Monday, September 29, 2014

Maahad Tahfiz Tertua di Pahang

Daerah Lipis tidak pernah ketandusan para alim ulama. Antara tokoh ulama yang terkenal berasal dari daerah ini seperti Dato' Kamarudin Zakaria (mantan imam besar masjid negara), Dato' Muhammad Sidek bin Ariffin (mantan mufti negeri Pahang) dan Tuan guru hj Ahmad.



Allahyarham Tuan guru Hj Ahmad bin Amin al-Hafiz dilahirkan pada tahun 1934 di Kerambit Lipis. Mempelajari ilmu agama di beberapa buah pondok seperti di Pondok Guai Temerloh dan Pondok Bunut Payung Kelantan. Beliau tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 18 tahun. Beliau merupakan penerima anugerah Maal Hijrah peringkat negeri Pahang pada tahun 2008.

Beliau telah mengasaskan dan membuka pusat pengajian di rumahnya yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Ittihadiah di kampung Relai Kerambit, kira-kira 30km dari bandar Lipis. Madrasah Al-Ittihadiah yang diasaskan pada tahun 1967  merupakan pusat pengajian tahfiz yang tertua sekali di negeri Pahang. 

Dari tahun 1967-1991 pondok-pondok didirikan di sekitar rumah Tuan Guru Hj Ahmad dan pelajarnya terdiri dari seluruh pelusuk tanah air. Selepas itu Madrasah Ittihadiah berubah wajah menjadi sekolah agama rakyat. Pada tahun 1996, sekolah ini memperkenalkan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Pada tahun 1999 Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mula diperkenalkan. Seterusnya pada tahun 2010 sekolah mula menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tanggal 19 Januari 2006, telah termeterai perjanjian persefahaman (MOU) diantara sekolah ini dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dinaik taraf menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan seterusnya dinamakan Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah.
Sekolah ini telah mengukir nama dalam bidang tahfiz al-Quran di peringkat negeri dan kebangsaan. Antara pelajarnya yang telah berjaya mewakili negeri Pahang dalam majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan :
1.Suaidah binti Hj Ahmad -1989
2.Sapura binti Ahmad -1996
3.Sofiah binti Abdul Malik 2002/2005

Pada tahun 1996, seorang pelajar berjaya mewakili negara ke pertandingan menghafaz al-Quran yang diadakan di Iran, iaitu Rokiah binti Hj Ahmad.



Mushaf al-Quran yang digunakan oleh Tuan Guru Hj Ahmad sehingga beliau tamat menghafaz al-Quran.

Semoga Allah merahmati perjuangan yang dilakukan oleh Tuan guru Hj Ahmad..


Saturday, September 27, 2014

Member Of Tilawah Dpasti (MOTIP)

Program pengajian al-Quran secara bulanan anjuran unit KAFFAH & PRA TAHFIZ PASTI PAHANG  terus dijalankan berpusat di Temerloh. Asalnya program MOTIP ini diadakan untuk guru-guru PASTI & KAFFAH. Namun atas permintaan dan juga untuk lebih memupuk semangat menuntut ilmu, maka sekarang program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Pihak penganjur juga berhasrat untuk membuka sesi kelas di tempat-tempat yang lain seperti di Kuantan. Namun buat masa ini hasrat tersebut belum mampu dilaksanakan. Doakan semoga program ini akan terus istiqamah berjalan..insyaa Allah.



Program Kem Remaja sempena cuti sekolah

Alhamdulillah, sempena cuti sekolah yang berlangsung baru ini, team Permai telah mengadakan  program KRIP yang dianjurkan bersama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Jengka dan Masjid Daerah Jengka. Semoga program-program seperti ini akan terus disuburkan..insyaa Allah.










Lawat ke : http://permaipahang.blogspot.com/2014/09/sekitar-program-kem-remaja-islam-permai.html

Kursus Imam Berwibawa

Kursus Imam wibawa merupakan siri kursus berkala yang wajib bagi pegawai masjid daerah di negeri Pahang. Untuk sesi tahun ini beberapa pembaharuan dibuat terutama dari segi pengisiannya, demi untuk mencapai matlamat dan hasrat supaya imam menjadi seorang imam yang berwibawa.



 Ustaz Nik Ibrahim, Penolong Pengarah bahagian Masjid JAIP.
 Sesi pengajian kitab turath bersama mudir Pondok Darul Salam, Sri Damai Kuantan.



 Ucapan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Ustaz Badli Shah bin Alaudin.
Pegawai Masjid daerah bergambar kenangan bersama urusetia dari HQ serta KPP Bahagian masjid.

Friday, September 26, 2014

Cerita Pasal Masjid Sultan Mahmud, Lipis


 Kumpulan Tabligh dari Mesir dan Syria keluar 3 hari di Masjid Lipis. Bayan mereka diterjemahkan oleh Ustaz Wahid yang sering berulang alik ke Mekah. Beliau menjalankan perniagaan secara kecilan di sana. 

Masjid kami masih lagi ada sedikit kebocoran, masih dalam pemantauan dan waranty kotraktor. Hari ini syarikat membaiki kebocoran yang masih ada. 

Cerita Koperasi Masjid


 Mesyuarat ALK (Ahli Lembaga Koperasi),  semoga Koperasi Masjid berjalan lancar. Mesyuarat dibuat bertemankan cahaya bulan dan bintang. 
 Pelajar KAFA masjid merupakan pelanggan tetap kedai koperasi, menu istimewa aiskrim soff buatan  muslim.
Syafiqah yang rajin, cuma tak lama lagi akan berhijrah ke ibu kota meneruskan kehidupan.