di pagi ahad.

Satu lagi perkembangan menarik berkaitan kumpulan ini juga, bekas  vokalis mereka, yang dikenal dengan Ali XPDC, Mail XPDC  sudah mula mesra dengan jemaah Islam. Beberapa persembahan mereka yang akhirnya dikemuncakkan dengan slot soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus dengan mereka pula menjadi tukang baca soalan yang kemudiannya dijawab oleh bos besar (Ustaz Azhar). Suatu perkembangan yang sangat memberangsangkan..

Pointnya..Kenapa saya sebut perihal kumpulan ini, kerana namanya asal dari tragedy kepada XPDC. Kisah saya pula dari XPDC kepada tragedy.

Minggu lalu, selesai dari suatu XPDC, saya ditimpa tragedy cermin kereta dipecahkan orang. 2 beg dan HP dilarikan.

Minggu kini, selesai dari suatu misi XPDC, bila tiba di rumah, pintu depan cuba dicungkil orang. Alhamdulillah mereka tak berjaya. Rupanya ada orang minat nak follow saya. Adakah saya kaya? Atau pun banyak maklumat sulit? ;)

Begitulah kisah saya- Dari XPDC kepada tragedy khilaf dengan kumpulan rock yang asalnya dari Tragedy kepada XPDC.

Sekian...

 Dari XPDC


Kepada tragedi

Friday, May 25, 2012

Jalan raya yang mesra

Saya perhatikan, jalan kita yang mesra pengguna. Sampaikan lembu pun suka lepak di jalan raya. Polis trafik   saman manusia yang buat kesalahan di jalan raya. Kesalahan yang kononnya boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Tetapi yang lembu, kerbau ini tak pula polis trafik nak saman. Padahal banyak juga kemalangan disebabkan penangan depa ini.
Kalau saya orang yang berkuasa. Kuatkuasakan peraturan- nak bela lembu kerbau kena jaga elok-elok, jangan biarkan merayau ke sana sini, makan di kebun orang, lepak kat jalan raya. Syubhah juga tu hasil jualan dagingnya. Kalau berkeliaran juga, pihak berkuasa ambil lembu kerbau ini, letak di tempat khas, tuan nak semula, datang tuntut, kena kompoun. Jika tidak ada orang tuntut, sembelih..jamu ke seluruh kampung tersebut.
Saya banyak kali juga, menekan brek sekuatnya disebabkan lembu kerbau yang selamba sahaja lepak di jalan raya. Tuannya di rumah goyang kaki, cukup masa dapat duit syubhah hasil jual lembu kerbau yang terbiar ini.


Yang dibawah ini pula, orang ramai gelarkan pembunuh di jalan raya. Banyak dah nyawa melayang di tangan mereka. Banyak driver yang bawa gile-gile disebabkan nak kejar trip, banyak dapat duit, bawa barang lebih muatan di jalan raya yang juga tarnya dikurangkan dari sukatan sepatutnya. Hari ini tampal jalan, esok berlubang semula.
 Turun bukit dengaan lajunya, sambil makan jalan orang lain. 
Laluan lazim saya, banyak bukit tinggi-tinggi. Lori selalu rosak di tengah bukit. Sampai kita kena lalu dekat semak samun. 


Kadang-kadang lori terundur bila tak lepas naik bukit dan kita pula dibelakangnya dan di belakang kita berderet kereta lain. 

Thursday, May 10, 2012

Produk Makanan Timur Tengah..

Kami mula menjual produk dari jasmeen food pula.Boleh la beli try rasa...



Antara produk Jasmeen Food :



A. Pumpkin seeds



Khasiat Kuaci labu:

1.Pengambilan kuaci labu secara teratur dapat mencegah masalah batu ginjal.
2.Amalan memakan kuaci labu 10biji sehari dapat mencegah dari terkena batu karang
3. Amalan yang selalu tidak didedahkan ialah tentang khasiatnya kepada kanak-kanak yang menderita  kecacingan. Kuaci ditumbuk halus selepas itu dicampur dengan air suam, minum airnya sebelum tidur.
4.Baik juga untuk tenaga dalaman.




B. Sunflower seeds

kuaci matahari yang kami jual adalah perasa original. iaitu ia dibakar bersama sedikit garam sahaja.. tiada sebarang bahan pengawet untuk menjadikan rasanya lebih sedap. di sebabkan oleh itu, rasanya memang begitu... kurang kan bahan pengawet dalam makanan anda demi kesihatan yang terbaik.




Antara kebaikkannya ialah:

Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E.


Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.


Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.


Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah

Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh


C. Habbatus sauda

Amalkan memakan habbatussauda 1gram 2kali sehari untuk kesan yang baik kepada badan kita.

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")


Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus saudamempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")
Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)


Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

D. Pistachio

Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia.

Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini.


Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.


Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterolmereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.

Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turutmenurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.

Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.

