Friday, October 21, 2016

Kome Promosikan Syam Pomen


Baru ni saya berkesempatan mengeteh dengan Tuan Hj Shamsuddin atau lebih terkenal dengan panggilan Syam Pomen. Rasanya lebih 5 tahun saya tak mengeteh dengan beliau. Dulu ketika saya masih belum berkerjaya seusai tamat pengajian di Mesir, hampir setiap hari akan mengeteh dengan beliau dan pastinya bersarapan di Oldtown Temerloh sesudah solat subuh. Lebih menarik beliaulah yang akan belanja dan payung saya. haha.

Sehingga sekarang saya masih menghantar kenderaan untuk  servis di bengkel Syam Pomen. Bengkelnya yang terletak di Taman Temerloh Jaya berdekatan dengan Masjid Taman Temerloh Jaya sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. Saya syorkan anda servis kenderaan di sini.


Boleh melawat ke Blog Tuan Hj Syam yang dah bersawang : http://syampomen.blogspot.my

FB : https://www.facebook.com/Bengkel-Syam-Temerloh-161205480745284/

#PermaiMenulis #PermaiDiHati #ServisKenderaan #SyamPomen #Ruu355 #KelanaJalanan

Thursday, October 20, 2016

Festival Memasak Asyura dalam kenangan

Bila tiba bulan Muharam, menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita membuat bubur Asyura. Jabatan Agama Islam Pahang juga ada menganjurkan pertandingan memasak bubur Asyura peringkat negeri. Kami atas nama Pejabat Agama Islam Daerah Lipis bergabung dengan jemaah Masjid Daerah turut sama mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Saya telah berkesempatan untuk turut serta pada tahun 2009, tahun 2010 dan 2011. Kebiasaannya saya menjadi ketua kumpulan. Bukan kerana saya pandai memasak bubur Asyura tetapi disebabkan jawatan yang saya sandang. 

Sekarang pertandingan memasak bubur Asyura sudah lama tidak diadakan. Mungkin kerana tidak mendapat tajaan kewangan. Apa pun saya telah mendapat pengalaman menyertai suatu pertandingan bercorak masakan secara berkumpulan.

 Tahun 2010 di Muadzam Shah
Tahun 2011 di Raub

Tahun 2012 di Lipis. Cuma sedihnya gambar saya hilang dari simpanan disebabkan pen drive diserang virus. Jika saya perolehi semula saya akan update semula nanti. huhu..





Friday, October 14, 2016

Rezeki Maruku

Ketika sedang menunggu orang di bawah tiang bendera berhadapan dengan terminal bas, saya telah disapa oleh seorang pakcik berketurunan India. 

Beliau memperkenalkan diri sebagai seorang OKU dan memang dilehernya tergantung kad pengenalan JKM (OKU).
OKU kemurungan katanya.
Beliau menjual kuih Maruku untuk mendapatkan wang. Saya ingin menderma sahaja tapi katanya "Ambillah ini sudah rezeki awak".
Perbualan dihentikan kerana orang yang saya tunggu telah tiba.
Saya kembali ke kereta bersama Maruku.

Saturday, October 01, 2016

Kayu Kayan Cafe



Singgah di Kayu Kayan Cafe, bersembang dengan Chefnya yang pernah menimba pengalaman di Ireland sebelum membuka cafe bertemakan kayu2 di kampung halaman. Jemput makan western food di Kayu Kayan Cafe yang terletak di kampung Tanjung Jambu,Kuala Lipis.

#KayuKayan #kayukayancafe #cafe #lipis #pahang#PermaiMenulis #PermaiDiHati #MaalHijrah#KempenPahang