Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, March 24, 2016

Catatan Imam Kecil ; Kipas angin

Musim panas sekarang turut dirasai oleh ahli Masjid Sultan Mahmud. Maklumlah antara masjid daerah yang masih tidak mempunyai penghawa dingin mahupun kipas gergasi atau kipas 'helikopter'. Jika ahli jemaah menyuarakan rasa panas dan tidak nyaman di dalam masjid, pegawai masjid lagilah. Bayangkan jubah rasmi pegawai masjid yang kainnya tebal seperti kut. Memang peluh mengalir laju di sebalik jubah rasmi tersebut. Lainlah masjid yang ada penghawa dingin sangat sesuai untuk para pegawai masjidnya menyarungkan jubah rasmi dan lengkap berstokin hitam. Apa pun bersabo lah ye..

Kipas-kipas semakin banyak diletakkan di antara saf. Saya masih ingat ketika mula masuk ke sini, tiada kipas-kipas ini. Apabila disuarakan kepada pihak yang berkenaan, mereka tidak setuju dengan alasan mengganggu dan mengurangkan bilangan saf. Akan tetapi zaman semakin berubah, sekarang kipas semakin banyak diletakkan walaupun masih kurang selesa namun setakat ini kemampuan pihak masjid menyediakan keselesaan buat para jemaah. Memang hajat di hati ingin menghawa dinginkan masjid ini suatu hari nanti. Semoga impian ini terlaksana.

Sekadar hiasan, Masjid di Koyan yang masih tidak boleh digunakan sehingga sekarang. Harapan supaya pihak berkenaan seperti JKR lebih teliti dalam pemberian tender kepada kontraktor pembinaan supaya kes-kes masjid terbengkalai dapat diatasi.

Friday, March 18, 2016

Kelas Tafaqquh di Masjid Daerah

Yayasan Pahang dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menganjurkan kelas tafaqquh fiddin di masjid-masjid daerah di negeri Pahang. Program ini bermula tahun lepas dengan 4 buah masjid yang terpilih iaitu di Masjid Negeri Pahang, Masjid Daerah Kuantan, Masjid Daerah Pekan dan Masjid Daerah Bentong. 
Program ini diteruskan dengan penambahan beberapa buah masjid daerah lagi seperti di daerah Bera, Temerloh, Jerantut, Maran, Raub, Lipis.

Kelas Tafaqquh untuk sesi ini dijangka bermula pada bulan Mei. Pengajiannya pada setiap hari sabtu dan ahad secara percuma. Modul untuk program ini mempunyai 3 tahap. Tahap 1 akan memakan masa selama 18 bulan. Modul merangkumi pelajaran Tauhid & Aqidah, Feqah, Akhlak & Tasawuf, Al-Quran & Tafsir.
Mesyuarat penyelarasan untuk program tafaqquh di Masjid Daerah Lipis. 


Thursday, March 17, 2016

Mesyuarat Agong Koperasi Masjid

Alhamdulillah, Koperasi Masjid Sultan Mahmud Berhad berjaya melaksanakan mesyuarat agong tahunan kali ke 3. Walaupun kehadiran semakin berkurangan, namun tahniah wajar diberikan kepada mereka yang masih konsisten menyokong perjalanan koperasi sejak dari awal penubuhan lagi. Semoga Koperasi Masjid terus sukses demi kemajuan ekonomi ummah.







Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi  yang turut hadir 


Wednesday, March 16, 2016

Konvoi Motor Komuniti Masjid

Pada 5 Mac tempoh hari, Masjid Daerah Temerloh telah mengadakan program konvoi motor berkuasa besar ke masjid-masjid terpilih di sekitar negeri Pahang. Salah satu kunjungan mereka ialah ke Masjid Daerah Lipis.

Dalam konvoi ini, para peserta akan singgah beramah mesra dengan pihak masjid di samping bersolat jemaah sekali. Peserta juga akan berehat dan bermalam di masjid.

Sepanjang saya bertugas di sini, inilah program konvoi motor berkuasa tinggi yang  pertama singgah di Masjid kami (maksudnya sebelum ni ada je konvoi motor yang singgah berhenti solat di masjid, tapi tidak mengadakan program atau kunjungan secara rasmi dengan pihak masjid).

Saya juga teruja untuk join program sebegini, cuma buat masa sekarang keadaan masih tidak mengizinkan.
Tahniah kepada pihak penganjur, semoga program sebegini semakin mendapat sambutan terutama di kalangan anak muda.





 Menu mee kari sebagai hidangan minum petang

 Para jemaah dan peserta konvoi

 Ucapan dari wakil konvoi




Cenderamata kenang-kenangan

 Gambar kenangan bersama peserta Konvoi

Tuesday, March 08, 2016

Mencari Cahaya Petunjuk

 Merayau-rayau dekat kedai Daiso saya jumpa benda ni. Jom lihat apa hasilnya

 Nampak tak cahaya tu?

 Dekat sikit, boleh nampak kan sinaran cahaya?

Dekat lagi..huhu

 Inilah dia benda yang saya beli di Daiso, lampu led berkuasa solar yang boleh dipacak di mana-mana  seperti di taman, halaman rumah dan di mana yang kamu suka.

Pentingnya cahaya dalam kehidupan kita. Tanpa cahaya kita semua berada dalam kegelapan. Ada tempat di Kutub yang sampai 6 bulan waktu malam kerana cahaya matahari terlindung untuk sampai ke tempat tersebut. 

Dalam kehidupan kita selaku hamba Allah sudah tentu kita sangat perlu kepada cahaya yang hakiki dan maknawi untuk menyinari kehidupan kita. Akrablah dengan Al-Quran, Insyaa Allah hidup kita akan sentiasa bercahaya. Untuk akrab dengan al-Quran, kita  perlu sentiasa membacanya dengan kaedahnya yang sah. Justeru marilah bersama team Permai di program Kem Intensif Al-Quran. Kita sama-sama belajar dan menambah pengetahuan. Pasti tak rugi kerana sememangnya sangat bermanfaat.