E. Buah Tin




Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.
Diantara kelebihan buah tin:
  • Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
    sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, sertabermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
  • Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

Buah teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah teen kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

KHASIAT LAIN BUAH TIN:

memulihkan sakit2 badan, melawaskan kencing, penyakit buasir,batuk berpanjangan

F. Aprikot

Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.

Apricot  di percayai mempunyai khasiat seperti berikut:



1.    Penggunaan biasa dan anti penuaan: (1-4 biji setiap 4 jam) 



2.  Rawatan :  Latihan sukan (2-8 biji setiap 4 jam) b. ketahanan badan (2-8 biji setiap 4 jam) c. meningkat sistem imuniti (3-8 biji setiap 4 jam) d. kardiovaskular dan masalah peredaran darah (3-8 biji setiap 4 jam) e. kencing manis (3-8 biji setiap 4 jam) f. sawan(3-8 biji setiap 4 jam) e. kanser (8 biji- 15 biji setiap 4 jam) g. keletihan kronik (3-8 biji setiap 4 jam) h. Detoksifikasi hati (6-8 biji setiap 4 jam) i. penyakit autoimmune/SLE (6-8 biji setiap 4 jam) j. asma/alahan (6-8 biji setiap 4 jam) k. Tekanan atau stress (2-6 biji setiap 4 jam) l. pengsan (5-8 biji setiap 4 jam), radang paru-paru (5-8 biji setiap 4 jam) 



3.  Kecantikan: Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.

4.   Kewanitaan: Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja ).


G. Kismis



sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Kismis – buah anggur yang telah dikeringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapatmembantu system penghadaman  dan juga mengurangkan kolestrol dalam badan.

H. Kurma


adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak,Kurma juga memiliki pelbagai khasiat dari sudut kesihatan.

Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi salah satu makanan kegemaran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W . Berikut adalah fakta dari pelbagai sudut tentang khasiat buah kurma ini.

Sepanjang bulan Ramadhan, kurma boleh dilihat di mana-mana kerana menjadi sunnah memakan terlebih dahulu buah  itu apabila berbuka puasa.

1) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)
2) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Profesor Madya Aisyah Mohd Zain juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3) Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
Kurma juga mengandungi kandungan zat besi dan potasium yang tinggi selain pelbagai vitamin lain. Ia amat sesuai diambil pesakit anemia, masalah penghadaman seperti sembelit dan kelesuan badan. Sebagai buah yang kaya dengan karbohidrat, kurma memberikan sumber tenaga, membantu meningkatkan tenaga dan sesuai dijadikan sebagai snek harian.
Malah Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari).
Menjadikan pemakanan kurma sebagai amalan sejak dulu lagi, Pengerusi dan pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata amalan memakan kurma memang baik untuk kesihatan. Beliau berkata, kurma mampu membekalkan tenaga walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, malah mampu menahan kelaparan untuk seharian. Bagi yang ingin menjaga kesihatan, kurma mengurangkan berat badan.
4) Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Profesor Madya Aisyah Mohd Zain lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5) Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
6) Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
7) Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

Friday, May 04, 2012

Menjenguk Pesta Buku Antarabangsa 2012



 Penuh sesak dengan manusia yang berminat dengan buku. Namun masih ramai di luar sana yang langsung tidak tahu kewujudan pesta buku terbesar di Malaysia ini. Daerah tempat saya yang luasnya lebih besar dari negeri Perlis, rasanya  berapa kerat sahaja yang pergi. Ada yang umur dah pencen tapi tak pernah pun tahu tentang pesta buku ini. Kesian...

Antara buku yang dibeli...tak banyak :


Novel karya sasterawan negara Arena Wati. Novel ini bertrilogi, ada 3 jilid. Bunga dari kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak. Kisah yang menceritakan sekumpulan pelajar yang bangkit mengatur agenda kesan dari timbul perasaan anti Britain dan anti Yahudi.
Asalnya Novel ini diperkenalkan oleh sahabat saya, Allahyarham Fauzi (mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau), beliau ada 2 koleksi novel ini dan merekomen saya untuk membacanya. Baru sekarang terjumpa novel ini. 
Novel ini pernah memenangi hadiah pertama  Novel Nasional sempena mengenang Allayarham Pak Sako dan mula diterbitkan pada tahun 1995. Ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Saya tertarik dengan tajuknya : Imam. Pengarang yang telah dilupai orang mula ditonjolkan semula apabila salah satu karyanya Interlok yang diterbitkan pada 1971 menimbulkan kontraversi apabila novel Interlok dikeluarkan dalam bentuk Edisi Pelajar untuk Komponen Sastera (Komsas) Bahasa Melayu Tingkatan Lima untuk tahun 2011, sebilangan besar golongan India membantahnya kerana isi kandungannya yang merangkumi unsur-unsur sistem kasta yang menyentuh perasaan mereka. Akhirnya bagi meredakan isu tersebut pada Disember 2011, tidak lama sebelum musim persekolahan 2012, kerajaan akhirnya mengumumkan penarikan balik Interlok daripada sukatan pelajaran komponen sastera. 


