Thursday, January 16, 2014

Program Maulidul Rasul


 Bisnesman 'Yanto' dari Indonesia mengajak kami ke kenduri sempena Maulidul Rasul. Beliau telah menyembelih 2 ekor lembu khusus sempena dengan maulid sahaja. Jamuannya 2 hari 2 malam..sarapan pagi, makan malam, makan tengahari..
Turut sama teman-teman dari Indonesia yang bersama-sama mengalunkan bacaan selawat buat junjungan Rasulullah s.a.w.



Program di Masjid  Daerah Lipis


 Bacaan Qasidah dan selawat dari pelajar IPG Kampus Lipis.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azmi bin Ismail al-hafiz, Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.

Ragam Pertengahan Januari 2014


 Alhamdulillah, kelas SAR KAFA TAHFIZ Masjid Daerah Lipis mendapat sambutan menggalakkan. Sehingga pihak kami kini terpaksa menutup kemasukan pelajar bagi sesi 2014. Hal ini kerana keadaan kelas yang telah pun penuh dan jumlah guru yang terbatas. Belajar al-Quran memerlukan anak murid bertalaqi  dengan guru.. Bila terlalu ramai guru tidak sempat untuk mentasmik pelajar dengan lebih teliti. Lebih menyukarkan apabila ada ibu bapa penjaga yang merayu untuk memasukan anak mereka yang masih belum cukup umur (4,5, 6 tahun).

 Tabung masjid kami hilang lagi..

Kelas asas Qiraat berjalan seperti biasa setelah 'bercuti' sepanjang bulan disember.

Mesyuarat bulanan Ahli Lembaga Koperasi Masjid

 Mesyuarat ALK sesi 2014
beberapa projek dan perniagaan baru di Koperasi Masjid

 Soft aiskrim

 Cafe masjid, menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengahari. Antara menu istimewa selain nasi berlauk ialah Bakso.

Kursus Haji akan bermula..


Kursus Haji anjuran Tabung Haji akan diadakan bermula 18 Januari ini (sabtu) sebanyak 17 siri pada setiap hari sabtu. Program bermula dari jam 9.00 pagi - 11.30 pagi. Cuma untuk tahun ini ada perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini urusetia tidak lagi membuat yuran kursus yang berjumlah RM 80.00 cuma para peserta kursus perlu mengeluarkan sedikit kos bagi menampung makan dan minum pagi sepanjang siri kursus berlangsung.

 Terawal hadir ke bilik Mesyuarat Tabung Haji Daerah Lipis.
Mesyuarat ajk kursus Haji peringkat daerah Lipis.

Saturday, January 04, 2014

SAR KAFA TAHFIZ MASJID DAERAH LIPIS

Sesi persekolahan kali ini, kami telah mengenalkan program baru terhadap pelajar sekolah rendah iaitu KAFA TAHFIZ.  Berbanding sebelum ini, kelas kafa di masjid dilihat menjadi semakin suram dan tidak menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak mereka.

Justeru, kami telah membuat  program baru ini yang merupakan satu-satunya di dalam daerah ini. Program kami akan lebih menumpukan kepada pengajian al-Quran. Bagi pelajar yang telah lancar akan diserap ke kelas hafazan yang dibimbing oleh Guru al- Hafiz Masjid Daerah.
Selainnya, para pelajar akan dibimbing di kelas tahsin al-Quran.

Kami harapkan, program Kafa Tahfiz ini mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak..insyaAllah.

 Suasana ketika hari pertama persekolahan