Thursday, May 25, 2023

Mesyuarat projek baharu

Bermesyuarat.
Bersama Kak Zu, Bos syarikat percetakan Insight Strategy. Beliau juga orang kuat dalam Yayasan Hubbul Quran dan Aman Palestin.
Kami merancang untuk projek penerbitan seterusnya keluaran Jabatan. Pastinya kita cuba yang lebih baik dan buat pembaharuan dan kelainan. Perlu sesuaikan dengan perkembangan semasa.
Moga berjalan lancar.

#media #jaip #multimedia #penerbitan #PermaiMenulis

Monday, May 15, 2023

Dapat kerja Pembantu Hal Ehwal Islam

Kami sering menerima pelajar daripada pelbagai institusi pengajian yang menjalani latihan industri (praktikal). Seminggu lepas raya, berakhir intern beberapa siswa Unipsas.
Hari ini salah seorang daripada mereka melapor diri di Pejabat Agama Islam Daerah Lipis.
Bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Warisan Lipis.
Tahniah kepada Ustaz Nadeer atas pelantikan jawatan tersebut.
Bertugas sehabis baik.
Saya sering brief kepada pelajar intern yang zaman sekarang, ada ijazah bukan jaminan untuk sebelah kaki mendapat tempat terus menjawat jawatan pegawai, eksekutif.
Ada peluang, ambil.
Jangan memilih sangat.

#tahniah #siswa #intern #media #jaip #PermaiMenulis

Rutin Pekerja

Selaku pekerja, jika berkata :
"Tak ada kerja nak buat hari ini."
Yang sebenarnya kita tak buat kerja.
Kerana kerja sentiasa ada.
Habis kerja yang ini, akan bersambung pula dengan kerja yang berikutnya.




#kerja #amal #jaip #PermaiMenulis #pekerja

Tuesday, May 02, 2023

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 : 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗛𝗨𝗗

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 : 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗛𝗨𝗗

Perang Uhud berlaku pada 7 @ 11 Syawal Tahun ke 3 Hijrah di antara pihak muslimin dan kafir Quraisy.
Hikmah daripada peperangan Uhud ialah kepentingan patuh kepada kepimpinan.