Friday, March 31, 2017

Pra Penyerahan Masjid Sultan Mahmud

Alhamdulillah, hari ini berlangsung upacara pra penyerahan dari pihak kontraktor-JKR kepada pihak Pejabat Agama dan Masjid Daerah. Memang mencabar kerja baik pulih masjid ini. Beberapa orang Project Manager silih bertukar, bila tukar manager bertukar juga la para pekerjanya. Akhirnya siap juga. Walaupun masih belum siap sepenuhnya, tetapi kini masjid telah dapat beroperasi semula seperti sediakala. 
Masa masjid tutup, ramai yang sibok  bertanya bila masjid buka. sekarang masjid dah buka. Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid. 

#catatanimamkecil
#PermaiDiHati
#MasjidDaerah
#MasjidSultanMahmud 


Kelihatan Najwa, Datin Norma, TA Afzan, TA Juwariah, AF Qadhi, JB Hanif



Ust Akmal, Imam Kecil, Imam Faizal, Linda, Syafikah, Najwa, Datin Norma, Ustazah Fasha, TA Afzan



bersama Najib 



 Bersantai di petang jumaat

Bergambar kenangan bersama Al-Fadhil Qadhi, Jurutera Bangunan JKR, Penolong Jurutera, Team kontraktor dan staf Pejabat Agama dan Masjid.

Friday, March 10, 2017

Nasik Lemak Seringgit di Lipis



Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual nasik lemak seringgit. Tapi  kawasan tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.

Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.

Selepas bersarapan yang dibelanja oleh seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah  akhirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.

Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan bilis goreng pun ada weh. Tabik la pada  Brader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga rezeki mereka melimpah ruah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi. Lewat..  tak merasa lah demeh.

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#CatatanImamKecil


Tuesday, March 07, 2017

'Jangan Monyet'

‘Jangan Monyet’ – antara dialog dalam kartun Sang Kancil terbitan Lembaga Filem Negara. Siri kartun pendek era tahun 80-90an. Saya biasa tengok masa zaman sekolah rendah dahulu. Semua dijemput tengok kartun tersebut di YouTube. 

Berkaitan larangan Sang kancil pada monyet. Konsep Arahan, Dengar dan taat perlu diaplikasikan. Biasanya apa yang dilarang yang itu kita nak buat.
Hikayat Sang Kancil yang cuba hendak menyatukan pelbagai jenis haiwan yang berbeza. Singa dan harimau boleh berkawan dengan kambing. Akhirnya beberapa ketika Sang kancil berjaya menyatukan semua haiwan. Point Ukhwah dan kesatuan boleh kita tekankan di sini.

Menurut kisah hikayat tersebut, haiwan hidup dalam keadaan aman damai dan sesama haiwan yang lain wujud perasaan kasih sayang dan ‘kebinatangan’ (baca kemanusiaan). 
Inikan pula manusia yang dikurniakan akal dan agama. Tentulah sepatutnya lebih hebat dari haiwan.