Saturday, June 29, 2013

Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah



Apabila melihat buku ini ; Apa erti Komitmen Aktivis Dakwah. Saya teringat, seorang kenalan semasa belajarnya  begitu bersemangat untuk terlibat dengan perjuangan bersama gerakan islam. Ketika itu, selalu ia menanyakan tentang perkembangan Jemaah serta sering ia menyatakan kebimbangannya jika tidak dapat bergerak bersama dengan Jemaah. Beliau telah menghadiahkan saya buku ini… Zaman belajar tidak sama dengan zaman bekerja,  sekarang dia telah ‘diam’  dari terlibat bersama Jemaah..terpandang sahaja buku itu yang turut tercalit dalamnya  doa  buatku ‘semoga thabat dalam perjuangan’   akan tergambar kesedihan saya kepadanya..

Ayuh teman sekalian  kita segarkan komitmen kita dalam Jemaah ini.  Saya petik dari buku itu, ANTARANYA:
-Mempunyai Kemahuan yang kuat.
-Kesungguhan
-Pengorbanan
-Saya mesti mengikuti setiap kegiatan umum dakwah.

Mari kita bersama istiqamah bangunkan generasi pelapis yang akan mewarisi perjuangan ini. Memang sukar dan pelbagai rintangan. Tetapi inilah Amal Jamie kita. Dan kita sangat memerlukannya sebagaimana kita memerlukan Islam. 



Tuesday, June 25, 2013

Kelas Qiraat di Masjid Sultan Mahmud


Alhamdulillah, walaupun udara berjerebu kelas pengajian Qiraat tetap diteruskan di Masjid Sultan Mahmud. Kelas setiap malam isnin selepas solat isyak. 
Sekarang masih lagi membincangkan riwayat Imam Qalun mengikut tariq Imam Syatibi. Belum terlambat untuk sesiapa yang berminat untuk join...InsyaAllah.

Kolah & Temuduga

Proses pembinaan Kolah masjid hampir siap, kos yang diminta oleh  kontraktor dalam RM 16k. Dengan adanya kolah harapnya dapat mengatasi masalah kesesakan mengambil wudhu' terutamanya pada hari jumaat. 
Ada orang menyampaikan cerita kepada saya, ketika dia berbual dengan seseorang. Orang itu kata gelilah nak ambil wudhu' dalam kolah..tak ke kotor celup tangan dalam kolah, bercampur dengan orang ramai. Itu adalah berdasarkan logik akalnya. Sedangkan Islam bukanlah dibina dengan logik akal tetapi dengan wahyu Allah. 
Kata Saidina Ali r.a Kalaulah Islam dengan logik akal sepatutnya ketika mengambil wudhu' dengan memakai khuf basuh tapaknya sebab tapaknya yang kotor menjejak bumi, akan tetapi kita dituntut untuk menyapu bahagian atas khuf. 

 Kolah masjid 

Baru-baru ini, untuk kali yang keberapanya Saya menjadi panel temuduga pegawai-pegawai masjid Qariah bagi daerah Lipis. Pegawai yang dimaksudkan adalah imam, bilal dan siak. 
Memang menjadi kebiasaan calon yang datang memang sebenarnya telah pun menjalankan tugas mereka. Ada yang telah setahun berkhidmat terlebih dahulu sebelum masuk temuduga atas arahan Ketua kampung.
Calon pun biasanya calon tunggal dari sesebuah masjid kerana ketua kampung yang pilih dan arahkan begitu. Ada juga yang telah berkali-kali masuk temuduga tetapi 'tak lulus' atas sebab-sebab yang tertentu seperti bacaan yang terlalu teruk. Bila kes seperti ini sepatutnya ketua kampung dapat faham bahawa calon pilihannya tidak layak dan perlu dipilih orang yang lain. Kadang-kadang calon pilihan ketua kampong adalah didasari dengan warna politik sewarna dengan warna ketua kampong bukan didasari dengan kebolehan, komitmen  dan keilmuan. 


calon bilal sedang melaungkan azan

Mesyuarat Imam Daerah Pahang..

Liqa' para Imam berkumpul bagi membincangkan hal ehwal berkaitan bidang tugas khususnya dan dakwah amnya. Tetapi sukar juga sebab sering tersepit.. ada Bahagian Masjid, ada pejabat agama, ada Ajk Masjid, ada ahli politik, ada kerabat Raja, ada Majlis Ugama..semuanya buat-buat sibuk nak memantau walaupun ada yang setahun beberapa kali sahaja jengah ke masjid.