Novel ini mengesahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Buntat. Buntat kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Dia kerap dimarah, dirotan dan dipukul menyebabkan hatinya menjadi keras, degil dan berani. Apabila berumur 10 tahun, dia mula renggang dari rumah. Dia berdikari menguruskan dirinya sendiri.
Suatu hari dia menyeludup ke dalam kapal haji di Pulau Pinang, untuk berlayar ke Jeddah. Dia menyeludup masuk ke Makkah. Dia melihat ribuan manusia berpakaian putih bersih. Hati mereka ikhlas lagi bersih memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT.
Buntat mulai insaf. "Apa guna hidup ini jika lupakan Allah, lupakan Rasul, lupakan ibu bapa dan lupakan diri sendiri".
Setibanya di Mekah,setiap hari Buntat berdoa di Kaabah. Allah SWT telah memakbulkan doanya. Seorang tua kaya mengambilnya menjadi cucu angkat. Dia mula mendapat nikmat layanan kasih sayang.
Buntat berdamping rapat dengan seorang guru dan ustaz yang tinggal di bangunan yang sama di Makkah dan Madinah. Berkat pimpinan datuk angkatnya, cikgu dan ustaz, Buntat menjadi budak yang baik dan mendapat haji kecil yang mabrur.

Buntat mengembara ke Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Hampir empat bulan dia merantau, menjadikan dia manusia berguna. Ikutilah perkembangan Buntat yang menyeronokkan dan kadangkala mencemaskan.


Buntat Balik Dari Makkah adalah cerita rekaan, sambungan daripada buku pertama Buntat Mengembara Ke Makkah. Kisah anak terbiar yang dilahirkan sebelum perang Jepun, mengalami pahit getir zaman Jepun, selepas Jepun, zaman menuntut kemerdekaan, darurat dan seterusnya zaman selepas merdeka.

Ditakdirkan sekembali Buntat dari Makkah, banyak perubahan atas dirinya yang telah berlaku dari segi akhlak, sikap, cara berfikir dan lain-lain. Dia bertindak dengan berani, tegas, dinamik dan kreatif untuk mengubah nasibnya dan nasib adik-adiknya yang yatim piatu.Buntat berminat dalam bidang Sains Pertanian dan dia mencebur diri dalam bidang ini. Atas daya usahanya dia ditakdirkan menjadi usahawan yang berjaya. Dalam usia empat puluhan, dia menjadi jutawan yang dihormati lagi disanjungi kerana akhlak, budi bahasa dan tingkah lakunya yang istimewa. Buntat banyak membantu keluarga miskin dengan teori ekonominya, "Banyakkan bubu ikan. Jangan bergantung atas sebuah bubu sahaja". Untuk mengetahui rahsia kejayaannya, bacalah Buntat Selepas Balik Dari Makkah. Pembaca akan terhibur dengan kisah-kisah lucu yang dialaminya.



Komik ini saya pernah baca semasa sekolah rendah dahulu.. tiba-tiba nak beli buku ini. Menceritakan Ayop yang pandai mengubat orang, akhirnya menjadi orang senang.

Kitab ini harga yang tertera di kulit hanya 3 Junaih/ 3 pound Mesir. Agaknya dalam RM 2 lebih la. Jual di pesta buku harganya saya beli RM 10. Buku belajar membaca al-Quran. Kiranya macam buku Iqra', Al-Matien di negara kita.

Mushaf Tawafuq hasil inspirasi  Ustaz Badiuzzaman Said Nursi, Tokoh besar dari Turki yang berhadapan dengan regim sekular Kamal Ataturk. Beliau pernah berkata : “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”.
Susunan kalimah dalam Mushaf ini agak teratur  menarik dan senang. Memudahkan orang yang mahu menghafaz al-Quran dan membacanya. Di Malaysia Mushaf  Tawafuq ini diselia oleh Yayasan Hayrat. Saya beli dengan harga RM 60.  

Tuesday, May 01, 2012

Sakit Gigi


Beberapa menjak ini saya diselubungi dengan sakit gigi. Bukan sebatang tapi beberapa batang yang kritikal. Sudah beberapa kali ke klinik gigi tapi disebabkan gusi bengkak jadi diberi ubat sahaja. Bila gigi sudah tak sakit, masa itu lah macam-macam hal, kursus lah apa lah…
Doa apabila sakit gigi :
ö@è% uqèd üÏ%©!$# ö/ä.r't±Sr& Ÿ@yèy_ur â/ä3s9 yìôJ¡¡9$# t»|Áö/F{$#ur noyÏ«øùF{$#ur ( WxÎ=s% $¨B tbrãä3ô±n@ ÇËÌÈ  
 Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
(Al-Mulk : 23)

Doa Nabi Ayub :
* šUqƒr&ur øŒÎ) 3yŠ$tR ÿ¼çm­/u ÎoTr& zÓÍ_¡¡tB ŽØ9$# |MRr&ur ãNymör& šúüÏH¿qº§9$# ÇÑÌÈ  
 dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani". (Anbiya’ : 83)