Sekarang ini pula projek Memasyarakatkan Masjid di bawah Bahagian masjid JAIP, teknikalnya panggil semua imam-imam masjid daerah kemudian diagih-agihkan masjid, biasanya ke masjid yang 'slow'  yang tidak mampu untuk mengadakan program-program seperti kuliah dan ceramah. 

 Mesyuarat di Bera, tapi macam dengar ceramah je..




Tuesday, June 18, 2013

Soal Selidik Khutbah Jumaat

Baru-baru ini Jabatan Mufti Negeri Pahang telah mengeluarkan borang soal selidik untuk diedarkan ke seluruh daerah. Antara yang ingin diselidik berkaitan isi khutbah jumaat, khatib yang membaca khutbah, dan keselesaan ahli jemaah di dalam masjid ketika mendengar khutbah..sistem pembesar problem ke..kipas tak cukup..perlu pasang aircond..


 Tok 4 aka Pengerusi Masjid Qariah Kg Lalang


Lama isi borang, katanya sebab dah terlalu lama tak menulis, terakhir pegang pen masa mengundi baru ni..itupun hanya pangkah sahaja..

di Lobi Masjid Sultan Mahmud..

Monday, June 17, 2013

Imam macam pisang?


realiti seorang imam..


Seorang pakcik bercerita :  imam ni orang buat macam kerbau atau pokok pisang. 

kenapa Kerbau? 
Tanduk nak buat penyedut darah untuk berbekam. Ekor boleh buat sup ekor. orang nak dagingnya tetapi biarkan kerbau tersebut mencari maknnya sendiri.

Pokok pisang ?
Jantungnya boleh buat ulam, daun boleh buat pembungkus nasi lemak, batangnya boleh buat umbut, dahulunya buat tempat orang berkhatan.. kebanyakan pokok pisang dibiarkan sahaja tumbuh berselerak. Jarang orang menjaganya dengan rapi seperti menyiram air dan isi baja supaya tumbuh subur.

Begitulah kiasan seorang pakcik..Orang beria nak guna imam..
Selain solat, kenduri arwah, doa selamat, mandi jenazah, majlis tahlil, solat hajat, cukur & tahnik budak,  solat jenzah dan sebagainya.. Dah setel kehendak mereka..maka khidmat imam dilupakan. Bila terdesak kembali baru sibuk mencari imam.. Begitulah... 

Wednesday, June 12, 2013

Imam Muda Aran di masjid Sultan Mahmud

Sempena sambutan Isra' & Mikraj Rasulullah s.a.w, Masjid kami telah menjemput Imam Muda Aran untuk memberi pengisian kepada sidang jemaah yang hadir. 



 Kelihatan pelajar MRSM yang turut mengimarahkan masjid.



 Selesai program, kelihatan pintu belah muslimat tercabut..

Imam Muda Aran membantu memasang kembali pintu masjid yang tercabut, para jemaah semuanya telah pun bergegas pulang meninggalkan kami selaku penganjur. Turut kelihatan Timbalan Qadhi Daerah Lipis, Us Amirul berbaju biru.. Syukran Imam Muda Aran.

Aiskrim Aulad & Kifayah

Beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan melawat perusahaan Aiskrim sahabat-sahabat di Kuantan.  Melawat sambil belajar, mana tahu ada rezeki nak buka cawangan lain pula nanti. 


 aiskrim aulad kelolaan Ustaz Termizi, GPK al-Irshad

 Rumah proses aiskrim Kifayah, Kuantan


 Abg Sham sedang memberi penerangan kepada Kie, Tokey Nangka Madu Lipis

Aiskrim kifayah kelolaan abg Sham..boleh rujuk FB : 
https://www.facebook.com/aiskrim.kifayah?fref=ts

Adik saya juga berniaga aiskrim, tengok FB :
https://www.facebook.com/pages/Hot-Rainbow-Ice-Cream/268081519884323?id=268081519884323&sk=photos_stream

Sekitar Masjid di awal Jun 2013

Sekitar Masjid Sultan mahmud, Kuala Lipis..

1. Tandas masjid tersumbat, Kata staf Indah Water ketika membersihkan tangki, macam-macam benda ada dalam tangki..ada kayu, pampers, botol, plastik dll...patutlah tersumbat..Harap pengguna dapat berhemah menggunakan tandas masjid..





2. Laluan OKU dibina untuk memudahkan naik ke masjid..InsyaAllah Masjid mesra jemaah..